Dalam dunia trading, penting untuk sentiasa mempunyai trading plan dan trading strategi kerana dunia trading ini agak kejam jika kita tidak betul – betul bersedia. Perkara – perkara yang terlibat didalam membuat trading plan dan trading strategi adalah garisan aras support dan resistance, aras penentu halatuju, candle dan chart pattern, trendline dan dibantu oleh volume serta indicator. Banyak jugak kan? Ya, tak senang untuk senang.
Pertama sekali, perlulah cari kaunter yang berpotensi. Mudah je. Guna screener. Ada banyak setup screener, tapi cari yang top active, top gainer, price cross up EMA21 atau EMA50 pun dah ok. Paling mudah cari kaunter yang membuat breakout aras rintangan keras dengan volume yang kuat. Atau cari kaunter yg buat volume spike, tunggu pusing aras high candle semasa volume spike then cari entry terbaik. Boleh juga KLIK SINI untuk baca tentang “Teknik Scan dan Screen Kaunter dengan TradingView”. Kepada yang belum ada akaun dengan TradingView, boleh KLIK SINI untuk daftar akaun percuma. Perlu daftar akaun untuk simpan analisis kajian chart yang anda lakukan.
Untuk penulisan tentang Trading Plan dan Trading Stategi ini, kami akan kupaskan menggunakan satu kaunter contoh. Sebenarnya ada banyak dalam koleksi kami tapi kaunter ini merupakan kaunter yang terbaru membuat gerakan untuk trading strategi kami. Jadi gunakan kaunter ini untuk contoh pembelajaran dan perkongsian idea. Disclaimer awal-awal. Penggunaan kaunter ini sebagai contoh pembelajaran semata-mata ya. Keputusan jual beli diatas tanggungjawab dan keputusan anda sendiri. Kami ada kongsikan posting tentang Trading Plan dan Ttading Strategi di FB Page, boleh lihat di bawah ini dan klik “see more” untuk membaca keseluruhan posting. Alang – alang dah lawat FB Page, sudi-sudikanlah klik Like dan Follow ya.
Asal usul gerakan kaunter : Breakout R dengan candle marubozu disokong oleh volume yang sangat besar (volume spike)
Rujuk chart diatas, pada 9 April 2023, candle marubozu brekaout aras rintangan dan disokong oleh volume yang sangat kuat. Jadi, terus siapkan garisan aras – aras support (S) dan resistance (R) seperti pada chart di atas. Merujuk pada chart di atas, trading plan untuk kaunter ini adalah last S 0.200, RBS (0.230) R 0.265, 0.290, 0.330, 0.360, 0.415, 0.445 dan 0.490. Aras SnR ini berdasarkan historical R dan juga menggunakan indicator Ichimoku Cloud. Bila dah siap trading plan, mudah untuk monitor sampai aras mana boleh naik sebelum membuat retracement dan jika membuat retracement, di aras mana sepatutnya membuat pantulan dan tidak boleh bocor. Teruskan membaca. Rujuk chart di bawah untuk trading strategi pada awal pengesanan gerakan kaunter iaitu pada tarikh 9 April 2023.
Trading Strategi Awal / Permulaan Untuk Mencari Entry Terbaik
Daripada charr di atas dapat kita lihat empat perkara iaitu : (1) Volume spike, (2) Aras rintangan keras, (3) Candle breakout R keras dan marubozu green candle, strong bullish candle dan (4) Puncak tertinggi candle (harga tertinggi) semasa volume spike. Jadi, daripada keadaan ini, aras support kuat adalah di aras rintangan keras yang berjaya dipecahkan (resistance become support, RBS) iaitu di aras 0.230 dan aras rintangan terdekat dan penentu halatuju adalah di aras puncak tertinggi candle marubozu iaitu di aras 0.275. Dapat juga dilihat ada 2 aras R yang telah digaris merujuk kepada historical R iaitu di aras 0.265 dan 0.290. Jadi trading plan semasa keadaan ini adalah S 0.230, R 0.265, 0.275 dan 0.290. Jadi, apa trading strategi? Samada terus entry dan jadikan aras support 0.230 sebagai panduan. Selagi tak bocor, hold. Atau tunggu breakout aras penentu hala tuju 0.275? Kalau penyabar dan sanggup tunggu, boleh terus entry. Kalau tidak, boleh tunggu BO aras penentu halatuju dan jadikan RBS. Seterusnya apa terjadi kepada kaunter ini?
Gerakan Kaunter Selepas Lebih dari 1 bulan Sejak Pengesanan Awal dan Penyediaan Trading Plan
Chart di atas bertarikh 25 May 2023, dapat kita lihat harga telah mencapai aras rintangan 0.445 dimana untuk trading plan sebelum ini (rujuk di atas), aras rintangan terakhir adalah 0.490. Jadi, 1 R sahaja lagi nak mencapai aras target untuk stategi trade kaunter ini. Tapi, kena reject pula dan membuat pantulan di aras RBS 0.360. Apakah halatuju seterusnya? Jika masih hold kaunter ini, adakah perlu exit atau masih boleh simpan. Sepatunya masa dah bocor 0.405 dah secure profit. Tapi, oleh sebab tak secure profit, kena kaji lebih lanjut. Gunakan indicator dan trendline untuk membuat keputusan.
Chart di atas adalah chart bertarikh 26 May 2023 (Jumaat) selepas pasaran ditutup. Pantulan di aras sambutan dan juga aras RBS. Garisan biru merujuk kepada EMA21 manakala oren dan hitam masing-masing merujuk kepada EMA200 dan EMA50. Candle diatas EMA200 dan golden gross antara EMA50 dan EMA200 telahpun berlaku. Jadi, kaunter ini secara teorinya mempunyai kekuatan bullish yang kuat. Kejatuhan atau penurunan sekadar retracement. Kaunter yang sihat akan bergerak zig zag. Bila dah naik, akan turun rehat sebelum sambung naik semula. Trading stategi pula, jadikan EMA21 sebagai current trailing stop, bocor exit ataupun last support (last trailing stop) di EMA50 jika berniat untuk swing lebih lama. Cuma risikonya, jika dah sampai EMA50 nanti dan bocor, maka akan kehilangan keuntungan yang lebih banyak.
Jemput tonton video yang bertajuk “Indicator Moving Average Sebagai Aras Sokongan, Aras Sambutan, Aras Pantulan dan Trailing Stop” :
Kenapa apabila sampai aras resistance 0.445, harga turun dan kenapa bila sampai aras 0.360 harga / candlemembuat pantulan? Boleh guna indicator Bollinger Band.
Mengikut teori trade dengan Bollinger Band, candle dah sampai upper BB dan reject resistance adalah sell signal. Sebab itu semasa tiba di aras rintangan 0.445 dan reject harga turun dan kembali memantul di middle Bollinger (buy signal). Untuk belajar tentang Bollinger Band, boleh subscribe video pembelajaran dengan klik pada image di bawah:
Strategi dan Halatuju Seterusnya
Untuk trading stategi dan trading plan seterusnya, kita perlu melihat halatuju kaunter ini dengan lebih jauh. Kemanakah potensi gerakan seterusnya atau kenaikkan sudah hampir berakhir? Untuk melihat potensi dan halatuju yang lebih jelas, kita perlu lihat pada chart di time frame weekly dan monthly. Chart di bawah ini adalah chart weekly. Buat masa ini, trading strategi dan trading plan untuk kaunter ini merujuk kepada analisis berikut :
- Kaunter ini sedang buat pattern surf Bollinger Band (BB)
- Boleh jadikan EMA50 di aras 0.330 sebagai aras support terakhir. Selagi tak bocor, boleh hold secara teorinya.
- Merujuk kepada historical resistance dan indicator Ichimoku Cloud, aras rintangan terdekat adalah 0.435 dan aras rintangan kuat ichimoku di aras 0.525 seterusnya R di 0.590. Jika berjaya melepasi aras 0.590, aras rintangan dan aras target seterusnya adalah di 0.905, 1.20 dan 1.28 (EMA200).
- Harus diingat gerakan kaunter adalah zig zag, jadi kemungkinan berpotensi untuk terkandas di R 0.525. Jadi, buat masa ini, jika berjaya melepasi aras rintangan 0.435, aras target seterusnya adalah di 0.525.
- Jika reject 0.525, boleh tunggu turun dan entry di aras sambutan. Jika berjaya breakout aras 0.525, boleh jadikan RBS dan support baru di 0.525. Selagi tak bocor, boleh hold secara teorinya.
- Trading plan = S 0.330, R 0.435, 0.525, 0.590 TP 0.905, 1,20, 1.28
Indicator Ichimoku Cloud merupakan indicator yang sangat bagus untuk dipelajari dan difahami kerana dengan menggunakan indicator ini, sangat mudah untuk kita lihat halatuju kaunter, signal belian dan jualan, aras rintangan dan sokongan kuat, aras sokongan dan rintangan yang ngam-ngam sentuh, kekuatan dan kelemahan kaunter, chart pattern dan juga aras target. Sangat berbaloi dan bermanfaat jika dapat fahami teknik penggunaan indicator Ichimoku Cloud ini. Jika berminat untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud), boleh kilik pada image di bawah ini ya. Akan terima 2 video pembelajaran. Pembelajaran dari asas penggunaan sehingga teknik yang sangat advanced.
Semoga perkongsian yang panjang lebar ini bermanfaat dan dapat belajar sesuatu daripada perkongsian ini. Untuk kajian dan analisis kaunter seperti ini, jemput sertai kelas “Setup Ketenangan” yang kami anjurkan. Banyak kajian lengkap kaunter seperti ini dari semasa ke semasa di group support. Perbincangan, perbelajaran, pemantapan ilmu dan kajian kaunter berterusan dari semasa ke semasa. Klik image di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.