+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Trade FCPO Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

Adakah Trade FCPO boleh menjadi alternatif kepada trader saham? Oleh sebab pasaran saham yang tidak menentu dan bearish tak berkesudahan, maka ramai yang bertukar arah kepada trade FCPO. Apa itu FCPO? FCPO adalah singkatan kepada Future Crude Palm Oil atau dalam bahasa Melayunya Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah. Jadi, ianya merupakan salah satu instrumen pelaburan yang merujuk kepada turun naik harga minyak sawit mentah. Apakah perbezaan antara trading saham dengan trade FCPO? Bagi yang dah biasa dengan Trade FCPO, boleh scroll ke bawah untuk analisis chart dan SnR untuk chart FCPO. Sekadar pembelajaran dan semoga bermanfaat.

Trading saham gerakan agak perlahan dan perlukan banyak kesabaran. Selain itu, terdapat beratus kaunter saham yang perlu di kaji, di analisis dan dipilih. Ada kaunter saham yang Syariah dan Tidak Syariah. Trading saham dikategorikan sebagai “Medium Risk” iaitu Risiko Sederhana dan merupakan trading satu hala dimana jika harga naik akan peroleh keuntungan dan jika turun akan kerugian. Berbeza dengan trade FCPO, gerakan sangat laju serta hanya fokus kepada satu produk dan chart sahaja iaitu produk minyak sawit mentah dan chart FCPO. Setakat ini, FCPO adalah instrumen pelaburan patuh syariah. Cuma trade FCPO dikategorikan sebagai “High Risk” iaitu Risiko Tinggi dan merupakan trading dua hala dimana harga naik pun boleh buat keuntungan, harga turun pun boleh buat keuntungan. Cuma keyword kepada trade FCPO adalah “High Risk, High Return”. Itu yang kena diberikan perhatian, tersilap langkap akan total loss atau perlu topup lebih banyak modal untuk mengelakkan total loss. Berbanding dengan saham, selagi tak jual tak dikira rugi dan boleh average down bila kaunter dah kembali bertenang dan bersedia untuk buat reversal. Trade FCPO boleh dikatakan sama dengan Trade FOREX iaitu itu trade dua hala, cuma yang membezakan adalah status syariah dan juga modal.

Anda juga boleh tonton video di bawah ini tentang “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang FCPO”?

trade fcpo

Untuk trade FCPO, kena buka akaun trading FCPO (future account). Kalau ada akaun CDS saham, tak boleh guna untuk trade FCPO, kena buka akaun trading yang lain. Boleh buka dengan semua broker dan bank yang menawarkan akaun pasaran hadapan (future). Buka akaun trading free je, Cuma berapa modal untuk trade FCPO ini? Modal minima yang diperlukan buat masa ini adalah 1 lot RM4500 untuk intraday trade dan 1 lot RM9000 untuk overnight trade. Tapi digalakkan untuk meletakkan modal lebih sedikit (bufffer) iaitu RM5000 (intraday) dan RM10000 (overnight). Cuma ada juga broker yang tawarkan margin akaun, itu kena tanya dengan broker la ya. Intraday trade bermaksud, kena closed positon sebelum pasaran ditutup pada hari yang sama. Overnight bermaksud boleh simpan position selagi ianya dalam gerakan yang betul dan menguntungkan.

Bilakah waktu pasaran FCPO dibuka dan didagangkan? Pasaran FCPO dibuka bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat untuk Intraday Trade. Manakala, untuk sesi malam untuk overnight trade bermula dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam. Kepada mereka yang ada modal minimum RM9000 sahaja boleh trade sesi malam dan position boleh simpan ke hari esok. Biasanya, ramai yang simpan untuk potensi gap semasa opening. Untung lebih besar.

Untuk kiraan keuntungan dan kerugian, 1 tick kenaikkan bersama dengan RM25 begitu juga 1 tick penurunan bersamaan dengan RM25.

trade fcpo

Contohnya seperti chart TF5mnt FCPO diatas. Katakan bila bocor support 4044, kita masuk position Sell 1 lot pada harga 4042 aras support seterusnya adalah di 4037. Jika closed position di 4036. Jadi perbezaan = 4042 – 4036 = 6 tick. Jadi keuntungan = 6 x RM25 = RM150 sebelum ditolak dengan brokerage fee. Ok, itu kalau takut – takut, tapi kalau dah biasa trade, akan closed di aras support kuat iaitu di 4007. Jadi closed contohnya di 4010. Jadi berapa keuntungan? Keuntungan = 4042 – 4010 = 32 tick = 32 x RM25 = RM800 dalam masa 20 minit lebih kurang. Then, buy position pula selepas itu. Buy 1 lot di 4010 then closed di 4042. Dapat lagi profit RM800. Sebab tu, ramai yang beubah aras trade kepada FCPO. Cuma, harus diingat, itu jika pilihan position yang betul. Kalau silap arah, rugi pun laju jugak. So, kena mantapkan ilmu. Paling penting ilmu tentukan aras support dan resistance yang tepat.

Jika berminat untuk pelajari tentang Teknik Trade FCPO, dapatkan modul pembelajaran dengan klik pada image di bawah ini. Selepas mendaftar, anda juga akan terima access untuk sertai group telegram dua hala untuk perbincangan dan pembelajaran dari semasa ke sesama. Sangat bermanfaat.

trade fcpo

Berapa Brokerage fee untuk trade FCPO? Setakat yang kami tahu (tolong betulkan jika silap), kalau guna RHB brokerage adalah RM10 (intraday) dan RM17 (overnight) untuk setiap transaksi. Jika guna Maybank RM10 (intraday) dan RM16 (overnight) dan CIMB RM 7 (intraday) dan RM14 (overnight) untuk setiap transaksi. Cuma, setiap kali trade mesti akan buat dua transaksi iaitu open position dan closed position. So, setiap kali trade brokerage fee bersamaan RM10 + RM10 = RM20 jika guna broker RHB sebagai contoh. Selagi pasaran di buka, kita boleh buat banyak transaksi jual beli bergantung kepada modal yang ada.

Apakah platform yang digunakan untuk trade FCPO? Untuk analisis chart boleh guna Tradingview cuma kena subscribe live data. Cuma untuk jual beli kena guna apps di akaun trading FCPO yang disediakan oleh broker. Untuk lebih serius, boleh guna platform berbayar seperti QST Trading Platform. Boleh jual, beli dan set stop limit terus.

Chart FCPO kadang – kadang aktif gerakannya (sedap nak trade) dan ada masanya bergerak sideway (agak bosan sebab trading range kecil, cuma masih boleh buat untung). Untuk trade, biasanya kita guna time frame (TF) 1 minit dan 5 minit manakala time frame yang lebih besar seperti TF1hr dan 1 day untuk lihat potensi arah gerakan harga. Selain itu, chart gerakan FCPO ini banyak gap yang terbentuk samada gap up dan gap down. Ianya akan menjadi bonus jika kita punya position betul dan kemurungan jika tersalah position. Contoh, tengah dalam position buy, then berlakunya gap up, maka untung besar la. Tapi kalau tengah dalam position buy, tapi gap down pula, maka rugi pun besar. Begitu juga sebaliknya jika dalam position sell. So, kena rajin baca news tentang minyak sawit dan juga pastikan berada didalam arah yang betul. Macammana nak berada diarah yang betul, kena rajin analisis chart dan juga kena mantapkan ilmu trading dan ilmu membaca gerakan chart.

trade FCPO

Contoh chart TF5mnt FCPO. Boleh nampak banyak gap yang terbentuk.

Jadi, kesimpulannya untuk trade dengan hasil yang lebih pantas, boleh cuba trade FCPO. Cuma modal kena ada banyak. High risk high reward. Jadi, tekankan pada high risk tu. Oleh sebab risiko tinggi, kena lebih berhati-hati dan kena lebih rajin mantapkan ilmu trade. Yang penting dalam semua instrumen trading, jangan “tersilap arah”. Jika berada di arah yang betul, pasti mampu untuk menjana keuntungan dan berjaya didalam dunia trading. Kepada rakan-rakan yang nak kongsikan pengalaman trade FCPO, boleh la kongsikan di ruangan komen di bawah ya.

Paling penting dalam trading adalah menggaris aras sokongan dan rintangan (SnR) yang tepat serta melihat potensi halatuju gerakan chart. Kami kongsikan contoh garisan SnR berdasarkan analisis yang kami lakukan pada chart FCPO selepas pasaran ditutup 21 Julai 2023. Chart dalam fasa menaik. Rintangan keras di aras 4074. Kalau dapat pecah, akan cari Rintangan seterusnya di atas. Jika reject, akan berehat mencari garisan – garisan Sokongan di chart sebelum cuba menguji aras 4074 semula. Jika bocor semua garisan sokongkan di chart, akan tukar trend kepada trend menurun. (Disclaimer : Sekadar analisis dan pembelajaran). Awal bulan Ogos kami update semua chart ini. Apakah gerakan yang dilakukan.

Update chart FCPO selepas pasaran ditutup 11 Ogos 2023. Nampaknya, terkandas di aras rintangan kepit (garisan R rapat) dan terus menjunam.

Kemanakah Gerakan Halatuju FCPO Yang Seterusnya? by ichivergence_hunter on TradingView.com

Update gerakan chart FCPO selepas pasaran ditutup pada 1 September 2023. Pantulan di aras support kuat 3674 dan kembali mendaki naik menguji garisan – garisan resistance.

Halatuju gerakan seterusnya dan aras SnR chart FCPO (kajian dan analisis sekadar pembelajaran) adalah seperti di bawah. Buat masa ni trading range antara 3967 dan 4051:

Update chart pada 2 October 2023. Nampaknya, ngam – ngam trading range penentu halatuju FCPO pada 1 September 2023 (chart di atas ini). Bocor aras support 3967, maka junam ke bawahlah dia.

Kalau kita bandingkan chart SnR 1 September 2023 dengan candle terakhir 2 October 2023, boleh nampak ngam – ngam gerakan mengikut garisan SnR. Lain warna lain dia punya kekerasan. Minat nak belajar tentang Teknik Menggaris Aras SnR Yang Tepat dan Ngam – Ngam Sentuh, Reference Candle (pengaruh bull bear dalam gerakan semasa chart) dan Aras Penentu Halatuju? KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Artikel lain yang berkaitan dengan FCPO trading :

(1) Unlocking Prosperity: Mastering FCPO Trading for Consistent Gains

(2) The FCPO Trader’s Radar: Key News and Events for Informed Decision-Making

 

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights