+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Perkara Yang Selalu Dialami Oleh Para Trader

Sebagai seorang trader pastinya anda akan jumpa perkara yang sama yang akan berlaku berulang kali sepanjang anda terjebak dengan dunia trading. Kami kongsikan perkara-perkara yang sering dialami oleh para trader dan kalau ada nak tambah, boleh la komen di ruangan komen ya.

(1) Asal tekan buy je mesti harga turun atau tak gerak dan asalkan jual je atau cut loss laju je harga naik balik. Paling memeritkan dah la naik, harga kembali semula ke harga entry dan siap naik lebih tinggi pulak tu. Kalau tak jual atau cut loss siap dah profit lagi. Disinilah kepentingan trading plan dan kawalan emosi. Sebelum membeli sesuatu kaunter perlu sediakan trading plan dan wajib hormati trading plan tersebut. Perlu juga mahirkan teknik trade dan juga penggunaan indicator bagi membantu tidak membeli di puncak dan tercut loss di dasar.

(2) Sebelum tekan buy kaunter tu nampak sihat, tekan buy je dia mula turun. Kaunter lain pulak yang nampak macam nak mula naik. Lalu emosi menguasai diri, laju je tekan sell dan beli kaunter yang nampak macam baru nak start naik tu. Ok, lepas tekan buy naik 1 sen mulalah happy dan memuji diri sendiri sebab membuat tindakan pantas. Tapi, lepas naik 1 sen terus kejung tak naik tak turun sampai pasaran ditutup. Intai balik kaunter yang dah jual awal tadi, dalam hati mesti turun banyak tu. Skali kaunter tu kasi sebatang hijau, naik 10 sen. Rupanya masa tekan sell tadi kaunter tu tengah rehat. Berhuhu dan mulalah menyumpah-nyumpah penuh kekesalan. Untuk kes ini, jangan kejar kaunter yang baru spike. Volume in. Ramai yang kompang. Tunggu dia turun jap dan masuk masa reversal. Boleh refer chart time frame (TF) seperti TF 5 / 15 / 30 minit untuk tentukan dimana titik reversal.

(3) Beli lot sikit sekali naik banyak. Contohnya beli 50 lot je, tiba-tiba naik 8 sen. Mulalah ketamakan membisik di telinga. Topup la lagi 100 lot. Ngam je topup dia turun. Elok tadi dah profit RM400 terus jadi loss -RM450. Biasa terjadi tak? Lebih perit rupanya spike 8 sen tadi tu last push, selepas itu kaunter tersebut turun beberapa hari. Sedih betul. Memang emosi dan perasan sangat tidak stabil bila trade saham sebenarnya. 

(4) Satu lagi ketamakan yang berlaku secara spontan dan tidak sengaja adalah bila beli 100 lot kaunter tersebut naik 10 sen, terus sell secure profit RM1000. Akan tetapi lepas jual tengok kaunter tu “macam” boleh naik lagi. Maka syaitan tamak mula berbisik. Beli la 150 lot pulak, naik 10 sen lagi tu. Tadi dah untung, modal dah makin banyak. Maka tanpa berfikir panjang, terus tekan buy laju-laju takut terlepas. Kalau lambat nanti naik lagi banyak. Maka, bermulalah kisah sedih. Elok je matched q buy, tanpa belas kasihan mendapat sebatang merah dalam masa 5 minit. diikut sebatang lagi 5 minit seterusnya. Terjunan 10 sen. Terus loss RM1500. Elok-elok dah untung, gi beli balik buat ape? Duduk tepi jela layan ABC or cendol. Trading plan mana? Masa tu baru nak marah diri sendiri. Nak kena marah baru insaf. Tapi, esok-esok buat balik.

(5) Niat di hati nak swing kaunter, tapi bila harga jatuh sikit je dah tekan sell laju-laju. Lepas tu selepas 4 minggu berlalu, keluarlah perkataan keramat para trader “KALAULAH” tak jual, mesti dah profit 80% dah hari ni. Hahaha. Bertabahlah. Belajarlah cara terbaik untuk swing kaunter.

(6) Terjebak dengan buy call ataupun kaunter kompang. Ya, group telegram sampai 20 group. Siap subscribe channel buy call lagi. Tengok banyak group kompang kaunter yang sama, laju je tekan buy. Trading plan kelaut. Rupanya, kompang tu tanda-tanda awal kejatuhan dan sebenarnya masa untuk menjual bukan untuk membeli. Kadang-kadang tu memang dah tau pun, tapi masih jugak beli. Mencuba nasib. Dapat 2-3 sen jual la. Skali, asal masuk je terus turun. Oleh sebabkan takde trading plan, hope analysis pun memunculkan diri. Sudahnya peram kaunter merah tanpa rela.

(7) Hope analysis memang sangat menebal di kalangan para trader, terutamanya bila kaunter yang tengah hold membuat penurunan. Dalam hati, turun skit je tu. Esok naik balik. Esoknya turun lagi, sedapkan hati, nanti smpi support rebounce la tu. Ok, turun lagi sampai support. Mula la adjust trendline & support. Sedapkan hati lagi, sila setting support rupaya, bawah sikit lagi. Lepas tu, alamak dah touch support pulak. Then bocor. Maka masa tu laju je tekan sell. Rupanya bocor support tu fake je. Bocor 1 lot. Tak pun bocor 5 minit tapi bukan dengan volume yang besar. Lepas tu naik semula. Bila dia naik, memang tak toleh belakang dah. Maka, dibucu katil sambil menggentel bucu bantai melihat harga mendaki naik dan berlinangan air mata apabila harga kembali ke entry price sebelum ni. Bertabahlah. Sebab tu pentingnya trading plan dan cut loss level. Jangan hope, jadilah trader robot tanpa emosi. Persoalannya, mampukah? Kita hanyalah manusia yang lemah. Huhuhu..

(8) Bagi trader yang baru berjinak-jinak dengan saham, mesti akan terpedaya dengan news. News baik punya dapat projek besar ataupun QR keluar result kebabom, masuk je terus terjun. Sebab apa? Sebab dekat Malaysia ni pepatah mengatakan “Buy on Rumors, Sell on News”. Bila keluar news tu sebenarnya dah terlambat sangat nak tekan buy. Kecuali, sebelum keluar news, chart belum ada pergerakan menaik. Kalau belum naik, ada potensi news akan mengaktifkan kaunter tersebut dan harga akan bergerak laju.Masa ni pepatah sebaliknya pulak. “Buy on News”.

Ok lah. Banyak dah ni. Boleh la tambah ye kalau ada lagi yang kami terlepas pandang or malas nak tulis. Untuk belajar teknik trade saham yang mudah dan cerah mata melihat gerakan halatuju chart. Juga lebih jelas untuk mencari entry terbaik, hold / swing dan sell / exit bila chart mula menunjukkan kelemahan, jemput join kelas saham Teknik Trade Setup Ketenangan yang kami anjurkan. Pembelajaran dan bimbingan berterusan. Group support dua hala tanpa expired date tertentu. Tiada kelas upsell. KLIK SINI untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Selain itu, boleh juga sertai sesi Personal Coaching Belajar Trade Saham dan Analisis Teknikal Chart untuk sesi pembelajaran one to one. Tonton video di bawah untuk penerangan lanjut tentang personal coaching :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights