Description
Kelas analisis teknikal trading US stocks market sesuai untuk semua yang ingin menambah portfolio pelaburan ke pasaran yang lebih besar, lebih aktif, lebih banyak peluang dan lebih cair (volatile) iaitu di pasaran saham US. Apa yang menarik tentang pelaburan di pasaran saham US? Pasaran saham US merupakan pasaran saham yang paling besar dan paling aktif didunia. Anda juga mempunyai peluang untuk menjana keuntungan yang lebih besar kerana banyak saham US menunjukkan pertumbuhan luar biasa dalam jangka masa panjang. Selain itu, anda juga boleh menjana keuntungan besar dalam jangka masa pendek kerana saham US tiada had limit kenaikkan. Berbanding di Malaysia, ada ditetapkan Limit Up iaitu 30 sen untuk saham dibawah RM1.00 dan 30% untuk saham di atas RM1.00. Selepas mencecah aras limit up, maka saham tersebut sudah tidak boleh dibeli lagi untuk hari dagangan tersebut. Hanya boleh jual sahaja. Sebaliknya di pasaran US kenaikkan boleh mencecah 500% – 1000% dalam masa satu hari. Jadi, kalau nak scalping di time frame kecil seperti time frame 30 minit dan 5 minit pun boleh.
Satu lagi yang menarik trade di pasaran saham US ini adalah anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk trade. Modal RM1000 pun dah cukup. Ini kerana, dipasaran saham US, kita boleh beli saham dalam UNIT dan bukan LOT seperti di pasaran saham Malaysia. 1 Lot bersamaan dengan 100 unit. Jadi, oleh sebab boleh beli dalam Unit, maka, kita boleh beli saham-saham yang lebih mahal dan berkualiti.
Selain itu, kita boleh membuat keuntungan dalam matawang USD. Ini kerana, untuk trade di pasaran US, kita akan trade mengunakan USD. Untuk lebih banyak kelebihan trade di pasaran US, boleh tonton video di bawah ini ya :
Kelas ini adalah PERCUMA kepada semua yang buka akaun trading Moomoo dan deposit minimum RM1000 kedalam akaun dan masukkan exclusive code TT69. KLIK SINI untuk cara-cara mendaftar akaun trading Moomoo dan redeem reward. Jika anda sudah mempunyai akaun trading Moomoo, tetapi belum pernah deposit, juga boleh follow GUIDE DISINI untuk 1st time deposit. Pastikan masukkan exclusive deposit TT69.
Jika anda sudah mempuyai akaun trading untuk trade di pasaran saham US dan ingin sertai kelas ini, boleh klik “add to cart” ya. Selepas mendaftar, anda akan mendapat access untuk sertai group telegram untuk perbincangan, pembelajaran dan review analisis teknikal chart secara berterusan. Selain itu, anda juga akan terima access untuk menggunakan custom indicator di Tradingview untuk membantu didalam membuat analsisi teknikal chart dan mencari entry dan exit terbaik. Jemput sertai kelas ini ya. Banyak yang boleh dipelajari dari semasa ke semasa.
Reviews
There are no reviews yet.