Sebagai seorang trader, kita perlu fahami tentang teknik trade breakout dan struktur pasaran (market structure). Ini kerana, kaunter yang breakout struktur pasaran biasanya mempunyai kekuatan dan momentum untuk meneruskan gerakan semasa ke aras yang seterusnya. Cuma masalah yang sering dihadapi adalah selalu terkena dengan fake breakout lalu tersangkut puncak. Pertama sekali kita faham dahulu apa itu Breakout?
Breakout atau penembusan bermaksud tindakan harga semasa yang menembusi aras rintangan atau sokongan dengan disokong oleh volume yang kuat melebihi purata. Gerakan breakout memerlukan tenaga dan momentum tujahan yang kuat untuk mengesahkan gerakan penembusan yang pasti (solid) dan bukannya palsu (fakeout). Momentum gerakan ini akan berterusan jika berlakunya solid breakout. Gerakan breakout akan mengubah struktur pasaran dengan membawa pergerakkan harga kepada zon aras rintangan atau sokongan yang seterusnya.

Apa pula yang dimaksudkan dengan struktur pasaran atau market structure?
Struktur pasaran adalah merujuk kepada bentuk pergerakan harga didalam pasaran dan pelabur / pedagang mengambil peluang dalam struktur pasaran ini untuk membuat keputusan pelaburan dan juga untuk mengambil keuntungan. Ianya dapat dilihat pada aras sokongan dan rintangan pada carta, serta aras kenaikkan tertinggi dan terendah. Aras – aras ini mudah dikenalpasti dan diikuti oleh pedagang sehingga arah aliran pergerakan harga berhenti bergerak seterusnya mengubah arah aliran. Terdapat dua jenis struktur pasaran iaitu Fasa Pergerakan Harga dan juga Arah Aliran Pergerakan Harga.

Image diatas menunjukkan hubungan antara breakout dengan struktur pasaran.

Image di atas menunjukkan contoh berlakunya breakout pada chart.

Selalu terjadi dan terkena dengan fakeout sebab memang akan selalu jumpa kejadian fakeout sebelum betul – betul breakout. Terdapat 5 idea trade breakout berdasarkan backtest dan pengalaman hampir 10 tahun dalam dunia saham. Kami ada sediakan video seperti dibawah ini untuk penerangan yang mendalam berdurasi hampir 1 jam 47 minit tentang struktur pasaran, smart money & operator, solid breakout, teknik trade breakout, pin bar (rejection zone) dan shakeout trading strategy dan juga contoh kajian chart tentang teknik trade breakout resistance, breakout reversal dan breakout indicator.


Sebagai trader saham, pastikan kita cari kaunter uptrend untuk trade. Ini kerana kaunter uptrend mempunyai kekuatan menaik yang kuat. Cuma, kaunter bergerak zig zag. Naik, berehat seketika (pullback) dan sambung naik. Semasa kaunter berehat seketika munculnya peluang untuk kita tumpang semasa munculnya reversal candle. Jadi dapat entry dekat dengan tapak (aras sokongan), jauh dengan resistance. Low risk high reward. Semasa berehat, biasanya akan membentuk chart continuation pattern seperti di bawah ini :



Untuk menjawab persoalan di atas ini, bagaimana untuk pastikan dan sahkan solid breakout dan bukan fakeout, boleh tonton video pembelajaran yang kami sediakan seperti diatas.
Jika ada trade guna moving average, secara teorinya, candle yang cross up dan berada diatas aras moving average terutamanya moving average 50 dan 200 mempunyai kekuatan bullish yang kuat. Jadi, secara teori teknikalnya, jika candle cross up moving average, jadikan moving average sebagai support dan ride selagi tak bocor. Tetapi, banyak kali juga berlakunya fake breakout. Hari ini nampak solid candle cross up moving averange, esok lusa solid candle juga dia balas turun semula ke bawah moving average. Jadi, bagaimanakah untuk pastikan tidak terkena dengan fake breakout ini?

Jawapannya ada didalam video di bawah ini :

Semoga bermanfaat. Rajin – rajinlah cari kaunter yang buat solid breakout, hasilnya memang lumayan.
PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/