+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Review dan Analisis Teknikal Chart KLCI

Kami ada kongsikan beberapa kali review dan analisis teknikal chart KLCI semasa sejak 22 Jun 2023. Analisis menggunakan beberapa teknik dan pendekatan berbeza seperti gerakan setup divergence, teknik trade dengan moving average, indicator ichimoku cloud dan juga candlestick. Didalam posting ini kami kumpul semua review dan analisis teknikal chart KLCI sejak 22 Jun 2023 untuk bacaan dan rujukan pembelajaran tentang analisis teknikal. Ya, didalam dunia trading, tak kisah trading apa platform pun, paling penting kena faham dan mahir tentang analisis teknikal chart. Trading akan lebih mudah, emosi akan lebih tenang dan dalam masa yang sama dapat maksimumkan profit serta minimumkan loss.

Review dan analisis teknikal chart KLCI di atas ini bertarikh 22 Jun 2023. Boleh baca analisis penuh di atas ya. Kami lukiskan gerakan bullish divergence indicator MACD terdahulu dan gerakan semasa. Aras target dan rintangan keras merujuk kepada EMA200.

Seterusnya, update gerakan Setup Bullish Divergence pada 14 Julai 2023. Boleh baca analisis di bawah :

Merujuk chart bertarikh 14 Julai 2023 diatas, KLCI mula membuat gerakan menaik Setup Bullish Divergence. Aras rintangan seterusnya adalah EMA200 di 1437. Bacaan tentang Gerakan Divergence : https://www.tekniktrade.com/project/teknik-trade-divergence/

Seterusnya, pada 15 Julai 2023, kami kongsikan analisis gerakan KLCI menggunakan Exponential Moving Average (EMA). Candle telah naik ke atas aras EMA50, jadi secara teorinya aras EMA50 boleh jadikan sebagai aras sokongan (support) dan apabila candle berada di atas garisan EMA50, chart sedang mempunyai kekuatan bullish. Jadi, potensi untuk gerakan menaik. Oleh kerana chart KLCI masih downtrend, maka kekuatan semasa adalah temporary bullish dan aras rintangan seterusnya adalah mencari EMA200.

Bacaan tentang Teknik Trade Dengan Moving Average : https://www.tekniktrade.com/indicator-moving-average/

Review dan analisis teknikal chart KLCI seterusnya adalah pada 21 Julai 2023. Kali ini, gunakan Indicator Ichimoku Cloud untuk kekuatan bullish KLCI apabila candle telah berjaya memecahkan rintangan awan ichimoku dan ditutup di atas awan. Secara teorinya, candle yang berada diatas awan ichimoku (ichimoku cloud) mempunyai kekuatan gerakan bullish. Jadi potensi untuk gerakan menaik. Seterusnya, merujuk kepada candlestick pattern semasa, ada potensi untuk pembentukkan candlestick pattern bullish mat hold.

Chart di atas menunjukkan gerakan seterusnya KLCI pada 25 Julai 2023. Boleh nampak kekuatan bullish apabila melepasi awan ichimoku dan gerakan bullish mat hold candlestick pattern. Menarik jika dapat fahami potensi gerakan chart dengan analisis teknikal.

Bacaan tentang Indicator Ichimoku Cloud : https://www.tekniktrade.com/project/teknik-trade-dengan-ichimoku-cloud/

Bacaan tentang Candlestick Pattern : https://www.tekniktrade.com/11-candlestick-patterns-yang-biasa-jumpa-dan-beri-kesan-besar-pada-gerakan-chart/

Seterusnya, update tentang gerakan KLCI merujuk kembali kepada indicator moving average pada analisis 15 Julai 2023. Pada 25 Julai KLCI berjaya menyentuh aras EMA200 di 1437. Jadi apakah gerakan selanjutnya? Secara teorinya, jadikan aras EMA200 iaitu 1437 sebagai aras sokongan kuat semasa. Apabila candle berada diatas EMA200, ia sedang mempunyai kekuatan bullish yang kuat. Aras rintangan keras seterusnya adalah di aras 1460. Aras rintangan 1460 ini merupakan aras yang sangat keras dan penentu halatuju yang seterusnya. Dijangkakan KLCI akan membuat penurunan setelah mencapai atau menyentuh aras 1460. Mengapa kena turun? Sebab untuk membuat pullback yang sihat dan potensi gerakan menaikkan seterusnya mencari aras rintangan 1500. Jadi, aras support semasa adalah di EMA200 (1437). Jika tidak bocor, kita boleh lihat akan munculnya reversal candle nanti.

Akhirnya pada 31 Julai 2023, KLCI berjaya mencapai aras rintangan 1460. Yeahhh. Breakout 1460 dan mencapai aras tertinggi 1464.7 tetapi ditutup pada aras 1459.43 (reject R 1460). Tanda – tanda esoknya (1 Ogos 2023) akan muncul candle merah.

Ngam la tu closing candle merah. Mantap kan analisis teknikal KLCI. So, apakah gerakan KLCI seterusnya? Tunggu selesai pullback dan muncul reversal candle serta jika berjaya melepasi R keras 1460, maka aras target seterusnya adalah resistance psikologi di 1500. Cuma sebelum sampai 1500, adalah lagi la aras rintangan lain. Nanti update kemudian. Semoga bernanfaat dan dapat belajar sesuatu untuk perkongsian review dan analisis teknikal chart KLCI ini.

Sama la dengan dalam news keesokkan harinya, KLCI sedang buat pullback dan diharap membuat pullback yang sihat (healthy pullback)

Seterusnya, pada 2 Ogos 2023 kami kongsikan chart SnR KLCI dengan harapan KLCI tidak bocor aras 1437 dan ada satu aras support dibawah 1437 iaitu 1432. Semoga tidak bocor dan munculnya reversal candle.

Seterusnya pada 3 Ogos KLCI membuat hammer di aras sokongan / sambutan 1437 disusuli dengan confirmation candle pada 4 Ogos 2023.

Kemudian, update seterusnya pada 9 Ogos 2023, KLCI menguji kembali aras rintangan 1460 dan berjaya breakout apabila ditutup pada aras 1462. Semoga KLCI terus bullish dan mendaki mencari aras rintangan psikologi seterusnya di aras 1500.

Review potensi gerakan KLCI selepas Pilihanraya Negeri 12 Ogos 2023.

What will happen to KLCI after State Elections? by ichivergence_hunter on TradingView.com

Jika berminat untuk belajar tentang analisis teknikal chart, boleh sucscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu analisis teknikal dengan klik image di bawah ini :

Atau jika ingin belajar sesi one to one, boleh sertai sesi personal coaching analisis teknikal chart dan belajar trade saham yang kami anjurkan. Boleh klik pada image dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights