Kaunter yang berjaya memecahkan (breakout) aras puncak tertinggi (ATH) dan puncak tertinggi dalam setahun (52WH) berpotensi tinggi untuk membuat kenaikkan yang lebih tinggi. Ini adalah kerana, kaunter – kaunter yang breakout aras All Time High (ATH) dan 52 Week High (52WH) kebiasaannya mempunyai momentum, daya tujahan dan kekuatan bullish yang sangat kuat. Jadi, jika berjaya memecahkan salah satu daripada aras ini dan tidak terkena fake breakout atau bull trap, memang lumayan profitnya. Cuma kena pastikan aras neckline ATH dan 52WH ini tidak bocor dan candle mengesahkan aras support kuat di RBS (resistance become support). Apa itu breakout, fake breakout atau bull trap? Boleh KLIK SINI ya.
Untuk perkongsian pada kali ini, kami akan kongsikan tentang teknik trade kaunter breakout All Time High (ATH) dan 52 Week High (52WH). Kami juga ada sediakan video penerangan dan pembelajaran tentang teknik trade ini beserta dengan kaunter contoh untuk pembelajaran. Semoga bermanfaat dan serba sedikit memberikan idea trade kepada rakan – rakan trader yang membaca penulisan ini serta menonton video pembelajaran yang disediakan. Disini, kami akan kongsikan cara nak scan kaunter All TIme High dan 52 Week High di Tradingview, manakala untuk teknik trade boleh tonton video ya. Kepada yang belum ada akaun dengan TradingView, boleh KLIK SINI untuk daftar akaun percuma. Perlu daftar akaun untuk simpan analisis kajian chart yang anda lakukan.
Pertama sekali, buka laman web www.tradingview.com, kemudian klik pada (1) garisan 3 (rujuk image di atas), kemudian pilih (2) Screeners. Selepas pilih Screeners, then pilih Stock.
(1) Pilih time frame. (2) Pastikan Malaysia. (3) Klik Filters. (4) Search “All time” (5) Tick pada “New All Time High”. Ulang perkara yang sama untuk kaunter 52 Weeks High. Search “52” then Tick pada “New 52 Week High”
Lepas scan akan muncul senarai kaunter. Sort buy volume. Kemudian boleh kaji, siapkan trading plan dan monitor rapat. Untuk penerangan tentang teknik trade dengan kaunter All Time High (ATH) dan 52 Week High (52WH), boleh tonton video di bawah ini :
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada rakan – rakan trader yang membaca dan menonton video. Kongsikan dengan rakan – rakan trader yang lain ya.
Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam Teknik Scan Kaunter Dengan TradingView, Teknik Setup Trading Plan, Teknik Entry, Hold dan Exit berdasarkan kiraan Risk Reward Ratio dan juga Money Management (Teknik Average Up dan Average Down”, boleh la subcribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu yang kami sediakan ya. KLIK SINI untuk subscribe.
Pingback: Teknik Scan dan Screen Kaunter Dengan Tradingview - Teknik Trade : Ichivergence Hunter