+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Apa Itu Pasaran Saham?

Pasaran saham merupakan platform dagangan yang terdiri daripada pembeli (buyer) dan juga penjual (seller). Peserta pasaran (market participant) yang berminat untuk membeli pegangan saham sesuatu syarikat (kaunter) dan juga penjual yang ingin menjual atau melepaskan pegangan saham yang dimiliki. Apabila kita membeli saham (atau ekuiti) sesuatu syarikat (kaunter), kita akan menjadi sebahagian daripada pemegang saham syarikat dan menjadi pemilik bersama. Saham juga dipanggil sebagai perkongsian. Jika ada mesyuarat pemegang saham terutamanya Mesyurat Agong Luar Biasa (EGM) dan juga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), kita sebagai pemegang saham akan mendapat jemputan untuk turut serta dan layan untuk membuat undian (jika ada / perlu).

Siapakah yang dimaksudkan sebagai peserta pasaran (market partipant)? Pedagang di pasaran saham termasuk penggerak pasaran (market maker, smart money, operator), pelabur jangka sederhana dan panjang (investor), pedagang runcit (retailer, trader), spekulator, dan pelindung nilai (hedgers). Seorang pelabur (investor) biasanya akan membeli saham dan memegangnya untuk jangka masa panjang, manakala seorang pedagang runcit (retailer, trader) boleh masuk (beli) dan keluar (jual) dari sesuatu kedudukan untuk sesuatu kaunter saham dalam beberapa saat atau minit sahaja. Pedagang runcit terdiri daripada short term trader, FIFO trader, intraday trader dan swing trader. Market maker (smart money, operator) menyediakan kecairan (volatility) yang diperlukan dalam pasaran, harga saham hanya akan bergerak jika adanya transaksi jual beli. Maka, market maker akan menjadi penggerak yang aktif membuat transaksi jual beli dalam amaun yang besar.

Terdapat dua jenis pasaran saham:

Pasaran utama – di mana penjualan pertama (atau tawaran) saham oleh syarikat swasta kepada orang ramai Ini juga dirujuk sebagai tawaran awam permulaan (initial public offering, IPO).

Pasaran sekunder – di mana pembelian atau penjualan berikutnya untuk kaunter saham syarikat dilakukan – biasanya dipanggil sebagai aktiviti perdagangan (trading)

Di Malaysia, urusniaga jual beli saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.

Pelabur membeli saham untuk potensi memperoleh pulangan (keuntungan) daripada pelaburan mereka. Syarikat pula mengeluarkan / menawarkan saham untuk mengembangkan perniagaan mereka. Terdapat banyak pasaran saham di seluruh dunia. Terdapat juga banyak faktor berbeza yang boleh mempengaruhi gerakan turun naik harga saham. Jika dapat fahami cara pasaran saham berfungsi, ianya akan banyak membantu kita dengan strategi pelaburan yang kita lakukan. Jadi, sebelum mula membuat belian saham, perlu buat kajian dan analisis yang mendalam terlebih dahulu.

Bagaimanakah Harga Saham Ditetapkan Di Bursa Saham?

Pembeli dan penjual mesti bersetuju dengan harga sebelum sesuatu saham boleh dibeli atau dijual. Untuk sesuatu harga saham bergerak naik dan turun, perlu ada pembeli (demand) dan juga penjual (supply).

  1. Orang ramai bersaing untuk membeli saham (buyer) jika mereka percaya bahawa harganya akan meningkat naik, dan mereka akan memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang mereka lakukan.
  2. Penjual (seller) bersaing untuk mencari pembeli untuk mereka menjual dan melepaskan pegangan pada harga tertinggi (semasa) yang mungkin.
  3. Setelah sesuatu saham itu dibeli atau dijual, harganya boleh dilihat pada akaun cds atau platform – platform saham yang lain supaya semua orang tahu harga terkini.
  4. Pasaran saham Malaysia dibuka dari pukul 9.00 pagi dan ditutup pada pukul 12.30 tengahari untuk dagangan sesi pagi. Seterusnya pasaran akan kembali dibuka pada pukul 2.30 petang dan ditutup pada pukul 5.00 petang. Pasaran saham dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dan ditutup pada hari minggu serta pada cuti umum. Jadi, urusan jual beli hanya boleh dilakukan semasa pasaran dibuka. Untuk berdagang saham, perlu ada akaun CDS. Jika berminat untuk buka akaun CDS UOB, boleh KLIK DISINI.

Jika berminat untuk melabur saham, boleh KLIK SINI untuk baca penulisan yang bertajuk “Bagaimana Hendak Mula Trade di Pasaran Saham (Bursa Malaysia)?” Selain itu, boleh tonton video youtube di bawah:

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights