Sebagai seorang trader, untuk mencari kaunter yang berpotensi kita kena rajin scan dan screen kaunter. Ada banyak cara nak scan kaunter. Ada yang guna manual screening dan ada yang guna auto screening menggunakan platform – platform sediada dan salahsatunya adalah dengan menggunakan Tradingview. Untuk penulisan pada kali ini kami akan kongsikan tentang teknik scan dan screen kaunter dengan Tradingview. Kepada yang belum ada akaun dengan TradingView, boleh KLIK SINI untuk pendaftaran akaun Tradingview percuma. Perlu ada akaun untuk save kajian chart. Semoga bermanfaat dan jemput kongsikan dengan rakan – rakan trader yang lain. Jika ada kelapangan, kami akan publish satu video tentang teknik scan kaunter, jadi lebih mudah nak faham. Ok, pertama sekali kena lawat website tradingview, KLIK SINI untuk ke website tradingview.
Dibahagian kiri atas, klik pada garisan 3 line (1). Kemudian klik pada “Products” dan pilih serta klik pada “Screeners” (2). Di bahagian “Screeners”. klik pada “Stock”.
Selepas itu, anda akan di bawah ke paparan seperti di atas ini. Penerangan berdasarkan nombor:
- Time Frame. Default guna 1D untuk daily time frame.
- Negara. Jika buka bendera Malaysia, klik pada bendera dan pilih Malaysia.
- Button filters. Klik butang biru ini untuk setup scanner.
- Senarai scanner yang kita dah save akan muncul disitu dan boleh pilih untuk guna dikemudian hari. Kita boleh set macam – macam jenis scanner contohnya bullish scanner, momentum scanner, 52wh scanner dan sebagainya. So, just save dan klik bila nak guna.
- Bahagian setting profil. Tradingview boleh register untuk penggunaan percuma dan berbayar. Untuk save screener dan kajian chart, rasanya kena ada akaun yang berdaftar dengan tradingview, jadi daftar je untuk penggunaan percuma. Klik pada bahagian setting profil itu untuk mendaftar ya.
Selepas klik pada button “Filters” akan keluar paparan seperti di atas ini. Mungkin susunan yang sama seperti di atas, mungkin berlainan. Tidak mengapa, boleh search untuk komponen yang kita akan gunakan. Pertama sekali, kami biasa akan scan price “cross up” exponential moving average 50 (EMA50). So, di bahagian price (jika tiada di paparan, boleh search price terlebih dahulu”) default adalah “Below” kemudian value seperti image di atas. Klik pada “Below” dan pilih “Cross Up”, manakala pada bahagian “Value”, klik dan pilih “Exponential Moving Average 50”. Kenapa EMA50? Sebab kaunter yang harga melepasi EMA50, mempunyai kekuatan bullish.
Dengan setup Price “Cross Up” Exponential Moving Average (50), semasa penulisan tentang “Teknik Scan dan Screen Kaunter dengan TradingView” ini, terdapat 42 matches (result scanner). Kemudian kita boleh screen untuk result yang lebih lengkap. Untuk set range scanner untuk kaunter penny antara harga 20 hingga RM1 sebagai contoh, boleh search “Low” kemudian pilih “Above” dan value 0.200. Seterusnya pilih “High” kemudian pilih below dan value “1.00”. Jika faham tentang indicator RSI, kita tau value RSI di atas 50 adalah untuk permulaan momentum bullish. Jadi, boleh search RSI, pilih Relative Strength Index (14) klik Above value 50. Kemudian search “Technical Rating” dan tick pada “Strong Buy” dan “Buy”.
Seterusnya, setup scanner dan screener tadi dapat dilihat seperti paparan diatas. Tinggal 8 kaunter yang matches. Pada bahagian VOL (volume), klik untuk sort volume. Volume paling banyak di atas. Jika result rasa macam sedikit, boleh tukar daripada Price “Cross Up” EMA50 kepada Price “Above” EMA50. Begitu juga dengan Range harga, boleh tukar dari 20 sen ke RM1.50. Akan dapat result kaunter matches yang lebih banyak. Untuk save screener, di sebelah button Filters, ada bahagian untuk save screener seperti yang kami terangkan di permulaan penulisan ini. Boleh rujuk kembali. Klik “Save Screen As” untuk save screener yang kita dah setup. Kemudian klik pada nama kaunter, then klik “See more on advanced chart” untuk membuat analisis dan kajian chart. Untuk Langkah-Langkah Kajian dan Analisis Chart Kaunter Saham, boleh KLIK SINI untuk baca ya. Kami ada kongsikan satu lagi teknik scan kaunter untuk kaunter All Time High dan 52 Week High, boleh KLIK SINI untuk baca. Penerangan beserta dengan video. Semoga perkongsian tentang salah satu teknik scan dan screen kaunter dengan Tradingview ini memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang membaca.
Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam Teknik Scan Kaunter Dengan TradingView, Teknik Setup Trading Plan, Teknik Entry, Hold dan Exit berdasarkan kiraan Risk Reward Ratio dan juga Money Management (Teknik Average Up dan Average Down”, boleh la subcribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu yang kami sediakan ya. KLIK SINI untuk subscribe.
Pingback: Trading Plan dan Trading Strategi - Teknik Trade : Ichivergence Hunter