+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Langkah – Langkah Buka Akaun CDS UOB Kay Hian

Bagi sesiapa yang berminat untuk buka akaun CDS UOB Kay Hian dengan kami, kami terangkan langkah – langkah untuk buka akan cds UOB Kay Hian dalam penulisan pada kali ini. Scroll page ini ke bawah, sehingga jumpa dengan “Langkah Pertama”. Untuk semua yang buka akaun CDS UOB Kay Hian dengan kami, boleh hubungi kami di nombor telefon : 012-6907705 (whatsapp / telegram ) setelah permohonan anda berjaya dan terima email dari UOB Kay Hian. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan semasa proses isi borang untuk buka akaun juga boleh hubungi kami ya.

Setelah akaun siap dan anda maklumkan kepada kami, kami akan berikan link untuk anda sertai private telegram channel “Ichivergence Member” di mana channel ini kami kongsikan tentang pembelajaran, pemantapan ilmu trading, kajian dan analisis chart serta anda boleh sertai semua perbincangan didalam channel ini.

Sebelum buka akaun, ramai yang bertanya tentang brokerage fee untuk CDS UOB dan tentang transaction fee. Boleh KLIK SINI untuk baca tentang brokerage fee dan contoh kiraan transaction fee. Untuk kelebihan akaun CDS UOB, boleh juga KLIK SINI untuk tonton video penerangan tentang platform CDS UOB Kay Hian serta features yang anda perlu tahu.

Berikut adalah langkah – langkah untuk buka akaun CDS UOB Kay Hian:

Langkah Pertama : KLIK DISINI untuk ke laman web pendaftaran akaun CDS UOB.

Anda akan di bawa ke paparan seperti dibawah (Page Pertama):

Page pertama dipaparkan tentang dokumen – dokumen yang diperlukan untuk permohonan buka akaun CDS UOB. Buat bayaran sebanyak RM9.00 pada nombor akaun Maybank yang disediakan dan simpan resit bayaran kerana pada langkah terakhir nanti anda perlu upload resit bayaran tersebut.

Masih di page pertama, scroll ke bawah dan anda akan jumpa borang seperti diatas. Ada beberapa bahagian yang sudah auto diisi (jangan usik atau edit, biarkan begitu seadanya). Cuma isi “Years of knowing the dealer” letak 1 (satu). Kemudian bahagian “How do you know about UOB” boleh pilih mana yang berkenaan ya. Paling senang pilih “Google” atau “Referral”. Pada bahagian Services, ada dua jenis pilihan akaun, pilih sahaja “Cash Upfront” ya. Sebab untuk “Collaterised Account” agak berisiko dan boleh juga ditukarkan kemudian (setelah akaun siap) jika berminat. Untuk Shariah Compliant, boleh pilih samada nak buka akaun CDS Syariah atau tidak. Kemudian tekan pada button “PROCEED TO NEXT SECTION”. Rujuk image di bawah :

Selepas tekan “PROCEED TO NEXT SECTION”, anda akan di bawa ke page kedua iaitu bahagian untuk isi tentang maklumat peribadi seperti dibawah. PENTING. Sila beri perhatian. Semasa mengisi nama penuh dan alamat, pastikan sama seperti tertera di Kad Pengenalan (IC) anda ya. Kalau Jalan guna singkatan JLN pada IC, pastikan tulis JLN dan bukan Jalan semasa mengisi borang ya.

Isi semua bahagian yang dikehendaki sehingga jumpa button “PROCEED TO NEXT SECTION” seperti image di bawah :

Seterusnya anda akan dibawa ke page ketiga iaitu untuk maklumat kewangan. Isi maklumat tentang pekerjaan “Employment”, “Source of Income”, “Foreign Taxation Declaration” dan juga akhir sekali “Banking Data”. Masukkan nombor akaun bank dan juga nama bank. Pastikan nombor akaun dan nama bank sama dengan Bank Statement 2 Bulan yang anda perlu upload diruangan terakhir nanti. Akaun bank ini untuk tujuan semasa membuat “withdrawal” dari akaun CDS, untuk bayaran bonus dan dividen (jika ada). Tak perlu akaun yang banyak duit dkt dalam, hanya perlukan akaun bank yang masih aktif sahaja. Untuk bahagian “Foreign Taxation Declaration”. isikan seperti dibawah ini. Lain soalan, biasa tick “No” sahaja.

Seterusnya scroll ke bawah, isi Banking Data dan klik “PROCEED TO NEXT SECTION”. Anda akan di bawa ke page ke empat iaitu bahagian “Acknowledgement”. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan di bahagian bawah, ada soalan bermula dengan “Would you like to appoint….”, tick “Yes” dan pilih “My dealer’s representative”. Kemudian klik “PROCEED TO NEXT SECTION” untuk ke page yang kelima dan terakhir iaitu bahagian “Upload”

Pada bahagian ini ada perlu upload gambar IC depan dan belakang, seeloknya upload file pdf. Kemudian salinan 2 bulan bank statement, ini anda boleh download secara online di platform online banking bank anda, save pdf dan upload disini. Latest BE Form atau Latest 2 Months Payslip (jika ada) dan juga salinan bank in slip bayaran RM9.00. Seterusnya W-8Ben Form. Borang ini anda perlu download, isikan nama dan sign sahaja. Selain daripada itu, tak perlu isi termasuk tarikh. Kemudian, scan semula borang W-8Ben ini, save pdf dan upload di bahagian ini. Kenapa kena isi form ini? Ini jawapannya “(Management is requiring client to submit, this is to declare you are not US citizen)”. Scroll ke bawah, tick semua bahagian yang diperlukan. Di bawah sekali, klik pada “I’m not a robot”, seterusnya klik pada button merah “Submit My Application”.Ok siap. Tunggu permohonan anda diproses dan jika tiada apa-apa masalah semasa mengisi borang, anda akan terima email dari UOB Kay Hian menyatakan permohonan anda berjaya disusuli beberapa email untuk tindakan susulan. Biasanya ambil masa 5 – 10 hari bekerja untuk proses permohonan untuk buka akaun CDS UOB Kay Hian ni. Tapi, ada permohonan yang selepas 2 hari sudah siap. Jika, anda tidak menerima email dari UOB Kay Hian selepas tempoh 2 minggu dan juga jika sudah terima email menyatakan akaun sudah siap, sila hubungi kami di nombor telefon 012-6907705 (Telegram / Whatsapp). Kenapa kalau berjaya pun kena hubungi? sebab baru kami tahu anda buat permohanan dengan kami dan baru kami boleh send link untuk sertai Private Telegram Channel “Ichivergence Member”.

Sekian. Jemputlah ramai – ramai buka akaun CDS UOB Kay Hian. Jika, ada rakan – rakan atau saudara mara yang hendak buka akaun cds pun jemput la share link tentang langkah – langkah buka akaun CDS UOB ini ya. Kami dahului dengan ucapan terima kasih.

3 comments on “Langkah – Langkah Buka Akaun CDS UOB Kay Hian

  1. Pingback: Langkah – Langkah Untuk Mula Trade Pasaran Saham (Bursa Malaysia) - Teknik Trade : Ichivergence Hunter

  2. Pingback: Langkah – Langkah Belajar Trade Saham - Teknik Trade : Ichivergence Hunter

  3. Siti Zarina June 15, 2023 / Reply

    Haiiii, sy dh 2x join (Feb 2023 & Jun 2023) kelas secara online shj atas sbb2 masalah kesihatan… wlupn online pembelajaran berjalan lancar & mudah difahami…. langkah2 setup ichivergence mmg terbaik, masuk dr tapak utk keuntungan yg lebih… Coach jgk ada sediakan video2 pembelajaran lain yg berkaitan utk memantapkn lg ilmu bersaham… dan yg plg best ade group support yg aktif dan sgt membantu dalam pemilihan & kajian saham2, dr situ boleh la kaji dgn lebih mendalam sblm beli satu2 saham… wlupn sy seorg yg tidak aktif ttpi byk dpt pelajari melalui kelas dan group support…. terbaik coach!!! Sy syorkan kelas coach kpd sesiapa yg berminat utk mantapkn ilmu bersaham… ✌️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights