Untuk berdagang saham, perlu ada akaun CDS dan untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan cara daftar dan buka akaun CDS. Sekarang ni mudah je nak buka akaun CDS, kebanyakkan broker boleh daftar CDS secara online je. So, tak perlu lagi nak isi borang. KLIK SINI untuk daftar akaun CDS UOB online. Lepas daftar CDS online, tunggu email dari broker yang anda pilih dan buat permohonan untuk daftar dan buka akaun. Jika ada apa-apa masalah, nanti remiser akan hubungi anda. Selalunya, masalah yang sering berlaku adalah salinan kad pengenalan je. Ada yang tak clear, ada yang tersilap garis, ada yang alamat tak sama dengan kad pengenalan dan sebagainya. Kenapa kena daftar dan buka akaun CDS? Apa fungsi akaun CDS?
Akaun CDS tak sama dengan akaun bank sebab ada juga yang pernah tanya, dia ada akaun bank dengan bank tertentu, contohnya Maybank, boleh tak terus guna untuk trade saham, Jawapannya tidak. Untuk berjual beli saham perlu ada akaun CDS iaitu singkatan kepada “Central Depository System”. Akaun CDS perlu di buka dengan broker yang berdaftar dimana broker menjadi orang tengah antara individu (trader, pelabur) dengan Suruhanjaya Sekuriti. Wakil kepada broker yang akan menguruskan akaun CDS dipanggil sebagai Remiser. So, jika ada sebarang permasalahan boleh berhubung dengan remiser yang dilantik. Remiser pula kadangkala mempunyai wakil pemasaran yang dikenali sebagai Marketing Representative (MR). Terdapat banyak pilihan broker untuk daftar dan buka akaun CDS, antaranya UOB Kay Hian, Hong Leong Broking, RHB Invest, Rakuten Trade, Mplus, Maybank Investment Bank dan sebagainya.
Untuk setiap transaksi berjual beli saham, akan dikenakan transaction fees dan fees ini berbeza di antara broker. Ada yang murah, ada yang mahal. Bergantung kepada broker dan pakej yang disediakan. Kami ada tulis satu artikel yang bertajuk “Kiraan Transaction Fee Dalam Setiap Kontrak Jual Beli Saham”, boleh KLIK SINI untuk baca ya.
Jika berminat untuk daftar dan buka akaun CDS UOB Kay Hian, boleh buka dengan kami. Setiap pendaftararan yang berjaya, sila hubungi kami di talian 012-6907705, nanti kami akan bagi access untuk private telegram channel pembelajaran saham dan perbincangan, “Ichivergence Member”. Banyak yang boleh dipelajari didalam channel ini. Jadi, bagaimana hendak daftar dan buka akaun CDS UOB? Boleh KLIK SINI ya. Kami ada tulis langkah demi langkah, cara – cara daftar dan buka akaun CDS UOB secara online. Biasanya proses pendaftaran akan ambil masa antara 3 hari bekerja sehingga 2 minggu. Jika ada masalah atau selepas 2 minggu masih belum terima email dari UOB, boleh hubungi kamii ya. Kami akan tolong semak.
Kepada Remiser atau MR untuk broker selain UOB yang ingin mengiklankan perkhidmatan anda di posting ini, boleh hubungi kami ya.