Untuk menceburi apa-apa bidang, wajib untuk kita pelajari dengan mendalam selok belok bidang tersebut agar kita tidak kesesatan tanpa hala tuju serta kerugian wang ringgit, masa dan tenaga. Begitu juga jika anda berminat untuk menambah pendapatan sampingan dengan trade saham. Untuk entry penulisan pada kali ini, kami kongsikan tentang “Langkah – Langkah Belajar Trade Saham”. Ok, sebelum belajar trade saham, untuk membolehkan anda trade saham, perlu ada akaun CDS terlebih dahulu. KLIK SINI untuk Langkah – Langkah Buka Akaun CDS UOB.
Boleh juga tonton video di bawah untuk menjawab 3 persoalan yang selalu ditanya tentang trade saham :
Perkara pertama yang perlu anda pelajari adalah bagaimana untuk analisis chart dan melihat potensi gerakan halatuju harga saham samada menaik atau menurun. Cari potensi menaik, elakkan potensi menurun kerana trading saham hanya untuk gerakan sehala sahaja. Kalau harga naik untung, kalau harga turun rugi. Untuk berjaya didalam trading saham, konsisten profit dan minimumkan loss, sangat perlu untuk mahirkan diri didalam analisis teknikal. Analisi teknikal adalah analisis gerakan chart yang terdiri daripada analisis trend, analisis chart pattern, analisis candle pattern, penyediaan trading plan, kiraan risk reward ratio dan penggunaan indicator chart. Kami ada sediakan satu video lengkap tentang analisis teknikal, boleh tonton video di bawah untuk silibus pembelajaran dan maklumat lanjut:
Selain dari subscribe video pembelajaran, anda boleh juga subscribe sesi Personal Coaching untuk belajar trade saham dan analisis teknikal chart. Boleh tonton video di bawah ini untuk penerangan tentang sesi personal coaching :
Selain daripada memahirkan diri tentang analisis teknikal dari semasa ke semasa, jika anda serius untuk menjana pendapatan tambahan dengan berdagang saham, anda perlu juga pelajari dan fahami tentang analisis fundamental. Berbeza dari analisis teknikal, analisis fundamental lebih kepada memahami kekuatan, pretasi dan potensi syarikat. Jadi anda boleh memilih kaunter – kaunter yang sesuai untuk pelaburan jangka panjang dan mengelakkan daripada terjebak dengan kaunter sindiket (goreng). Untuk pelajari tentang analisis fundamental, boleh klik image di bawah untuk subscribe:
Pembelajaran Pemantapan Ilmu Teknik Trade Saham. Untuk berjaya dalam dunia saham, perlu sentiasa upgrade ilmu dan mantapkan ilmu tentang teknik – teknik trade. Labur sedikit modal untuk menambah ilmu, insyaAllah tak rugi dan memberikan manfaat di kemudian hari. Jika berminat untuk belajar teknik trade saham dari basic hingga tersangat advanced, boleh sertai kelas saham fizikal face to face yang kami anjurkan. Kelas saham diadakan sebulan sekali bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Tapi, kalau tinggal jauh, boleh juga sertai kelas online kerana kelas offline dan online berlansung secara serentak. Selepas kelas akan terima 9 video pembelajaran dan pemantapan ilmu termasuk video rakaman kelas. Selain itu, akan mendapat access untuk sertai group support telegram dua hala yang tiada expired date. Jadi, dapat sentiasa belajar, berbincang, live trade dan kajian kaunter dari semasa ke semasa. Sangat berbaloi dan bermanfaat. Bayar yuran sekali je. Tiada kelas upsell. Klik image dibawah untuk penerangan lanjut:
Belajar tentang Candlesticks Pattern dan Chart Pattern
Sebagai seorang trader, jika anda dapat mahirkan diri didalam memahami candlestick pattern dan juga chart pattern, mudah untuk anda membuat analisis halatuju gerakan seterusnya. Candlestick pattern untuk gerakan short term antara 1 candle hingga 8 candle, manakala chart pattern pula untuk gerakan short term 1 minggu – 2 bulan, mid term 3 bulan hingga 6 bulan dan long term 6 bulan hingga 1 tahun ++. Jadi, memang satu keperluan untuk memahami candlestick patern dan chart pattern didalam langkah – langkah belajar trade saham. Untuk belajar tentang Candlestick Pattern, boleh klik image di bawah untuk subscribe :
Unuk belajar tentang Chart Pattern, potensi halatuju dan aras target, boleh klik image di bawah untuk subscribe :
Langkah – Langkah Belajar Trade Saham : Belajar Tentang Penggunaan Indicator sebagai alat bantuan untuk analisis chart dan membuat keputusan belian dan jualan daripada signal indicator
Didalam membuat analisis teknikal chart, kebiasaannya indicator chart digunakan untuk membantu analisis dan membuat keputusan dalam membeli dan menjual kaunter saham. Terdapat beberapa indicator yang biasa dan popular digunakan di seluruh dunia. Kami ada sediakan video pembelajaran dan pemantapan ilmu untuk indicator – indicator ini. Penerangan dari asas penggunaan sehingga teknik terpaling advanced. Memang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk subscribe dan belajar.
Indicator Bollinger Band
Indicator Bollinger Band merupakan band indicator yang berasaskan indicator Moving Average. Harga akan bergerak didalam bollinger band jadi kita dapat lihat dimana harga berada di puncak dan juga di dasar. Sangat mudah dan jelas melihat potensi gerakan halatuju chart menggunakan indicator Bollinger Band. Video pembelajaran dipecahkan kepada 2 video iaitu Part 1 : Basic to Intermediate dan Part 2 : Advanced. Banyak yang boleh dipelajari. Klik image di bawah untuk subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Indicator Bollinger Band.
Indicator Moving Average
Indicator Moving Average merupakan indicator yang wajib digunakan dalam analisis teknikal chart. Ianya menggunakan garisan untuk mewakili purata pergerakan harga. Jadi, mudah untuk kita lihat gerakan bullish (menaik) dan bearish (menurun) dengan menggunakan indicator Moving Average ini. Selain itu, signal golden cross dan death cross juga dapat memberikan pulangan yang lumayan (golden cross) dan juga mengelakkan daripada kerugian yang banyak (death cross). Kita juga boleh jadikan garisan Moving Average sebagai aras support sebagai salah satu teknik trade yang mudah dan success rate yang tinggi. Untuk pelajari tentang penggunaan indicator Moving Average ini, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade dengan Moving Average. Klik image di bawah untuk subscribe :
Indicator Moving Average Convergence Divergence (MACD)
Indicator MACD ini merupakan indicator dari kategori trend. Jadi, fungsinya semestinya untuk melihat gerakan dan signal trend. Dengan menggunakan indicator ini mudah untuk kita melihat kekuatan trend semasa samada baru nak mula atau sudah nak sampai ke penghujung dan mula trend menurun. Secara tidak langsung, dapat membantu kita untuk membuat keputusan untuk membuat belian sesuatu kaunter atau untuk menjual atau mengelakkan dari entry kerana trend sudah melemah dan mungkin akan berakhir. Untuk pelajari tentang indicator MACD ini, boleh tonton video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade dengan indicator MACD (Basic to Advanced). Klik image di bawah untuk subscribe :
Indicator Relative Strength Index (RSI)
Indicator Relative Strength Index (RSI) adalah indicator dari kumpulan momentum. Kegunaannya adalah untuk mengukur kekuatan momentum sesuatu kaunter samada momentum menaik, momentum menurun atau momentum sideway. Ianya menggunakan range nombor antara 0 hingga 100. Cuma biasanya RSI ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu di bawah nilai 30, 50 dan 70. Nilai di bawah 30 membawa maksud momentum lemah (bearish) dan kaunter dalam keadaan oversold. Jadi, trader boleh tunggu RSI breakout 30 untuk sesuatu kaunter membuat reversal menaik. Nilai 50 adalah aras pemisah antara momentum bearish dan bullish. Jika, sesuatu kaunter berjaya melepasi ke atas RSI 50 maka akan ada kenaikan menaik selepas itu, manakala jika bocor RSI50 ke bawah, maka akan disusuli dengan penurunan. Untuk kekuatan bullish yang kuat, RSI perlu melepasi aras 70. Dalam keadaan ini kita dpt lihat pembentukkan candle – candle yang lebih besar dan juga gerakan kaunter lebih laju menolak ke atas. Aras dia atas 70 juga perlu berhati – hati kerana memberi maksud kaunter sudah overbought (terlebih beli), maka akan disusuli dengan pembuangan harga (penurunan) yg agak laju selepas itu untuk menstabilkan kembali supply dan demand. Menarik jika dapat memahami penggunan indicator RSI ini. Untuk belajar dengan lebih mendalam, boleh tonton video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade dengan indicator RSI. Klik image dibawah untuk subscribe:
Bullish Divergence dan Bearish Divergence
Terdapat beberapa indicator yang boleh digunakan untuk melihat pembentukkan divergence dimana gerakan harga berlawanan dengan gerakan indicator. Antara indicator yang membentuk divergence adalah indicator MACD dan RSI. Gerakan divergence adalah gerakan tersembunyi dimana jika dapat dikenalpasti mudah untuk menjana keuntungan dan mengelakkan kerugian. Terdapat dua jenis divergence iaitu bullish divergence dan juga bearish divergence. Memang sangat bagus dan berbaloi jika dapat pelajari seterusnya menggunakannya dalam analisis chart kaunter. Jika berminat untuk pelajari tentang divergence, boleh tonton video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade Setup Divergence. Klik image di bawah untuk subscribe :
Indicator Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)
Indicator Ichimoku Cloud atau juga dikenali sebagai awan ichimoku adalah indicator istimewa dimana kita dapat lihat trend, signal belian dan jualan, aras sokongan dan rintangan, potensi gerakan masa depan dan kekuatan sesuatu kaunter. Jadi, dengan indicator ini sekilas mata melihat sudah boleh nampak potensi semasa sesuatu kaunter. Jadi, memang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk mempelajari tentang penggunaan indicator ini. Nak garis aras support dan resistance yang tepat – tepat sentuh pun boleh. Ya, ngam – ngam sentuh. Memang sangat meyakinkan untuk trade bila guna indicator ini. Jika berminat untuk pelajari tentang penggunaan indicator Ichimoku Cloud ini dari basic sehingga sangat advanced, boleh tonton video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade dengan indicator Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud). Klik image dibawah untuk subscribe :
Ok cukup sudah tentang indicator yang perlu dipelajari bagi memantapkan lagi skill dalam analisis chart dan trading saham. Seterusnya, perlu juga pelajari tentang teknik Scan Kaunter untuk mencari dan senarai pendekkan kaunter – kaunter yang berpotensi. Paling mudah untuk scan kaunter adalah scan kaunter di website Tradingview. Selepas mendapat senarai kaunter yang berpotensi, baru boleh analisis, siapkan trading plan, set alert dan monitor. Jadi, penting juga untuk pelajari tentang cara – cara untuk scan kaunter. Seterusnya, untuk berjaya didalam dunia saham, perlu pelajari tentang risk reward ratio dan money management. Emosi akan lebih stabil. Keuntungan boleh dimasimumkan dan kerugian boleh diminimumkan. Untuk pelajari tentang Teknik Scan Kaunter Dengan TradingView, Kiraan Risk Reward Ratio dan Money Management, boleh tonton video di bawah ini. Klik image untuk subscribe:
Pembelajaran tambahan. Ada satu tools yang popular dan digunapakai di seluruh dunia untuk menentukan aras sambutan dan juga aras target sesuatu kaunter. Kebiasaannya memang agak tepat dan sangat tepat. Jadi lebih mudah untuk melihat aras sambutan dan aras target. Anda boleh belajar tentang penggunaan Fibonacci Retracement dan juga Fibonacci Extension. Sangat berbaloi dan bermanfaat juga. Jika berminat untuk pelajari tentang penggunaan tools Fibonacci, boleh tonton video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade dengan Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension. Klik image di bawah untuk subscribe :
Banyak juga yang perlu diperlajari kan? Yang bukan senang nak berjaya. Perlu sentiasa menambah ilmu dan mantapkan skill trading dari semasa ke semasa.