+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Setup Entry Terbaik Low Risk High Reward

Untuk entry pada kali ini kami akan kongsikan tentang Setup Entry Terbaik Low Risk High Reward. Sebagai seorang trader, kita perlu create satu trading system dan juga perlu fahami tentang setup gerakan kaunter iaitu susunan gerakan yang dilakukan pada chart sebelum harga bergerak naik. Begitu juga susunan gerakan sebelum harga bergerak turun. Jadi, dengan fahami tentang setup, lebih mudah untuk mencari entry terbaik dekat dengan aras tapak (aras sokongan) dan dapat mengelakkan diri dari terbeli di puncak kenaikkan.

Apa itu entry Low Risk High Reward? Entry low risk adalah entry yang dekat dengan aras sokongan dan jauh dengan aras rintangan. Risk reward ratio memang sangat berbaloi untuk entry seperti ini, Emosi pun akan lebih stabil. Keuntungan pun dapat dimaksimumkan. Dibawah ini adalah contoh entry low risk high reward untuk kaunter uptrend. Kaunter uptrend membuat gerakan zigzag membentuk higher high dan higher low. Jadi, banyak peluang entry semasa reversal. Cuma kena fahami tentang setup gerakan yang dilakukan semasa pullback untuk mencari peluang entry terbaik.

Apa pula yang dimaksudkan dengan SETUP?

Jadi kena fahami tentang pergerakan candle, volume, chart pattern dan juga penggunaan beberapa indicator untuk menyusun setup. Pasti guna indicator dari kumpulan indicator yang berbeza. Ramai yang bila buka chart, penuh berselirat dengan indicator tapi bila tengok senarai indicator, banyak yang dari kumpulan yang sama. Jadi, signal adalah lebih kurang sama tapi chart nampak penuh dan sukar untuk melihat halatuju gerakan sebenar chart. Selain itu, penggunaan indicator yang banyak juga akan menyebabkan banyak “noise” iaitu gangguan signal yang akan membuat anda keliru. Baru tekan buy, dah muncul sell signal. Jadi emosi akan tidak stabil dan keuntungan gagal untuk dimaksimumkan. Jadi hit and run je nanti. Untuk penerangan lanjut tentang Setup Entry Terbaik Low Risk High Reward, boleh juga tonton video di bawah ini ya :

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights