+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kaunter IPO?

Pada tahun 2023 dijangka akan ada 39 kaunter IPO yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Ini bermakna lebih banyak kaunter baru yang akan didagangkan dan lebih banyak peluang untuk menjana keuntungan dalam berdagang saham. Tapi, ramai yang bertanyakan tentang “Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kaunter IPO?”. Sebelum itu, jika anda masih baru dalam dunia pelaburan saham, jemput juga baca perkongsian yang bertajuk “Apa Itu Pasaran Saham”.

IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Ianya merupakan penjualan saham pertama oleh syarikat swasta (private company) kepada orang ramai. Kami ada tulis tentang beberapa kaunter IPO sebelum ini. Boleh baca tentang kaunter IPO daripada permulaan proses sehingga didagangkan di Bursa Malaysia. Boleh KLIK SINI untuk senarai kaunter IPO yang pernah kami kongsikan di website ini.

Terdapat lima sebab utama mengapa syarikat menyenaraikan IPO untuk didagangkan :

  1. Meningkatkan modal (Raise capital) – Syarikat boleh menjual saham untuk mengumpul modal (wang) untuk mengembangkan dan menambahbaik perniagaannya.
  2. Dapatkan pembiayaan (Get financing) – Syarikat mungkin boleh membuat pinjaman perniagaan dengan lebih mudah dan dengan syarat yang lebih baik.
  3. Mengikat dan menarik minat pekerja yang berkualiti dan terbaik (Attract good people) – Syarikat boleh menawarkan pembelian saham dengan harga yang lebih murah kepada pekerja atau memberikan saham percuma kepada pekerja terbaik. Jadi, ini dapat mengikat pekerja yang bagus untuk terus bekerja di syarikat. Selain itu, dapat menarik minat pekerja baru yang berkualiti untuk sertai syarikat.
  4. Cipta jenama yang lebih kukuh (Create a stronger brand) – Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham akan sering muncul di media massa dan elektronik. Segala berita tentang syarikat akan disiarkan didalam berita. Syarikat juga akan mendapat lebih banyak oleh media. Jadi ini secara tidak langsung akan menjadi medium pemasaran jenama syarikat dan membuatkan lebih ramai orang mengenali tentang syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menarik minat syarikat lain (Attract other companies) – Syarikat lain lebih mudah untuk menilaii dan melihat prospek masa depan syarikat untuk potensi penggabungan dan pengambilalihan.

Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dikawalselia dengan ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Jadi, ia perlu melaporkan segala berita dengan tepat dan telus. Jika tidak, ianya akan memberikan kesan kepada harga saham terutamanya jika wujudnya masalah pemalsuan berita. Ini akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur.

Apakah yang perlu anda ketahui sebelum melabur dalam IPO?

Terdapat kelebihan dan kekurangan untuk melabur didalam dalam IPO:

  • Kelebihan utama ialah, jika anda bernasib baik serta syarikat terus berkembang, saham yang anda beli semasa IPO berpotensi untuk menghasilkan keuntungan lumayan serta memberikan dividen dan bonus. Harga bukaan pada hari pertama juga adakalanya dapat memberikan pulangan keuntungan lebih dari 100% daripada modal beli anda pada harga tawaran IPO. Contohnya, harga tawaran IPO adalah RM0.260 dan pada hari pertama dibuka pada harga RM0.70. Jadi keuntungan anda pada hari pertama sudah mencecah lebih dari 100%.
  • Kelemahan utama adalah sukar untuk meramalkan jika atau bila nilai saham akan meningkat. Mungkin juga nilai saham akan menurun selepas IPO disenaraikan atau mengambil masa yang lama untuk harga saham bergerak naik. Ada kalanya harga bukaan IPO lebih rendah dari harga tawaran IPO dan terus menurun pada hari dagangan yang seterusnya selepas itu. Jadi, anda akan terus kerugian pada hari pertama didagangkan. Contohnya harga tawaran IPO pada harga RM0.75 dan pada hari pertama didagangkan dibuka pada harga RM0.50, jadi anda sudah kerugian 50% daripada modal dagangan anda. Seterusnya harga menurun sehingga ke RM0.20 dan mengambil masa yang lama untuk kembali naik ke RM0.750. Jadi, risiko untuk kerugian dan kehilangan kecairan modal untuk anda melabur kaunter saham yang lain.

Sebelum anda melabur dalam IPO, dibawah ini kami kongsikan soalan – soalan yang anda perlu jawab atau dapatkan jawapan :

  1. Apakah risikonya? – IPO biasanya lebih berisiko daripada kaunter saham yang sudah didagangkan di pasaran saham. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli IPO, baca terlebih dahulu prospektus syarikat. Prospektus menerangkan rancangan perniagaan dan menyenaraikan faktor risiko penting tentang syarikat terutamanya tentang perniagaan, prospek masa depan, laporan kewangan semasa dan sebagainya. Semak sama ada syarikat dalam keadaan stabil, mampu untuk menjana pendapatan dan keuntungan untuk perniagaan semada dan jangkaan akan menjana lebih banyak pendapatan dan keuntungan di masa hadapan. Ketahui juga sektor perniagaan syarikat dan juga prospek masa depan sektor syarikat.
  2. Adakah terdapat sebarang bayaran? – Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu membayar sebarang komisen untuk membeli IPO. Ini kerana syarikat yang mengeluarkan IPO telahpun mengupah penaja jamin (underwriters) untuk menetapkan harga tawaran IPO dan memasarkan saham baharu. Underwriters mendapat bayaran yang besar untuk perkhidmatan mereka. Biasanya mereka terdiri daripada pihak Bank Pelaburan dan Broker House. Yuran perkhidmatan mereka telahpun diserap masuk ke dalam harga tawaran permulaan saham. Contoh underwriter adalah seperti di bawah :

Contoh bayaran kepada pihak penaja jamin (underwriters). Untuk perbelanjaan penyenaraian IPO Cloudpt, kos perbelanjaan adalah sebanyak RM3.5 juta. Rujuk image di bawah:

Prospektus bermaksud dokumen undang-undang yang menyatakan fakta penuh, telus, benar dan jelas yang perlu anda ketahui tentang syarikat yang membuat tawaran. Ianya mengandungi maklumat tentang syarikat atau dana bersama (mutual fund) yang menjual saham permulaan, pengurusan syarikat, produk atau perkhidmatan, rancangan serta risiko perniagaan.

Kesimpulannya, tiada siapa yang boleh meramalkan bagaimana harga IPO akan bergerak semasa minit pertama dan hari pertama didagangkan di Bursa Malaysia. Ini kerana chart gerakan harga masih belum ada untuk di analisis. Segalanya bergantung kepada prospektus, news, rumors dan juga target harga serta fair value oleh bank pelaburan dan broker house sahaja. Jadi, ini menjadikan pelaburan IPO satu pelaburan yang berisiko agak tinggi.

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights