+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Arah Aliran Trend Dalam Struktur Pasaran

Terdapat tiga arah aliran trend dalam struktur pasaran iaitu aliran menurun, aliran mendatar dan aliran menaik. Selain daripada tiga trend utama, terdapat dua lagi pecahan arah aliran (trend) iaitu aliran sekunder (secondary trend) dan aliran jangka pendek (short term / intermediate trend). Sebagai trader saham, kita perlu fokuskan kepada trend menaik kerana kaunter yang dalam gerakan trend menaik lebih kuat dan lebih mudah untuk menjana keuntungan. Mari kita berkenalan dengan arah aliran trend. Semoga lebih jelas melihat gerakan chart dan potensi entry terbaik.

ALIRAN MENURUN (DOWNTREND)

Aliran ke bawah (downtrend) berbentuk zig zag membuat aras rendah lebih rendah (lower low, LL) dan aras rendah lebih tinggi (higher low, LH) sehingga sampai satu ketika penurunan terhenti kerana tidak lagi membuat aras rendah yang terbaru. Ketika aliran terhenti ini, harga akan bergerak mendatar untuk penentuan arah aliran seterusnya samada menukar arah kepada menaik atau sambung membuat penurunan.

arah aliran trend

ALIRAN MENDATAR (SIDEWAY TREND)

Aliran mendatar (sideway trend) biasanya dikaitkan dengan fasa pengumpulan (accumulation). Kadang – kadang mendatar dalam masa yang singkat dan kadangkala mendatar dalam masa yang agak lama. Dalam fasa ini biasanya harga bergerak dalam satu range rintangan dan sokongan. Kadangkala, terkeluar seketika ke atas membentuk “bull trap” atau fakeout dan juga terkeluar ke bawah untuk membuat “bear trap” atau fakeout / shakeout menguji supply jika masih ada seller yang ingin menjual. Aliran mendatar ini menghentikan seketika aliran utama iaitu aliran menaik dan menurun. Seterusnya, jika harga breakout (tembus) ke atas maka aliran akan bertukar menjadi aliran menaik (uptrend) makala jika breakout (bocor) ke bawah maka aliran akan bertukar menjadi aliran menurun (downtrend).

trend sideway

ALIRAN MENAIK (UPTREND

Aliran ke atas (uptrend) berbentuk zig zag membuat aras tinggi lebih tinggi (higher high, HH) dan rendah lebih tinggi (higher low, HL) sehingga tiba satu masa tidak mampu lagi untuk membuat aras tertinggi (HH) yang baru. Kegagalan membentuk higher high (HH) yang baru menandakan kelemahan pada gerakan trend semasa seterusnya akan membawa kepada pertukaran arah aliran kepada menurun.

uptrend

CONTOH CHART ARAH ALIRAN (TREND)

Chart di bawah ini yang menunjukkan contoh arah aliran menurun, menaik dan mendatar. Dapat dilihat daripada aliran menurun kemudian berlakunya “breakout of structure, BOS”, maka trend berubah kepada aliran menaik. Di puncak aliran menaiik dapat kita lihat sampai ketikanya tidak lagi mampu untuk membuat aras higher high (HH) yang baru dan menukar trend kepada aliran menurun. Kemudian, aliran menurun terhenti kerana tidak lagi membuat arah terendah terbaru sebaliknya membuat “equal low, EL”. Jadi, potensi untuk menukar arah aliran kepada menaik. Begitulah seterusnya kitaran gerakan harga sesuatu chart yang sihat.

arah aliran trend

ARAH ALIRAN UTAMA (MAJOR TREND), ALIRAN SEKUNDER (SECONDARY TREND) DAN ALIRAN JANGKA PENDEK (SHORT TERM / INTERMEDIATE TREND)

Arah aliran utama (major trend) adalah gerakan utama chart samada menaik atau menurun cuma biasanya major trendline ini tidak boleh digunapakai untuk gerakan chart semasa. Ianya hanya sekadar panduan untuk menunjukkan gerakan utama sesuatu kaunter. Untuk gerakan semasa chart kita dapat lihat dua lagi jenis aliran (trend) iaitu aliran sekunder (secondary trend) dan aliran jangka pendek (short term / intermediate trend). Aliran sekunder adalah arah aliran yang berlawanan dengan gerakan semasa chart. Jika gerakan utama adalah menaik, maka aliran sekunder adalah aliran menurun seketika ketika harga membuat pembetulan harga sebelum menyambung gerakan menaik. Aliran jangka pendek atau dikenali sebagai intermediate trend adalah aliran gerakan semasa mengikut arah aliran utama chart (contohnya menaik) tetapi kadangkalanya patah trend tetapi gerakan chart masih lagi menaik dan akan membentuk intermediate trend yang baru. Lihat contoh dibawah untuk lebih jelas tentang penerangan ini.

Boleh baca penulisan sebelum ini yang bertajuk “Apa Itu Trendline dan Teknik Trade Trendline”. Selain itu, boleh juga tonton video di bawah ini.

Jika berminat untuk pelajari tentang Struktur Pasaran (Market Structure) dan Teknik Trade Breakout, boleh klik pada image di bawah :

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights