KLCI ditutup merah pada sesi akhir tahun 2023 (29 Dec 2023, Jumaat) pada aras 1454.66 dengan ketiadaan aktiviti window dressing. Jadi, apakah halatuju KLCI untuk tahun 2024? Kami kongsikan analisis halatuju KLCI untuk tahun 2024 dan untuk penafian (disclaimer) “Penulisan ini sekadar analisis teknikal peribadi semata-mata. Harap Maklum”. Pertama sekali, kita lihat pada chart weekly KLCI. Jangkaan kami berdasarkan analisis teknikal chart semata – mata tanpa mengambilkira faktor lain. Jadi, untuk jangkaan kami adalah seperti pada tajuk diatas “KLCI tahun 2024 dijangka akan membuat gerakan bullish dan berpotensi untuk menguji aras 1600”. Mengapakah jangkaan bullish dan potensi menguji aras 1600? Teruskan membaca.
Diatas ini adalah chart weekly KLCI. Dapat kita lihat, walaupun KLCI dalam fasa menurun sejak tahun 2018 tetapi masih dalam fasa uptrend selagi belum bocor kotak berwarna merah. Jadi, masih ada potensi untuk membuat reversal dan gerakan bullish menaik yang seterusnya. Cuma, KLCI perlu masuk ke kotak biru dan breakout kotak biru untuk mengesahkan reversal dan gerakan bullish.
Zoom in chart weekly KLCI. Aras rintangan kotak biru adalah 1458.68, 1490.34 dan 1521.56. Jadi, untuk bulan Januari 2024 atau suku pertama 2024, KLCI perlu naik ke atas aras 1458.68 dan pertahankan aras ini untuk terus naik menguji aras 1490.34 dan 1521.56. Jika berjaya breakout 1521.56, KLCI akan keluar dari kotak biru dan mengesahkan kekuatan reversal (bullish). Seterusnya jika dapat mempertahankan aras 1521.56, kita jangkakan KLCI akan meneruskan gerakan momentum menaik mencari aras rintangan psikologi 1600. Untuk rekod aras rintangan kotak hijau di atas adalah di 1592.62 dan 1620.44. Andaikata KLCI berjaya juga pecahkan aras 1620.44, maka potensi KLCI untuk melengkap satu rounding bottom dan menguji aras neckline di 1695.96. Image di bawah ini menunjukkan chart pattern rounding bottom KLCI. Bacaan tentang Chart Pattern : https://www.tekniktrade.com/chart-pattern-dalam-analisis-teknikal/
Apakah faktor pada analisis teknikal chart yang menyokong kepada potensi gerakan bullish KLCI?
- Chart Pattern Daily : Bullish Ascending Triangle
Chart Pattern untuk daily chart KLCI adalah pattern Ascending Triangle. Jadi, potensi kuat untuk breakout ke atas jika tiada faktor penyebab lain yang boleh menjunamkan KLCI seperti sebab pergolakkan politik Malaysia dan isu besar dunia yang lain. Bacaan tentang chart pattern : https://www.tekniktrade.com/chart-pattern-dalam-analisis-teknikal/
2) Chart Pattern KLCI : Falling Wedge
KLCI membuat beberapa siri pattern Falling Wedge seperti chart diatas.
3) KLCI ditutup diatas EMA50 dan EMA200.
Line pink adalah EMA50 dan line hitam adalah EMA200. Dapat kita lihat, Candle KLCI berada diatas aras EMA50 dan EMA200 dan secara teorinya, candle diatas EMA50 dan EMA200 menunjukkan kaunter / index sedang dalam fasa kekuatan bullish. Bacaan tentang indicator Moving Average : https://www.tekniktrade.com/tag/moving-average/
4) EMA200 membuat sloping ke atas.
Pada chart di atas, dapat kita lihat EMA200 dalam sudut menaik. Ini menyokong kepada analsis kami untuk “KLCI tahun 2024 dijangka akan membuat gerakan bullish dan berpotensi untuk menguji aras 1600″. Sekadar analisis peribadi. Harap maklum. Semoga KLCI membuat gerakan bullish seperti analisis diatas. Lama dah tunggu KLCI bullish semula.