+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Profit Selalu dan Konsisten Dalam Trade Saham

Pasti ramai yang tercari – cari cara bagaimana untuk profit selalu dan konsisten dalam trade saham kan? Ya, bagaimana untuk profit selalu, rugi selalu memang biasa sangat dah. Pertamanya, kena fahami dan kenalpasti masalah kenapa boleh selalu rugi dan susah hendak profit bila trade saham? Dimanakah silapnya sedangkan setiap hari sentiasa ada kaunter – kaunter yang hijau merimbun. Berikut kami kongsikan tips bagaimana untuk profit selalu dan konsisten dalam trade saham.

  1. Perlu ada ilmu. Perkara asas yang perlu ada. Kena ada ilmu cara dan teknik trade. Dekat website tekniktrade.com ini pun ada banyak perkongsian ilmu tentang teknik trade saham. Boleh la godek – godek ya. Dekat Youtube pun banyak. Kalau ada modal boleh join kelas saham. Kalau minat nak belajar one to one (personal coaching), boleh juga register sesi personal coaching dengan kami. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
  2. Kena rajin kaji kaunter. Scan kaunter, analisis dan buat kajian tentang kaunter, set alert dan monitor. Cara – cara untuk scan kaunter di Tradingview boleh baca sini : https://www.tekniktrade.com/teknik-scan-dan-screen-kaunter-dengan-tradingview/
  3. Fahami teknik trade naked chart (candlestick & volume) dan juga mahirkan penggunaan beberapa indicator. Jangan kaji chart terus berselirat dengan indicator. Nanti akan mudah kesesatan. Cuba kaji chart kosong. Garis trendline dan lukis potensi chart pattern. Lebih mudah untuk nampak halatuju kaunter.
  4. Trade kaunter dalam fasa uptrend sahaja, Lebih selamat dan lebih mudah untuk profit.
  5. Elakkan kaunter super penny (bawah 20 sen). High risk high reward. Sebelum fikir tentang reward, fikir tentang risk dulu. Biasanya kaunter super penny ni ramai yang beli lot besar, sebab murah. Cuma, bila lot besar ni, kalau jatuh memang loss pun besar. Kaunter super penny pun gerakannya agak perlahan. Perlukan kesabaran tinggi.
  6. Jangan all in. Kerana trading saham penuh dengan ketidakpastian. Biasakan diri untuk tidak all in. Topup bila kaunter dalam keadaan strong momentum. Cuba swing / hold selagi tak patah trend atau trailing stop.
  7. Perlu ada matlamat dan target dalam berdagang saham. Kalau matlamat nak tambah pendapatan untuk bayar rumah dan kereta, ada untung je withdraw siap – siap. Sebab biasa sangat terjadi, awalnya untung (profit) dah banyak sudahnya berlaku kesilapan membeli kaunter, habis semua profit terkumpul hangus berserta sebahagian modal. Pasaran tidak stabil, kena selalu berhati – hati. Rajin – rajinkan diri untuk withdraw. Jangan terlalu tamak.
  8. Fahami teknik entry begitu juga dengan teknik exit. Perlu ada trading plan dan trading strategi.
  9. Kena ada disiplin. Kalau bocor support, exit laju – laju then cari kaunter yang lebih kuat. Jangan ada teknik harapan. Trading plan wajib ada dan hormatilah trading plan yang telah anda siapkan.
  10. Jangan berjual beli selalu dan terlalu kerap. Sebab setiap kali beli dan jual, anda perlu bayar kos transaksi. Broker jugak yang kaya kalau asyik berjual beli. Trade saham ini adalah game of probability. Kebarangkalian untuk untung dan kebarangkalian untuk rugi. Masa nak tekan buy nampak signal semua strong, elok je dah matched harga mula junam. Tiada kepastian dalam gerakan harga saham. Banyak faktor – faktor penggerak. Dalaman dan luaran. Jadi, setiap kali membuat pembelian sesuatu kaunter saham, anda akan terdedah kepada 50% risiko kerugian. Selagi boleh hold, hold,
  11. Pastikan selalu withdraw, tinggalkan profit, keluarkan modal
  12. Perlu kawal emosi. Bersaham ni ada macam – macam emosi. Takut, tamak, ragu – ragu, terlebih yakin, terlalu berhati-hati, terikut – ikut dengan buy call sebab tak nak kena tinggal. Sudahnya kena tinggal sejuk sorang – sorang dekat puncak. Selalu ingat kata pepatah Enggeris yang berbunyi, “When it comes to your money, only trust one person : Yourself”
  13. Mahirkan dan mantapkan teknik trade yang kena dengan jiwa. Success rate tinggi. Kena rajin buat back test. Mahirkan beberapa teknik trade sebab kaunter gerak tak ikut teori buku. Ada macam – macam perangai. So, kena guna beberapa teknik yang bersesuaian dengan gerakan kaunter.
  14. Elakkan kaunter kompangan sebab biasanya kompang kuat berbunyi bila harga dah tinggi. Ramai dah beli. Supply over demand. Lepas tu kena flush. Dah tersangkut puncak.
  15. Jangan beli terlalu banyak kaunter dalam satu masa. Susah nak monitor. Emosi semakin tidak stabil dan bercelaru. Kecuali kaunter swing, entry point sudah jauh ditinggalkan. Ramai jugak yang swing, tapi swing cds merah. Tiada gunanya jugak.
  16. Kenalpasti trailing stop. Paling mudah guna moving average EMA21,50, 100 dan 200 sebagai trailing stop.
  17. Cuba belajar cari entry di tapak. Paling mudah entry semasa reversal di aras pantulan. Belajar tentang pullback dan aras sambutan.
  18. Bersaham ni perlukan kesabaran. Bukan skim cepat kaya. Target sebulan ROI 30% pun dah mantap sebenarnya. Dapat lebih itu rezeki. Cuma maintain dan konsisten ROI 30% sebulan. Modal RM3000, dapat duit tambahan RM900 sebulan ok la. Lepas la juga nak bayar loan kereta / rumah. Ramai yang tak mampu untuk dapat 30% ROI sebulan dalam trading bersaham. Percayalah. So, kalau anda mampu untuk kekalkan dengan konsistennya ROI 30% sebulan. Anda memang HEBAT. Pujian pada diri sendiri.

Banyak jugak yang perlu diberikan perhatian kalau nak profit selalu dan konsisten dalam trade saham kan? Bukan senang nak senang. Satu lagi ayat, bukan senang nak profit dan bukan susah untuk loss. Jadi, nak tak nak, kena serius dan fokus dalam trading. Insya Allah boleh berjaya.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights