+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Fasa – Fasa Dalam Struktur Pasaran

Secara umumnya, fasa – fasa dalam struktur pasaran terdiri daripada empat fasa utama iaitu :

  1. Fasa Pengumpulan (Accumulation)
  2. Fasa Trend Menaik (Mark Up)
  3. Fasa Pengagihan (Distribution)
  4. Fasa Penurunan (Mark Down)

FASA PENGUMPULAN (ACCUMULATION)

Untuk fasa pengumpulan ini biasanya harga bergerak secara mendatar dalam satu range yang sempit. Semasa fasa ini kebiasaannya Smart Money dan Operator yang membuat pengumpulan. Awalnya sebelum fasa ini terbentuk, harga dalam fasa penurunan. Penjualan panic oleh pedagang runcit (retailer) dan pembelian oleh Smart Money dan Operator. Kadangkala, harga bergerak naik dengan volume yang besar tapi masih dalam range accumulation untuk memerangkap retailer. Ini kerana, selepas harga tiba – tiba naik akan diikuti dengan penurunan berhari – hari dan kemudian harga kembali bergerak mendatar. Selagi, jumlah lot pengumpulan oleh Smart Money dan Operator belum cukup selagi itu ada beberapa siri drama price spike dengan volume spike. Harga tidak akan bocor aras sokongan kerana fasa ini biasanya dikawal oleh Smart Money dan Operator. Cuma kadang-kadang akan berlakunya fakeout atau bear trap untuk memerangkap retailer (pedagang runcit).

FASA TREND MENAIK (MARK UP)

Seterusnya setelah Smart Money dan Operator selesai mengumpul dan membuat belian pada harga borong (murah), harga akan ditolak keluar dari range fasa pengumpulan (breakout). Harga akan bergerak naik dengan pertambahan volume melebihi purata. Ini akan menarik lebih ramai retailer untuk membeli kaunter tersebut. Jika Smart Money yang mengumpul, kaunter akan membuat momentum gerakan menaik perlahan – lahan mengikut gerakan zig zag membentuk Higher High (HH) dan Higher Low (HL) untuk memaksimumkan keuntungan. Gerakan menaik ini akan terus bergerak sehingga ke satu aras tertinggi dimana Smart Money mula mengambil keuntungan dengan menjual pegangan sehingga habis jumlah lot yang ingin dilepaskan. Fasa ini dikenali sebagai fasa pengedaran (distribution).

FASA PENGAGIHAN (DISTRIBUTION)

Setelah harga membuat fasa kenaikkan dan mencapai target harga untuk keuntungan maksimum, maka Smart Money akan mula menjual melepaskan pegangan yang ada untuk mengambil keuntungan. Oleh kerana jumlah lot yang besar, maka perjual membuat jualan sedikit demi sedikit sambil membuat beberapa drama fakeout / bull trap di puncak harga untuk memerangkap retailer dan dalam masa yang sama menjual lot saham kepada retailer. Sebab tu ramai trader yang tersangkut di puncak dan kerugian.

FASA PENURUNAN (MARK DOWN)

Setelah semua lot yang ingin dilepaskan / dijual oleh Smart Money, maka harga akan mula turun kena kaunter sudah tidak dipegang oleh Smart Money. Retailer terpaksa menjual dalam kerugian (cut loss) kerana membeli di aras yang tinggi. Lebih ramai yang menjual, lebih rendah harga akan turun. Dalam masa yang sama, jika Smart Money masih berminat dengan kaunter tersebut, mereka akan membeli ketika retailer (trader runcit) panic menjual. Seterusnya akan mengulangi kitaran fasa yang seterusnya.

Image di bawah ini menunjukkan fasa – fasa dalam struktur pasaran. Jadi sebagai seorang trader runcit, kita perlu cari dan tumpang kaunter yang dalam fasa mark up (uptrend) supaya lebih mudah untuk menjana keuntungan.

fasa dalam struktur pasaran

Contoh fasa – fasa dalam struktur pasaran adalah seperti chart kaunter saham Carimin (5257) di bawah ini :

fasa dalam struktur pasaran

Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang Struktur Pasaran (Market Structure) dan Teknik Trade Breakout, boleh klik pada image di bawah :

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights