+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kelas Saham Fizikal Face To Face dan Online

Kelas Saham

Bagi yang berminat untuk sertai kelas saham fizikal face to face (untuk yang tinggal berdekatan) dan kelas saham online (untuk yang tinggal jauh), basic to advanced boleh sertai kelas yang kami anjurkan. Kami hanya mempunyai satu kelas fizikal dan premium. Tiada kelas upsale lagi. Hanya satu kelas saham fizikal face to face. Kelas di adakan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kelas ini pendaftaran sentiasa dibuka. Selepas mendaftar akan terima 11 video pembelajaran dan akan dimasukkan ke dalam group support telegram dua hala tanpa expired date tertentu. Tarikh kelas fizikal dan maklumat lanjut tentang kelas akan dimaklumkan di group support. Kami memang suka bila ada kelas saham face to face berbanding dengan kelas online kerana interaksi antara perserta, lebih fokus, lebih mudah faham dan lebih mudah untuk berbincang. Cuma bagi yang tinggal jauh dan ingin turun serta, kelas online zoom webinar jugak bergerak serentak dengan kelas fizikal.

Kelas Saham Fizikal Face to Face ini di kenali sebagai Kelas Pemantapan Ilmu Teknik-Teknik Trade SETUP Ketenangan ini merupakan kelas yang memfokuskan kepada beberapa teknik trade SETUP yang mudah difahami dan memberikan hasil trade yang menguntungkan. Kesemua teknik adalah teknik belian di dasar jualan di puncak. Jadi, semua setup yang diajar mengutamakan entry dekat dengan aras sokongan dan jauh dengan aras rintangan. Jadi, low risk high reward. Risk reward ratio yang selesa. Memang lebih tenang trade begitu dan sepatutnya memang begitulah kena utamakan yang berisiko rendah tapi pulangan yang lumayan.

Kelas ini sesuai untuk beginner, intermediate hinggalah advanced kerana penerangan setiap teknik bermula dari teknik asas hingga teknik advanced. Setiap topik akan disediakan video pembelajaran dan pemantapan ilmu. Jadi, boleh ulang-ulang tonton sampai faham.Video – video ini akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan pembayaran. Selain itu, anda akan diberikan link untuk masuk ke dalam private group support telegram perbincangan, kajian kaunter dan pemantapan ilmu. Group support sentiasa available. Jadi, boleh sentiasa belajar, berbincang, mengkaji kaunter dan sebagainya. Akan ada juga kelas revision, perbincangan kaunter dan live trade secara online dari semasa ke semasa.

Cuma, bagi yang tinggal jauh, tetap boleh sertai kelas ini kerana kita buat secara hydbrid iaitu kelas fizikal dan online berlangsung secara serentak. Satu hari nanti jika berkesempatan, boleh la join kelas fizikal. Selain itu, peserta akan dibekalkan dengan 9 video pembelajaran termasuk rakaman video kelas untuk tujuan ulangkaji dan pemantapan ilmu. Boleh diulang – ulang tonton jika ada yang tidak faham.

Selain dari kelas ini, jika ingin belajar teknik trade saham dan analisis teknikal chart secara bersemuka one to one (personal coaching) juga boleh daftar di website ini, Maklumat lanjut tentang personal coaching, boleh tonton video di bawah:

Untuk TESTIMONI PESERTA yang telahpun menyertai KELAS SAHAM TEKNIK TRADE SETUP KETENANGAN, boleh baca DISINI ya. Scroll sampai bahagian komen.

Silibus untuk topik – topik yang akan dipelajari adalah seperti berikut :

  • Pelajari tentang Support, Resistance, Advanced Trendline, Aras-Aras Sambutan (Reversal), Aras Lantai Kuat, Aras Siling Kuat, Setup Trading Plan, Risk Reward Ratio dan Money Management
  • Teknik Trade Dengan Setup Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)
  • Teknik Trade Dengan Setup Momentum Power
  • Teknik Trade Dengan Setup Divergence
  • Teknik Trade Dengan Setup Ichivergence (Ichimoku + Divergence)
  • Teknik Trade Dengan Setup Advanced Bollinger Band
  • Teknik Trade Dengan Setup Saukkan Pullback (Entry di tapak reversal semasa kaunter uptrend membuat retracement)
  • Teknik Trade Dengan Reference Candle
  • Teknik Scan Setup Tradingview
  • Teknik Trade Setup STSB (Strong Trend Strong Bullish)
  • Teknik Trade Setup OBV

Testimoni peserta yang pernah menyertai kelas saham fizikal Face To Face dan juga peserta yang pernah menyertai kelas Setup Ichivergence.

1 comment on “Kelas Saham Fizikal Face To Face dan Online

  1. Pingback: Langkah – Langkah Belajar Trade Saham - Teknik Trade : Ichivergence Hunter

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights