+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Apa itu Struktur Pasaran (Market Structure)

Apa itu Struktur Pasaran (Market Structure)? Sebagai seorang trader, perlu tahu tentang struktur pasaran supaya lebih mudah untuk melihat potensi gerakan harga dan merancang strategi trading. Struktur pasaran adalah merujuk kepada bentuk pergerakan harga didalam pasaran dan pelabur / pedagang mengambil peluang dalam struktur pasaran ini untuk membuat keputusan pelaburan dan juga untuk mengambil keuntungan. Ianya dapat dilihat pada aras sokongan dan rintangan pada carta, serta aras kenaikkan tertinggi dan terendah. Aras – aras ini mudah dikenalpasti dan diikuti oleh pedagang sehingga arah aliran pergerakan harga berhenti bergerak seterusnya mengubah arah aliran. Terdapat dua jenis struktur pasaran iaitu Fasa Pergerakan Harga (market phase) dan juga Arah Aliran Pergerakan Harga (market trend). Untuk memahami tentang market structure, kita perlu tahu tentang penawaran (supply) dan permintaan (demand). Ini kerana semua pasaran kewangan akan merujuk kepada Hukum Universal Penawaran dan Permintaan (Universal Law of Supply and Demand).

Struktur pasaran menunjukkan kepada kita untuk peluang dagangan (trading opportunities). Dalam pasaran menaik kita akan sentiasa mencari peluang untuk membuat pembelian terbaik semasa harga sedang membuat penurunan sementara (pullback, retrace). Untuk berjaya didalam dunia trading, kena sentiasa cari peluang untuk beli rendah dan jual tinggi.

Prinsip Struktur Pasaran

  1. Harga bergerak dalam struktur sokongan dan rintangan
  2. Penembusan (breakout) struktur sokongan dan rintangan semasa akan membawa kepada pergerakan harga di kawasan sokongan atau rintangan yang seterusnya.
struktur pasaran

Jika harga bergerak naik dan berjaya menembuhi aras rintangan semasa, aras rintangan itu akan bertukar menjadi aras sokongan dan gerakan harga seterusnya akan mencari aras rintangan yang seterusnya. Begitu juga jika harga turun dari atas dan bocor aras sokongan semasa, aras sokongan itu akan bertukar menjadi aras rintangan.

struktur pasaran

Contoh gerakan chart serta aras – aras sokongan dan rintangan

struktur pasaran

Market Structure daripada aliran menaik (uptrend) bergerak sehingga mencapai aras puncak harga tertentu seterusnya gagal untuk menembusi aras rintangan terakhir. Selepas itu, harga akan bergerak turun serta menukar arah aliran daripada menaik kepada menurun. Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang Struktur Pasaran (Market Structure) dan Teknik Trade Breakout, boleh klik pada image di bawah :

Topik seterusnya : Jenis – Jenis Struktur Pasaran

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights