+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan

Kelas analisis teknikal trading saham iaitu Kelas Saham Setup Ketenangan. Bertemakan “Mencari Ketenangan Didalam Berdagang Saham”. Pelajari tentang teknik trade serta Setup, Rules dan SOP trade dengan teknik – teknik entry, hold dan exit terbaik. Mantapkan diri dan mahirkan teknik trade dengan entry low risk high reward. Entry dekat dengan tapak (aras sokongan, support) dan jauh dengan puncak (aras rintangan, resistance). Didalam kelas saham ini juga akan pelajari teknik penggunaan custom indicator yang dibangunkan khas sebagai alat bantuan didalam membuat analisis teknikal chart. Kenapa nama kelas “Setup Ketenangan”? Ini kerana dengan memahami lokasi entry dan exit terbaik, low risk dan high reward pastinya akan memberikan ketenangan didalam berdagang saham. Tidaklah tersangkut di puncak dan tersidai dalam gerakan sideway.

Berikut adalah secara ringkas tentang apa yang akan dipelajari didalam Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan. Pelajari analisis teknikal chart untuk chart kaunter Saham Malaysia dan kaunter Saham US. 

Selain daripada kelas analisis teknikal yang diadakan dari semasa ke semasa, semua yang sertai kelas akan mendapat akses untuk sertai group support telegram untuk perbincangan, pembelajaran dan guide yang berterusan. Setiap kali ada kelas juga boleh turut serta secara percuma untuk refresh dan mantapkan ilmu. Yuran hanya sekali sahaja. Tiada yuran untuk kelas upsell. Video pembelajaran dan rakaman kelas juga disediakan untuk diulang tonton. 

Sertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan. Pasti berbaloi dan bermanfaat. Selepas mendaftar, akan terus mendapat akses untuk sertai group telegram, link video-video pembelajaran dan juga custom indicator Tradingview. 

Bawah ini adalah antara testimoni peserta yang telah menyertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan. Selain itu boleh scroll di bawah pada bahagian komen untuk lebih banyak testimoni kelas.

 

22 comments on “Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan

  1. Trader yg pernah disakiti June 15, 2023 /

    Jangan risau, ini kelas kalau rasa nak belajar benda yg x boleh jumpa atau dipelajari di youtube, sini lah tempatnya. Tekniknya simple tapi padu, banyak rahsia disebalik indicator standard. Memudahkan kita faham cara nak baca chart. Pernah beli stock tetapi sangkut di pucuk? Ini lah tempatnya nak tahu kenapa setiap kali beli selalu sangkut, bila dah beli x senang hati, bila jatuh kita cut dia naik balik. Nak beli tenang tenang, rileks rileks jer kena belajar kat sini. Jom….

  2. trader yang kembali ke bursa untuk mecari rezeki June 15, 2023 /

    kelas memang terbaik.
    jelas penjelasan
    sekali kelas rasa nak join lagi untuk tambah fahaman.
    moga coach terus maju jaya dan tak jemu bimbing kami

  3. reza June 15, 2023 /

    Terbaik…

    -kelas yang selesa
    -pembelajaran dengan santai
    -Ilmu, teknik dan strategi yg disampaikan
    powerful dan mudah difahami.
    -yuran sangat berbaloi
    -recommended

  4. Kuantan, Pahang June 15, 2023 /

    Teknik yang mudah untuk difahami dan diikuti. Kelas bersemuka ada, video teknik trade pun boleh tengok bila-bila masa ikut kesesuaian. Bayar sekali, insya-Allah hasil sampai bila2. Group support live 24 hours. Larat atau tak je la nak study setiap kaunter yang ‘up’ untuk sesi pembelajaran. Yang paling penting, tiada up selling kelas. Sekali je bayar sampai bila-bila Insya-Allah. Kalau alang-alang dah join saham dan pernah rugi , bagila peluang kat diri sendiri untuk ubah teknik dan kaedah yang lebih santai. Follow sop, masuk…kalau break sop keluar. mudah saja. Kita kawal apa yang boleh kita kawal saja. Tak perlu pening-pening fikir pasal politik dunia ke, ekonomi ke, permadani ke, syuib kawin lagi ke, etc.

  5. Izuwan June 15, 2023 /

    5 kelebihan saya join kelas

    1. Harga kelas yang sangat berpatutan
    2. Lebih jelas untuk kaji chart
    3. Teknik yang mudah faham
    4. Rasa lebih tenang untuk trade
    5. Dapat group support berterusan dan kenal ramai rakan baru.

  6. Syahrul June 15, 2023 /

    Coach ajar ilmu paling senang, mudah faham. Berbaloi sgt dgn fee yg dikenanakan. Nak stay lama dalam market, sy syorkan join kelas ni. Terima kasih coach

  7. SZM, Rawang June 15, 2023 /

    Kelas Saham yg Ohsem….

    Sy join kelas dh 2x secara online shj, atas sbb2 masalah kesihatan… mudah kannn… wlupn online pembelajaran berjalan lancar & mudah difahami…. teknik trade terbaik… selain kelas, coach sediakan video2 tambahan utk mentapkn lg ilmu bersaham… dannn yg plg best ade group support yg aktif mengkaji saham2… ✌️

  8. Never stop learning. Success is a journey, not a destination. June 15, 2023 /

    Sungguh tak sangka teknik ini sgt padu. Blh tahu masa depan. Mcm mana nak tahu kaunter downtrend akan mula gerak? Bila kaunter dah naik, mana tempat utk sauk. Mana EP dan TP. Low risk, high return. Group support yang active, sentiasa ada chart kaunter kajian beserta penerangan dari Coach dan rakan traders. Pembelajaran berterusan InshaAllah. Ayuh sama2 profit dgn tenang. Kaching2!

  9. Firdaus June 15, 2023 /

    Terbaik, Kelas yang penuh dengan pengisian. Teknik dan setup chart yang mudah untuk dipelajari dan difahami. Group support yang sangat aktif dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Jemput join kelas, Inshaallah berbaloi!

  10. Mohamad Hashim June 15, 2023 /

    TERBAIK..

    Teknik yg d ajarkan mudah di fahami & padu walaupun hanya belajar secara online..
    Yang penting bimbingan berterusan dari coach..⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

  11. Melvin June 15, 2023 /

    Kelas memang terbaik & mantap dengan harga yuran berpatutan.
    Dapat pelajari ilmu & teknik yang mudah faham & senang dipraktikan untuk entry & exit sesuatu kaunter.
    Dengan adanya group support & perbincangan memang sangat² membantu untuk trade & generate profit setiap hari

  12. Izzat June 15, 2023 /

    Kelas untuk yg nak part time trading.
    Kenapa? kerana tenang-tenang sahaja entry.
    Bukan buycall, tapi belajar setup untuk entry terbaik dengan teknik.
    Barulah hati tenang. Group support pun dua hala, bukan sahaja dengan coach, tapi juga dengan rakan trader yang lain.

  13. Trader bangkit June 15, 2023 /

    penerangan mudah difahami.. lebih jelas.. grup 2 hala utk perbincangan.. teknik trade yg pelbagai.. memang rugi kalau x join kelas ketenangan..jgn biarkan modal anda menyusut.. takkan nak tunggu lagi???dah2 jom register sekarang!!!

  14. Faizal June 15, 2023 /

    Kelas terbaik…teknik untuk saukan dasar dan jual diatas dan buat kita dpt rasa trade dgn tenang walaupun market y tak menentu.

  15. Trader Bangkit June 15, 2023 /

    pembelajaran mudah difahami.. pelbagai teknik trade..grup support perbincangan 2 hala.. Takkan nak biarkan modal anda susut..Ape!!nak topap modal lagi???dah2 jom belajar dulu…jangan tunggu lagi..daftar kelas trade ketenagan sekarang !!

  16. Newbies June 15, 2023 /

    1. Harga yg amat berbaloi berbanding ilmu & hasil yg akan dpt.
    2. Teknik yg mudah untuk difahami & support diberikan berterusan.
    3. Menggunakan indicator standard shj
    4. saukan dasar + low risk.
    5. Banyak kaunter yg dikongsi bg tujuan pembelajaran & kajian walaupun overall market merah. Ada kaji, ada masuk, ada hepi.
    6. Yg paling penting coach yg berkelulusan msta & cfte yg mana diiktiraf diperingkat global & ilmu yg diperolehi boleh digunakan bg market global.

  17. Mubarik June 15, 2023 /

    Oktober 2022 pengenalan teknik ‘Ichivergence’ & tak ragu2 untuk belajar sebab teknik yang mudah difahami & kena dengan jiwa. Cikgu mengajar teknik saukan bawah supaya tenang bila masuk sesuatu kaunter saham, secara tak langsung lebih tenang emosi bila sudah berada dalam kaunter tersebut. Halatuju sesuatu kaunter pun nampak dengan jelas & mesti patuh & disiplin dengan ‘trading plan’.

    Cikgu selalu berpesan, pergerakan sesuatu kaunter tu mesti ada ‘setup’ atau tempat permulaan. Teknik2 yang diajar adalah mencari di mana ‘setup’ tersebut sebelum kaunter2 ini dikompang oleh broker2 saham atau orang lain. Takkan nak masuk kaunter yang sedang dikompangkan sebab selalu sangat terjadi ‘EP mu, TP ku’. Bahaya!

    Risiko sentiasa ada. Teknik ini meminimumkan risiko & maksimakan profit.

    Ini bukan ‘paid’ review tapi ni dari pengalaman saya sejak bersama cikgu dalam group ‘Ichivergence Oktober – Disember 2022’ & sekarang dalam group ‘Setup Ketenangan’. Dalam kemerahan Bursa masih ada kaunter boleh profit.

    Apapun rezeki Allah bagi, kita usaha mantapkan ilmu & teknik.

  18. Jack MA June 15, 2023 /

    Start saya masuk kelas Ichivergence & setup Ketenangan, saya jadi mudah nak tentukan di mana aras yang sesuai untuk tentukan support & resistant. Senang nak cari kaunter2 yang berpotensi berdasarkan screener yang Coach sediakan. Memang terbaik kelas ni. Rugi sape tak join.

  19. Joe June 16, 2023 /

    Salam,
    Kelas ni memang highly recommended, terbaeekk, dan sangat berbaloi..

    Antara kelebihan dan keistimewaan Kelas Setup Ketenangan:
    1. Pelbagai teknik trade yang mudah dipelajari dan difahami – Masuk ditapak, keluar dipuncak = Tenang2 Profit
    2. Coach yang peramah, berdedikasi dan tidak kedekut ilmu – Pelajari secara mendalam setiap teknik
    3. Ada rakaman video kelas, FB, Tiktok & Website sebagai tempat rujukan
    4. Yang penting ada group support 2 hala, no upsell, no expiry date
    5. Ramai kawan2 di group support – boleh tanya soalan, banyak kaunter kajian oleh Coach
    6. Ilmu boleh diguna pakai untuk trade di Bursa & Global – Kita usaha, InsyaAllah ada rezeki profit
    7. Tagline best = “Ada Kaji, Ada Masuk, Ada Senyummmm…”

    Kalau tak nak sangkut dipuncak, jom join Kelas Setup Ketenangan…

  20. moshata June 16, 2023 /

    2 words – the best !

  21. Trader Marhean yg nak cover loss June 19, 2023 /

    Pernah terfikir, di mana tempat reversal yang sesebuah kaunter tu akan buat selepas downtrend? Ha, kalau ada, boleh join kelas ni. Bayar sekali, tp pembelajaran selamanya. Larat tak larat je la nak kaji kaunter² yg dikongsi di group support. Masing² ada kaunter pilihan masing². Sama² belajar sama² membantu. Selain tau tempat reversal, teknik divergence juga diajar. Cara guna indicator standard dgn strategi yg ramai tak tahu juga akan diajar. Cara buat trading plan juga diajar. Pendek kata, kelas sehari, sudah cukup utk membekalkan para trader dgn ilmu dan kelengkapan utk trade slps kelas. Video² ttg bbrp teknik trade juga diberi sblm kelas bermula utk memudahkan kefahaman semasa kelas. Slps kelas, video semasa kelas juga akan diberi utk ulangkaji. Jika tak faham atau ada keraguan, group support sedia membantu.

  22. Zaidi June 20, 2023 /

    Saya ponteng kelas.. tak tau la bagus ke tak. Tapi.. sebab daftar awal.. dapat la vidio pembelajaran dan dimasukkan ke dalam group support sepanjang hayat. Itu pun dah cukup membantu.
    Sebagai trader bilis.. selalu sangkut puncak dan selalunya.. jerung la yang dipersalahkan. Dalam group support.. cikgu jelaskan apa sebenarnya berlaku.
    Tahu la sekarang.. jerung tak makan bilis rupanya. Kita ikut je jerung membelah arus

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights