Description
FIBONEX Pro+ — Satu Chart, Empat Analisis Teknikal. Kenal Pasti Peluang Trading Dengan Lebih Sistematik!
Masih menggunakan terlalu banyak indikator sehingga chart menjadi berserabut dan sukar membuat keputusan?
Bayangkan jika anda boleh menggabungkan empat komponen penting analisis teknikal dalam satu indikator — Dynamic Fibonacci, VWAP, EMA dan RSI.
Memperkenalkan FIBONEX Pro+, custom indicator yang direka untuk membantu trader membaca pergerakan harga, mengenal pasti momentum pasaran dan menilai potensi peluang trading dengan lebih tersusun terus pada chart TradingView.
FIBONEX Pro+ bukan sekadar indikator untuk melihat arah harga. Ia menggabungkan beberapa pendekatan analisis teknikal supaya anda dapat menilai keadaan pasaran daripada sudut yang berbeza dalam satu paparan.
APA YANG MENARIK TENTANG FIBONEX Pro+?
Fibonacci merupakan salah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk menilai paras harga yang berpotensi menjadi kawasan sokongan, rintangan atau reaksi harga.
Dengan fungsi Dynamic Fibonacci, FIBONEX Pro+ memaparkan beberapa paras Fibonacci secara dinamik berdasarkan swing high dan swing low yang dikesan oleh indikator.
Garisan Fibonacci boleh dipaparkan bersama label harga, manakala pilihan warna dan ketebalan garisan membolehkan anda menyesuaikan paparan mengikut keselesaan sendiri.
Kelebihannya: Anda boleh menilai kedudukan harga berbanding paras Fibonacci untuk membantu mencari lokasi entrt terbaik, aras target harga dan pengurusan risiko (entry dekat dengan support).
EMA — Baca Arah dan Momentum Trend
FIBONEX Pro+ menggabungkan lima EMA yang boleh disesuaikan iaitu EMA fast, EMA medium dan 3 EMA slow.
Kombinasi ini membolehkan anda melihat hubungan antara purata harga jangka pendek dan jangka lebih panjang.
EMA Fast dan EMA Medium untuk memantau perubahan momentum.
Apabila EMA fast melintas ke atas (crossing up) EMA medium, ia boleh menjadi petunjuk awal untuk potensi momentum bullish.
Sebaliknya, apabila EMA fast melintas ke bawah (crossing down) EMA medium, ia boleh menunjukkan potensi untuk permulaan momentum bearish.
FIBONEX Pro+ juga menyediakan pilihan warna bagi fill antara EMA Fast dan EMA Medium untuk membantu membezakan keadaan bullish dan bearish secara visual.
Dengan signal persilangan EMA, trader boleh melihat signal persilangan bullish atau bearish apabila kedua-dua EMA bersilang.
Cuma, kena pastikan signal persilangan EMA itu valid, baru ada gerakan susulan yang kuat dan reward yang lumayan.
VWAP — Aras Sokongan dan Rintangan Dinamik
VWAP atau Volume Weighted Average Price ialah indikator yang mengambil kira harga dan volume dagangan.
Dalam FIBONEX Pro+, VWAP dipaparkan pada chart bersama signal apabila harga melintasinya.
-
Harga melintas VWAP ke atas (crossing up): Boleh menjadi petunjuk perubahan momentum dan gerakan harga ke arah bullish.
-
Harga melintas VWAP ke bawah (crossing down): Boleh menjadi petunjuk perubahan momentum dan gerakan harga ke arah bearish.
VWAP boleh digunakan sebagai aras rintangan dan sokongan dinamik. Apabila digabungkan dengan EMA fast dan dinamic fibonacci, kita akan monitor signal gerakan yang confluence untuk setup gerakan yang kuat.
RSI — Fahami Momentum, Overbought dan Oversold
RSI atau Relative Strength Index membantu trader menilai kekuatan momentum gerakan harga.
Didalam indicator FIBONEX PRO+ ini, ada beberapa signal RSI yang boleh kita boleh jadikan panduan dan rujukan iaitu :
-
Candle high / resistance (candle biru) dan candle low / support (candle kuning)
-
Signal persilangan RSI dengan RSI based MA yang menunjukkan signal bull dan bear
-
Signal RSI crossing 50 yang berbentuk pillar. Apabila nilai RSI di atas 50, maka chart dalam kekuatan momentum bullish yang kuat. Begitu juga apabila nilai RSI di bawah 50, maka chart dalam kekuatan momentum bearish yang kuat.
-
Signal RSI oversold dan overbought berbentuk fill background. Apabila RSI melepasi aras 70, maka gerakan chart didalam kekuatan overbought dan dalam masa yang sama dalam kekuatan super strong momentum bullish. Jadi, selagi RSI diatas nilai 70 dan fill background seperti yang ditetapkan di chart, selagi itu harga akan terus bergerak naik. Sehingga RSI turun ke bawah 70, maka potensi harga akan membuat penurunan untuk pullback. Begitu juga sebaliknya apabila RSI menurun ke bawah aras 30. Gerakan chart dalam kekuatan oversold dan dalam masa sama super strong momentum bearish.
-
Signal RSI cross down 70 untuk monitor setup gerakan pullback menurun dan signal RSI cross up 30 untuk monitor setup gerakan recovering iaitu harga pullback menaik ke atas.
Analyzer Table
Indicator ini didatangkan dengan analyzer table untuk membantu trader didalam membuat analisis teknikal chart. Analyzer table ini memang sangat membantu dan memudahkan para trader.
Boleh tonton video dibawah untuk contoh penggunaan indicator FIBONEX PRO+ dan juga Table Analyzer:
SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN FIBONEX Pro+?
Indicator ini sesuai digunakan untuk semua instrumen trading seperti FCPO, Gold, Oil, Kripto dan Saham. Cuma untuk guna didalam trading FCPO dan Saham, perlu subscribe pelan tradingview sekurang-kurangnya pelan Essential kerana kita memerlukan live data untuk trade FCPO dan Saham. Kalau guna tradingview yang percuma, chart akan delay selama 15mnt. Jika anda belum ada akaun tradingview, boleh juga KLIK DISINI untuk buka akaun dan dapatkan kupon bernilai USD15 untuk subscribe pelan tradingview. Untuk chart gold (xauusd), oil (WTI) dan Bitcoin, anda boleh guna tradingview percuma sebab chart tidak delay.
FIBONEX Pro+ — Empat Komponen Analisis. Satu Paparan. Pendekatan Trading Yang Lebih Sistematik.
Dapatkan Custom Indicator FIBONEX Pro+ dengan klik add to chart sekarang!







Reviews
There are no reviews yet.