+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Indicator Trend Dalam Analisis Teknikal Chart

Salah satu indicator yang perlu digunakan dalam analisis teknikal chart adalah indicator trend. Ini kerana dengan indicator trend kita boleh lihat dengan lebih jelas potensi gerakan semasa chart dan juga signal belian atau jualan. Terdapat banyak indicator trend jika kita buat carian di bahagian indicator di plaform CDS, Bursa Station atau Tradingview cuma hanya beberapa indicator sahaja yang popular dan digunapakai secara meluas didalam membuat analisis teknikal chart.

Di bawah ini adalah senarai indicator trend yang boleh digunakan di Software Bursa Station. Banyak kan? Cuma banyak yang tak pernah dengar jugak. So, seeloknya, kita guna yang popular dan digunakan secara meluas. Jadi, ramai yang melihat gerakan dan signal yang sama. Baru sesuatu kaunter itu aktif dan ada demand serta supply.

indicator trend

Trend indicator boleh juga dipadankan dengan indicator momentum dan juga indicator band untuk hasil analisis yang lebih meyakinkan dan signal belian dan jualan yang lebih jelas. Kami ada tulis tentang kumpulan – kumpulan indicator chart, boleh KLIK SINI untuk baca ya. Elakkan guna indicator dalam kumpulan yang sama kerana signal lebih kurang sama. Ramai yang chart nampak berselirat dengan indicator, tapi sebenarnya kebanyakkan indicator yang digunakan adalah dari kumpulan yang sama.

Kami ada sediakan video tentang indicator trend yang biasa digunapakai dan juga teknik penggunaannya. Jemput tonton video di bawah ini. Alang – alang dah tonton tu, jemput la like video, subscribe channel dan kongsikan video dengan rakan trader yang lain ya. Semoga bermanfaat.

Trend indicator yang popular dan digunapakai secara meluas adalah indicator :

  1. Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)
  2. Moving Average Convergence Divergence (MACD)
  3. Parabolic SAR

Ditambah satu lagi indicator iaitu Moving Average. Moving Averaga juga boleh digunakan sebagai indicator untuk melihat kekuatan trend sesuatu kaunter.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights