+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension

Apa itu Fibonacci Retracement dan juga Fibonacci Extension? Fibonacci adalah turutan nombor perkadaran (nisbah) yang digunakan sebagai salah satu tools untuk meramal aras rintangan, sokongan dan sambutan. Aras Fibonacci Retracement adalah 23.6%, 38.2%, 61.8% dan 78.6%. Kebiasaannya, aras 50% ditambah didalam sequence ini. Fibonancci Retracement ini boeh digunakan untuk meramal dan mengukur sejauh mana harga akan turun (retrace / pullback) dan menanti munculnya reversal candle untuk peluang sambutan / entry. Kita boleh hubungkan fibonancci retracement dengan jenis – jenis pullback iaitu flat pullback (retracement diatas aras 23.6%), shallow pullback (retracement diantara aras 23.6% – 38.2%), sharp pullback (retracement diantara aras 50% – 61.8%) dan deep pullback (retracement antara 61.8% – 78.6%). Boleh KLIK SINI untuk baca penerangan tentang Jenis – Jenis Pullback.

Fibonacci Extensions pula digunakan untuk mengukur sejauh mana gelombang harga semasa boleh pergi. Ianya digunakan untuk mengukur price target yang seterusnya. Aras Fibonacci Extensions adalah 61.8%, 100%, 161.8%, 200% dan 261.8%.

Jika menggunakan analisis chart di TradingView, di bahagian tools drawing, boleh pilih dua tools di bawah ini untuk fibonacci :

Dalam kategori “Gann and Fibonacci Tools”

Ada banyak teknik penggunaan Fibonacci Retracement, kami kongsikan teknik yang biasa kami gunakan. Sekadar perkongsian dan pembelajaran. Contoh Fibonacci Retracement, pilih “Fib Retracement” jika guna analisis chart di TradingView:

Contoh apabila kaunter sedang membuat kenaikkan, kemudian muncul bearish reversal candle dan harga mula turun. Boleh tarik fibonacci retracement dari Point 1 ke Point 2 (dari aras ke bawah), dapat kita lihat harga membuat pantulan di aras 0.50 (50%). Kita boleh jadikan aras fibonacci 50% tersebut sebagai aras sokongan dan aras fibonacci 38.2%, 23.6% sebagai aras rintangan. Untuk confirmation kekuatan reversal, harga perlu melepasi aras fibonacci 38.2% dan 23.6%, jika tidak, ianya sekadar technical rebounce dan kemungkinan harga akan turun kembali menguji aras support 50% fibonacci.

Ada yang suka gunakan Fib Retracement untuk tentukan aras target kenaikkan. Gunakan tools yang sama iaitu “Fib Retracement”, tapi tukarkan aras tarikan point dari bawah ke atas. Satu lagi, boleh gunakan “Trend-Based Fib Extension”. Cuma, better gunakan “Trend-Based Fib Extension” untuk result yang lebih tepat.

Contoh tentukan aras target guna tool “Fib Retracement” terbalik (inverted fib retracement :-)) :

Tarik Point 2 ke Point 1 untuk mendapatkan aras fibonacci extension. Seperti yang kami terangkan sebelum ini, aras fibonacci extension adalah di aras 61.8%, 100%, 161.8%, 200% dan 261.8%. Based on contoh di atas, sampai aras target ke empat iaitu fibonacci 161.8% kemudian turun dan bocor aras fibo 100% (bulatan) menandakan chart sudah melemah dan harga akan sambung turun.

Ini pula adalah contoh apabila guna tool “Trend-Based Fib Extension’ di tradingview. Sentuhan candle lebih tepat.

Untuk kaunter yang breakout All Time High (ATH) juga kita boleh guna Fibonacci Extension untuk meramal aras target yang seterusnya. Biasanya akan cari aras fibonacci 161.8% dan 261.8%.

Jika berminat untuk pelajari tentang Teknik Trade Fibonacci Retacement dan Extension, boleh subcribe access untuk video pembelajaran ya. Yuran RM49 sahaja. Boleh ulang – ulang tonton. Akan mendapat access untuk menyertai Private Telegram Channel ” Ichivergence Member”. KLIK IMAGE dibawah untuk mendaftar.

Persoalan utama dalam penggunaan tools Fibonacci ini adalah dimana nak tarik point terutamanya untuk fibonacci extension. Keduanya, kena maklum bahawa ini hanyalah tools bantuan analisis, sebaikkanya gunakan beberapa indicator dan teknik trade untuk pengesahan kekuatan kaunter dan halatuju trend gerakan kaunter. Semoga sedikit sebanyak perkongsian tentang Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension ini dapat memberikan manfaat kepada rakan – rakan trader yang membaca dan melawat website ini. Jemput share kepada rakan-rakan trader yang lain ya.

Jika berminat nak tambah ilmu dan mantapkan ilmu teknik trade, jemput subscribe video – video di bawah ni ya. Insya Allah banyak boleh belajar dan bermanfaat.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights