+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Setting FB Live Dengan Zoom Streaming

Bagaimana untuk setting Facebook (FB) Live dengan Zoom Streaming? Kenapa tak direct guna FB Live sahaja? Berdasarkan pengalaman sebelum ini, FB Live jika nak guna untuk share screen, kualiti gambar agak kabur dan berkualiti rendah serta ada lag dan delay. Jadi, bila FB Live dengan zoom streaming, video gambar sangat jelas, suara jelas dan video tidak putus-putus dan sangkut-sangkut. Cuma, untuk guna Zoom kena subscribe lesen dulu rasanya. Tak cuba pula zoom akaun percuma untuk setup FB Live streaming. Cuba la, kalau boleh nanti komen di bawah ya. Di bahagian komen. Di bawah ini diterangkan langkah demi langkah bagaimana untuk setting FB Live dengan Zoom Streaming. Semoga bermanfaat.

Pertama sekali, buka website zoom, login ke akaun dan cari “Settings”, kemudian pilih “Meeting” dan “In Meeting (Advanced)“.

Kemudian, scroll ke bawah sampai jumpa “Allow livestreaming of meetings”. Enable dengan klik pada butang di dalam bulatan dan pastikan tick pada Facebook.

Seterusnya buka Zoom dan create new meeting. Then dekat sebelah hujung kanan bawah, ada tiga titik. Klik pada tiga titik itu dan akan keluar pilihan untuk live. Klik pada Live on Facebook.

Kemudian akan keluar popup di internet browser seperti di bawah. Klik “Continue”

Seterusnya akan keluar seperti di bawah ini. Jika nak post FB Live Streaming di personal Facebook dan nak invite group Facebook, klik pada “Choose what you allow” then “Continue”. Tapi, kalau nak buat FB Live di Facebook Page, klik “Not Now”

Seterusnya akan keluar page seperti di bawah ini. Tukarlah tajuk dan masukkan description jika perlu. Pada bahagian “Choose where to post……”, kalau dkt time time personal boleh terus tekan Go Live! Jika nak post di FB Page, tekan anak panah bawah.

Akan keluar pilihan seperti di bawah:

Selepas pilih page dimana hendak buat FB Live seterusnya tekan butang “Go Live”. Selesai. Semoga perkongsian tentang Setting FB Live dengan Zoom Streaming ini bermanfaat. Selamat ber “live” streaming 🙂

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights