+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Operator Sindiket di Pasaran Saham

Adakah anda percaya jika kami katakan bahawa pasaran saham adalah sebuah pasaran yang dimanipulasikan? Pasaran yang dikawal oleh orang kaya atau operator sindiket. Agenda mereka adalah untuk membeli saham di harga rendah dan menjual pada harga tinggi (sebaliknya untuk menjadikan pelabur runcit (trader) membeli tinggi dan menjual rendah). Jika anda tahu bagaimana mereka kerja, anda bukan sahaja boleh mengelak dari menjadi mangsa mereka, anda juga boleh menjana keuntungan daripada tindak tanduk mereka. Pada asasnya, mereka memanipulasi (menolak ke bawah untuk membuat pengumpulan / accumulation dan menolak ke atas untuk pengagihan distribution) kaunter saham dalam dua hala: melalui analisis Technical and Fundamental.

Makluman : Penulisan tentang Sisi Gelap Gerakan Harga Saham : Operator Sindiket ini kami pernah tulis dan publish di sebuah laman web. Tapi, oleh sebab sudah tidak sehaluan, maka artikel ini ditarik semula dari laman web tersebut dan publish di website ini. Sebab itu contoh di bawah ini kaunter tahun 2019.

Analisis Teknikal – mereka akan menjual untuk menjatuhkan dan kemudian membelinya kembali. Biasa tak ada pengalaman macam ni? Tiba-tiba, kaunter yang mempunyai sedang membuat kenaikkan, chart pattern yang menarik membuat terjunan harga dan ditutup dengan sebatang candle merah tanpa ada apa-apa berita buruk kedengaran. Esoknya bila market dibuka, harga turun lagi. Tengok portfolio, dah nak sampai harga entry. Anda masih berharap ia akan membuat lantunan harga (rebounce) akan tetapi bocor harga entry anda dan bocor satu sen dari harga support dalam trading plan anda. Ahh sudah, panic dah datang. Portfolio dah merah. Tekan sell laju-laju untuk menyelamatkan diri. Dan dengan kejamnya, elok je matched harga sell, terus rebounce dan sambung rally mendaki ke atas kembali.

Kadang-kadang, sindiket ini menolak harga saham sampai bocor aras sokongan EMA50 dan EM20 menyebabkan ramai pelabur terutamanya retailer akan menjual pegangan saham mereka. Volume bertukar tangan dengan jumlah yang besar. Selalu kita sebut volume bundle. Sebenarnya, volume jualan dan belian besar-besaran ni adalah jualan dan belian antara ahli sindiket itu sendiri. Bila retailer tengok ada transaction volume besar-besar dah start masuk, maka akan menarik minat retailer untuk membeli kembali. Pasaran ditutup dengan candle hammer, tapi malangnya esok  bila pasaran dibuka harga sambung turun. Biasa kan terjadi? Adakah volume belian bundle itu betul-betul volume belian atau volume jualan yang matched harga belian?

Berminat untuk belajar tentang Analisis Teknikal?

Operator sindiket ini tidak bekerja sendirian tetapi bekerjasama dengan saluran berita di media, stock market analysts, listed company, pengiklanan mulut ke mulut (word of mouth advertising) untuk menyebarkan rumor di forum-forum saham online dan sebagainya bertujuan untuk manipulasi emosi para retailer terutamanya. Jika perasan, ada kaunter yang mempunyai fundamental yang teruk akan tetapi harga saham tiba-tiba meningkat dan terus meningkat naik. Selepas itu, ada banyak keluar khabar-khabar angin untuk dapat projek baru, dijangka QR result yang bagus, banyak blog-blog, website dan FB page yang memperkatakan tentang kaunter tersebut. Kenaikan tanpa fundamental dan juga pattern volume setiap hari lebih kurang sama. Gerakan kaunter oleh operator sindiket ini juga dikenali sebagai Pump and Dump. Biasanya kaunter pump & dump ini akan membentuk chart pattern V Top. Memang sedap masa naik, tapi sangat kejam masa junam.

Contoh kaunter yang mungkin dimanipulasi oleh operator sindiket, kita boleh tengok kaunter S di bawah ini.

EPS (-ve), ROE (-ve), NTA / stock value (0.08)

Profit margin sentiasa negatif.

QR report. Tiada yg menarik. Untuk QR report yang terakhir pada 30 September yang lalu menunjukkan kerugian yang besar. Akan tetapi, pernah terfikir tak kenapa harga saham kaunter ini terus naik? dan akhirnya tiba harinya, berlakunya terjunan besar baru-baru ni pada 7 Oktober yang lalu menyebabkan ramai retailer yang kerugian. Rasanya ramai juga trader yang sangkut dengan Kaunter S ni sebab kaunter ni antara kaunter yang kuat dikompangkan di banyak group telegram saham.

Mengapa boleh naik dan mengapa jatuh begitu.  Fikir-fikirkanlah ya.

Diantara operator juga ada kod-kod (kod operator / operator code) diantara mereka. Pastinya anda pernah jumpa kod-kod ni takpe tak pernah ambil tahu kan? Berikut adalah kod-kod perbualan dan perbincangan antara operator :

1. 100 – I need Shares.
2. 200 – I need Shares badly but do not take the stock down.
3. 300 – Take (or I am taking) the stock down at least 30% so I can load shares.
4. 400 – Keep trading it sideways.
5. 500 – Gap the stock. Gap can be up or down, depending on direction of 500 signal.
6. 505 – I am short on shares
7. 600 – Apply resistance at the ASK to keep the price from increasing.
8. 700 – Move the price up.
9. 800 – Prepare for an increase in trading volume.
10. 900 – Allow the stock to float and trade freely.
11. 900 – 100 – 100 – Pending News/Press Release On The Way
12. 1000 – Don’t let it run
12. 2100 – Let it run

Contoh-contoh bacaan kod operator. Contoh sahaja ya, mungkin kebetulan 🙂

Fundamental analysis – Pernah tak terjadi or terjumpa satu kunter saham tiba-tiba keluar berita buruk menyebabkan harga saham turun dan terjun. Ramai yang menjual sebab panic. Tapi, kalau perasan la, bila dah turun banyak, ada volume belian besar menanti di bawah. Tak lama kemudian, keluar pula berita-berita baik (good news) yang membuatkan harga saham dibuka tinggi dan terus rally mendaki ke atas. Begitulah bagaimana kaunter saham dimanipulasikan oleh operator sindiket terutamanya.

Salah satu daripada komponen analisis fundamental yang boleh digunakan untuk melihat samada sesuatu kaunter berpontensi untuk dimanipulasikan dan digoreng adalah dengan melihat kepada EPS value. Apakah yang dimaksudkan dengan EPS dan apa yang kita boleh fahami daripada nilai EPS ini? Boleh tonton video penerangan di bawah tentang EPS.

(Penafian : Penulisan ini hanyalah berdasarkan pembacaan dan kajian peribadi. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak)

Berminat untuk belajar teknik trade saham dan analisis teknikal secara one to one (personal coaching)?

Rujukan :

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/06/04/how-market-crooks-operate

http://wealthdirections.asia/common-tricks-the-stock-market-operators-do-to-make-you-sell-your-stocks/

Jemput sertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ichivergence yang kami anjurkan. Pembelajaran dan bimbingan berterusan. Sangat berbaloi untuk disertai. Klik pada image di bawah untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights