+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Salah satu indicator chart yang digunakan secara meluas ialah Indicator Moving Average. Jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu membawa maksud “Pergerakan Purata”. Jadi Indicator Moving Average adalah indicator yang menunjukkan purata pergerakkan harga pada tempoh masa tertentu sebagai contoh 100 minggu, 50 minggu, 200 hari, 50 hari, 20 hari, 9 hari, 4 jam, 1 jam, 30 minit, 5 minit dan sebagainya. Jika time frame minggu, Moving Average (MA) mengambil purata bilangan candle berdasarkan minggu, jika time frame hari, jadi MA mengambilkira purata kiraan candle berdasarkan hari, begitu jugalah jika time frame jam, minit dan saat. 

Terdapat banyak jenis Moving Average cuma yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

1) Simple Moving Average (SMA)

2) Linearly Weighted Moving Average (WMA)

3) Exponentially Smoothed Moving Average (EMA)

4) Hull Moving Average (HMA)

4) Moving Average Crossover

5) Moving Average Envelopes

6) Bollinger Bands (Indicator khusus yang lain tetapi asal usulnya dari moving average)

Untuk penulisan ini, kami pilih 3 moving average yang paling banyak digunakan iaitu SMA, WMA dan EMA. Tetapi paling khusus adalah EMA. Apa beza antara 3 moving average ni? Kami biasa gunakan EMA, so, ramai yang tanya kenapa tak guna SMA atau WMA? Chart di bawah menunjukkan perbezaan antara 3 jenis moving average ini : 

Takde banyak beza tapi WMA dan EMA lebih dekat dengan harga (candle). Jadi, terpulang nak guna yang mana satu. Yang penting kena betul-betul faham dan mahir tentang teknik penggunaannya.

Apakah kesan penggunaan MA untuk sela masa (Time Period) yang tertentu? Kita selalu nampak ada trader yang guna MA9, MA20, MA50, MA200 tapi apakah rationalnya? Untuk moving average dalam sela masa yang singkat, ia akan mengesan pergerakan harga dengan lebih dekat. Manakala untuk sela masa yang lebih panjang, ia menunjukkan pergerakan harga yang lebih jauh. Dari dari situ, kita dapat melihat trend yang terbentuk untuk sesuatu kaunter. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan kombinasi short MA + long MA untuk analisis signal dan trend sesuatu kaunter saham.

Bagaimana hendak gunakan moving average untuk signal belian dan jualan? Untuk signal belian, biasanya apabila harga atau candle bergerak ke atas atau melintas ke atas sesuatu moving average. Manakala signal jualan adalah sebaliknya iaitu apabila harga atau candle bergerak ke bawah atas bocor garisan moving average ke bawah. Moving average guna boleh digunakan ataupun kadangkala digunakan sebagai aras sokongan, aras sambutan dan aras rintangan. 

Contoh kita guna EMA50 (garisan biru) untuk signal belian, jualan, sambutan, aras sokongan dan aras rintangan. Daripada chart diatas dapat kita lihat kelemahan apabila menggunakan satu EMA. Oleh itu ramai yang guna kombinasi beberapa EMA untuk signal yang lebih jelas.

Jadi secara kesimpulannya, moving average sangat terpakai untuk berdagang saham terutamanya untuk kaunter uptrend walaupun kadang kala signalnya awal lewat. Moving average juga boleh digunakan untuk swing / hold kaunter dan menjana lebih banyak profit. Akan tetapi kadang kala signal reversalnya (sell signal) agak lambat, jadi elok-elok tengah banyak profit terus tinggal sikit baru keluar sell signal (contoh mcm dalam chart EMA50 diatas). Untuk sideway market, moving average kurang sesuai untuk digunakan kena akan muncul banyak signal palsu (noise). Untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kerugian / kekurangan profit, elok jika kita gunakan kombinasi moving average pendek dan juga panjang seperti contoh EMA9 dengan EMA50 diatas. 

Jemput tonton video di bawah ini yang bertajuk “Hebatnya Moving Average” untuk kegunaan indicator moving average dalam analisis teknikal chart :

Untuk pelajari secara menyeluruh “Teknik Trade Dengan Moving Average”, boleh tonton video bertajuk “The Power & The Art of Moving Average”. Pelajari tentang :

1) Moving Average sebagai Aras Sokongan dan Rintangan
2) Entry dan Exit Terbaik Menggunakan Moving Average
3) Moving Average Sebagai Trailing Stop
4) Slope Garisan Moving Average : Menaik, Mendatar, Menurun
5) Pengaruh Golden Cross dan Death Cross
6) Teknik Penggunaan Multiple Moving Average di Multiple Time Frame
7) Menentukan Aras Target sesuatu kaunter

Video diatas ini mempunyai sambungan yang bertajuk “Teknik Scan Kaunter dengan Tradingview dan Teknik Trade dengan Moving Average”. Kami kongsikan bagaimana untuk setup screener yang menguntungkan dengan menggunakan indicator moving average di Tradingview seterusnya pelajari tentang Teknik Trade Terbaik Menggunakan Indicator Moving Average. Kami kongsikan juga kajian kes kaunter (backtest) untuk melihat gerakan chart pada kaunter kajian dari bulan Feb 2023 hingga Jun 2023. Semoga bermanfaat dan selamat menonton.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights