Kepada yang berminat untuk belajar trade saham secara Personal Coaching (One to One), anda boleh daftar sesi Personal Coaching dengan kami. Begitu juga kepada yang sudah trade saham tapi loss lebih banyak dari profit. Boleh sertai sesi Personal Coaching dengan kami. Kita bongkarkan bersama apa masalah dan penyebab susah hendak profit dalam saham. Sama-sama kita kaji kaunter – yang pernah masuk tapi kena cut loss. Bila dah tahu dimana silapnya, sama-sama kita perbaiki dan mantapkan teknik trade. Coach (Pengajar) mempunyai pengalaman lebih 9 tahun dalam dunia pelaburan saham dan mempunyai kelulusan Certified Charties. MSTA (UK), CFTe (US). Pembelajaran secara one to one jika tinggal jauh akan belajar menggunakan zoom webinar atau jika tinggal berdekatan dengan Putrajaya, Kajang dan Bangi, boleh belajar secara bersemuka.
Bagaimana Sesi Personal Coaching ini dijalankan?
Sesi personal coaching ini berlangsung selama 6 jam++ untuk pemantapan teknik trade. Seterusnya akan dibimbing selama 1 bulan. Peserta boleh memilih untuk pecahkan dua sesi iaitu satu sesi 3 jam atau boleh terus menghabiskan dalam satu sesi. Sokongan dan bimbingan akan diberikan selepas sesi personal coaching untuk sebarang persoalanan, latihan kajian chart, review dan penambahbaikkan kajian analisis teknikal chart serta pemantapan ilmu trade.
Apa yang akan dipelajari?
1) Cara scan kaunter dan screen kaunter dengan tradingview kemudian buatkan watchlist.
2) Bagaimana untuk menentukan aras sokongan dan rintangan serta penyediaan trading plan (kiraan risk reward ratio untuk setup terbaik)
3) Dimanakah entry dan exit terbaik? Bagaimana untuk hold sesuatu position? Pelajari tentang signal entry low risk high reward.
4) Pelajari tentang penggunaan beberapa custom indicator sebagai alat bantuan analisis teknikal dan juga pengesahan signal trade.
Custom Indicator dan Signal Trade
Peserta akan menerima beberapa custom indicator seperti di bawah ini untuk digunakan sebagai alat bantuan di dalam membuat analisis chart dan juga untuk signal trade. Sedikit sebanyak akan menambahkan keyakinan didalam membuat keputusan dagangan.
Sokongan Selepas Sesi Personal Coaching (1 bulan)
Peserta boleh sentiasa bertanya soalan di telegram tentang analisis teknikal chart dan menghantar chart kajian untuk di komen dan ditambahbaik untuk tujuan pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade.
Video Pembelajaran dan Pemantapan Ilmu
Peserta akan diberikan access tontonan beberapa video pembelajaran dan pemantapan ilmu.
Jemput sertai sesi personal coaching ini. Klik Join Now di bawah untuk tempahan sesi personal coaching. Pastinya berbaloi dan bermanfaat untuk anda mencari rezeki dalam dunia pelaburan saham. Rugi itu pasti dalam dunia pelaburan saham, tapi boleh diminimumkan dan dikecilkan dengan ilmu, latihan dan pengalaman.
Alhamdulillah.. personal coaching amat membantu saya memperbaiki kesilapan dalam trading..lebih jelas faham dalam menganalisa chart..yang paling penting portfolio mesti hijau..
I prefer this approach.. If got any questions i can ask En Faizul right away. Technical thing must be learnt practically and 1-1 session is very2 helpful. Thanks En Faizul. You are very humble and kind. You are also very open to share your tips in trading.