+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kenapa Perlu Join Kelas Saham Berbayar Sedangkan Banyak Video Free Dekat Youtube

Banyak juga kami dapat komen – komen sinis yang berbunyi kenapa kelas perlu bayar, banyak je video free dekat youtube tentang topik yang lebih kurang sama. Rasanya ramai juga yang mempunyai persoalan yang sama. Kenapa perlu join kelas saham berbayar sedangkan banyak video free dekat Youtube dan boleh je search google nanti keluar penerangan tentang teknik trade yang kita nak tahu. Cuma bagi yang boleh berfikir lebih jauh, pasti boleh bezakan antara belajar satu hala dengan belajar dua hala. Jauh perbezaannya. Boleh tutup perbincangan disini bagi yang tahu membezakan. Tapi, kalau nak tau macammana nak buat duit dengan youtube baca la sampai abis.

Untuk yang tak tahu perbezaan atau tak nak tahu kerana ada masalah hati, kami kongsikan jugak la dalam penulisan kali ni. Itu pun kalau sudi nak baca. Kenapa perlu bayar yuran untuk belajar sesuatu yang kita tidak tahu? Jawapannya di bawah ini :

  1. Belajar dua hala. Ada sesi soal jawab, perbincangan untuk pemahaman dan pemantapan ilmu
  2. Biasanya setiap kelas yg kami anjurkan mempunyai group support antara 2 minggu hingga 1 bulan. Jadi, boleh bertanya soalan yang tidak difahami serta boleh berbincang dengan chart – chart kajian dari semasa ke semasa. Jadi, secara tidak langsung boleh belajar sambil menjana profit. Cover duit yuran jugak.
  3. Bimbingan itu yang penting. Kalau tengok video youtube, kena sendiri faham la.
  4. Masa adalah sesuatu yang sangat berharga. Sebab itu, tiada yang percuma. Sekurang – kurangnya yuran kelas untuk masa yang digunakan untuk menyediakan bahan pembelajaran serta masa bimbingan sepanjang group support berlangsung. Kami juga ada satu kelas dimana group support tiada expired date. Berapa banyak masa yg akan diluangkan untuk membantu rakan – rakan trader untuk berjaya menjana profit didalam dunia trading saham. Saham akhirat untuk kami. InsyaAllah. Minat nak join kelas face to face dengan group support perbincangan dan pemantapan ilmu yang tiada expired date?Boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
  5. Penerangan yang sangat mendalam. Dari asas pengenalan hingga teknik yang sangat advanced. (untuk kelas yang kami anjurkan memang basic – advanced). So, memang berbaloi dan bermanfaat untuk melabur sedikit wang untuk belajar.

Satu lagi persoalan yang biasa didengari. Kenapa ada yang boleh buat kelas percuma, publish video percuma di youtube dan dan guide signal trade percuma. Jawapannya, tiada yang percuma sebenarnya 🙂 Dan biasanya yang persolankan dan perlekehkan tentang perkara ini adalah mereka yang dari mahzab FOREX yang jelas difatwakan haram. Perlu difahami, memang semua jenis trading lihat chart dah boleh trade. Tapi, trade Saham dan trade Forex tak sama kaedah dan tekniknya. Saham perlukan penelitian dan kajian yang lebih mendalam. Bukan sekadar tikam – tikam. Untung screenshot, kena margin call, senyap-senyap topup. Saham tak sama dengan Forex, saham selagi tak jual tak kira rugi dan boleh average down serta boleh tunggu harga pusing naik semula. Kalau betul caranya, tidak mudah untuk kerugiaan yang sangat besar atau total loss dalam berdagang saham. Dibawah ini kami antara komen – komen yang mencerminkan peribadi mereka. Bulan puasa pulak tu. Bulan mengumpul pahala tapi dia menabur fitnah pulak. Posting ini untuk iklan kelas Setup Ichivergence. Boleh KLIK SINI untuk baca.

Ok pertama, kenapa boleh buat kelas percuma? Ada kelas yg percuma sekadar pengenalan, untuk belajar lebih mendalam kena join kelas, subscribe video, beli ebook atau buku fizikal. Ada kelas percuma tapi kena buka akaun trading terlebih dahulu. Sama jugak kalau nak guide signal trade percuma kena bukak akaun trading terlebih dahulu. Jika trading saham, remiser akan dapat komisyen untuk setiap transaksi jual beli saham. Cuma, lebih untuk dan kaya kalau yang jadi IB Forex. Tu yang macam – macam iklan promote untuk buka akaun tu. Lagi banyak klien / referal yang buka akaun bawah dia, lagi kenyang dia duduk tepi tayang duit dan kemewahan. Seorang referal trade berapa layer sehari dan setiap layer open closed tu akan menjana komisyen kepada IB Forex. Anda bekerja untuk mereka. So, memang boleh je buat kelas percuma, bagi signal percuma sebab lagi banyak anda trade, lagi gemuk perutnya mengaut untuk komisyen. Tak perlu trade pun. Cukup sekadar kasi signal, lagi banyak signal, lagi ramai yang follow, lagi tambah kaya dengan komisyen. Korang untung ke, rugi ke, tertonggeng margin call ke, tetap komisyen dia masyuk.

Skop kerjanya memang kena ajar klien.

Sape – sape pun boleh jadi IB Forex. Tak perlu jadi profesional trade pun. Cuma perlu ada basic knowledge then communication dan marketing skill tu yang paling penting. Promote sesakan mungkin. Buat content TikTok hari – hari. Iklan berbayar. Tayang profit akaun demo. Tayang duit bersepah. Tayang kereta mewah. Nak lagi up, ambik gambar cakap baru beli jet atau kapal layar. Nanti ramai yang percaya & buka akaun.

Mudah rupanya nak jadi IB Forex ni. Daripada penat-penat trade forex yang tak tentu hala. Kejap untung selalu rugi. Better jadi IB Forex. Tapi tak payah la. Haram. Kalau nak jadi remiser saham, payah jugak. Kena byr yuran ribu-ribu. Kena belajar dan ambik exam. Kami ambik exam untuk diploma technical analysis pun yuran dekat RM30,000 jugak (sebab yuran dalam pound sterling) baru boleh dapat sekeping diploma. Tapi, certified worldwide la. Baru boleh belakang nama letak MSTA, CFTe. Tapi, tula, bagi yang kurang faham, akan argue dan sinis kenapa perlu bayar yuran kelas. Kelas bukan ilmu asas, tapi belajar dari asas sehingga sangat teknik yang sangat advanced. (Kelas yg kami anjurkan la).

Untuk video pembelajaran di Youtube, kami pun ada banyak publish video – video di channel youtube kami. Jemput la lawat dan tonton video – video yang ada. Boleh KLIK SINI untuk lawat channel Youtube kami ya. Semoga bermanfaat. Daripada youtube pun boleh buat duit sebenarnya. Tu sebab ramai yang rajin post video & jadi youtuber. Sebab tu kami cakap tadi, tiada yang percuma. Kalau takde hasil, tak ramai yang nak post video di Youtube. So, ketika menonton video di youtube, akan menjana pendapatan kepada pemilik video. Lagi banyak video, lagi banyak income.

Lima (5) cara untuk buat duit dengan Youtube. Bayar dalam USD.

Contoh top earning video utk last 28 days. Video bertajuk ” The Power and The Art of Ichimoku”. Satu video earning USD53.88 bersama RM237 lebih kurang. Ni baru satu video & video biasa – biasa je. Kalau ada 50 video. Average 1 video earning USD40. Sebulan USD2000 = RM8000 jugak. So, setakat kelas yuran RM200. Group support 1 bulan ++, dikatakan menjual teknik sebab nak cari modal trade. Bayaran yuran kelas hanyalah untuk masa yang diluangkan dan ilmu yang disampaikan. Bila bayar baru akan lebih hargai dan lebih berkat. Mencari ilmu itu dan mengamalkannya adalah satu cabang keberkatan dalam hidup. Budak baru nak up dgn budak-budak baru kenal forex, belum terciduk memang tak boleh nak bawak berbincang. Buat pedih ulu hati je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights