Apa itu kaunter PN17 dan Regularisation Plan? Secara amnya, syarikat dibawah senarai Practice Note (PN17) adalah syarikat yang sedang mempunyai masalah kewangan dan berisiko tinggi untuk dinyahsenaraikan dari didagangkan di Bursa Malaysia. Jadi, syarikat – syarikat ini perlu menyediakan “Regularisation Plan” iaitu cadangan atau rancangan bagaimana mereka mampu untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi dan seterusnya untuk dikeluarkan dari senarai PN17. Regularisation Plan ini perlu dikemukakan kepada Bursa Malaysia untuk dinilai. Jika, berjaya syarikat akan dikeluarkan dari senarai PN17. Kebiasaannya, jika sesuatu kaunter (syarikat) disenaraikan sebagai PN17, harga saham pasti akan jatuh menjunam. Ini kerana para pelabur ketakutan, kerisauan dan hilang percaya kepada kaunter yang berpotensi untuk dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia. Jika dinyasenaraikan, maka segala wang pelaburan akan hangus. Berbeza dengan kaunter yang berjaya keluar atau berpotensi untuk keluar dari senarai PN17, kita dapat lihat harga saham akan kembali naik kerana ianya kembali menarik minat para pelabur selain harga sahamnya sudah cukup murah akibat kejatuhan kerana disenaraikan sebagai kaunter PN17 sebelum ini. Kalau rajin nak baca tentang Practice Note 17 (PN17), boleh download tentang PN17 oleh Bursa Malaysia dengan KLIK DISINI.
Pada 17 Ogos 2023, ada dua kaunter yang berpotensi untuk disenaraikan sebagai kaunter PN17 dan satu kaunter berjaya keluar dari senarai, Dapat kita lihat di bawah ini, kesan dari announcement yang lebih kurang sama dengan kata kunci “Regularisation Plan”.
Awantec menjunam selepas keluar news bertajuk “Bursa Securities rejects Awanbiru’s request for extension of time”. Antara kandungan news : Bursa Malaysia Securities Bhd has rejected Awanbiru Technology Bhd’s application for an extension of time to submit its regularisation plan, leaving the latter with a possible delisting of its securities. Selebihnya boleh KLIK SINI untuk baca. Menjunam terus harga saham Awantec dari ditutup pada harga RM 0.400 (16 Ogos 2023) kepada aras terendah RM0.170 (17 Ogos 2023). Lebih 100% kejatuhan.
Nylex pun announcement tentang “Regularisation Plan”. Menjunam terus harga saham Nylex dari ditutup pada harga RM 0.445 (16 Ogos 2023) kepada aras terendah RM0.200 (17 Ogos 2023). Lebih 100% kejatuhan.
News Seacera bertajuk “Seacera Group’s PN17 status to be uplifted on Thursday”. Boleh KLIK SINI untuk baca. Melompat harga saham dari ditutup pada harga RM 0.205 (16 Ogos 2023) kepada aras tertinggi RM0.390 (17 Ogos 2023). Hampir 100% kenaikkan.
Senarai kaunter yang dalam senarai PN17 setakat 8 Ogos 2023. Satu lagi kaunter PN17 yang tiada dalam list di bawah adalah Bintai.
Untuk kenalpasti kaunter – kaunter di bawah senarai PN17, jika buka akaun CDS, kita dapat lihat ada tanda seru (!) di belakang nama kaunter seperti contoh di bawah :
Antara kaunter yang sudah menyediakan “Regularisation Plan” dan yakin serta memohon untuk dikeluarkan dari senarai PN17 adalah kaunter AAX (Airasia X). KLIK SINI untuk baca. Harga saham AAX pun sudah melonjak naik dari RM0.40 ke RM2.53 dalam masa tidak sampai 1 tahun. Mungkin para pelabur juga percaya dan yakin dengan Regularisation Plan yang disediakan oleh AAX.
Antara kaunter yang telah berjaya keluar dari senarai PN17 pada tahun 2023 adalah kaunter SEACERA (terbaru), PGB (Propel) dan LOTUS. Kalau tahu ada kaunter yang lain boleh senaraikan di bahagian komen ya. Untuk kaunter yang telah dinyahsenarai dari Bursa Malaysia pada tahun 2022 adalah kaunter BRAHIMS. KLIK SINI untuk baca news bertajuk “Brahim’s to be delisted on June 3 as Bursa rejects its appeal for more time to submit regularisation plan”
Jadi, secara kesimpulannya, jika berminat nak beli saham kaunter PN17, kena faham terlebih dahulu bahawa kaunter tersebut dalam senarai syarikat bermasalah dan berpotensi untuk dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia. Kadang – kadang ada harinya kaunter – kaunter PN17, laju pergerakankan hingga semua pun terlupa bahawa kaunter tersebut adalah kaunter PN17. “Trader Mudah Lupa”, “See Money Take Money (SMTM)”, “Trade at Your Own Risk (TAYOR)”, menggoreng dan digoreng sentiasa wujud dalam dunia saham & berhati – hati dengan kaunter bertanda SERU!
Terima kasih pencerahan