Seterusnya kita akan kenali dan fahami tentang jenis – jenis struktur pasaran. Posting ini merupakan sambungan kepada posting yang bertajuk Apa Itu Struktur Pasaran? Jadi, boleh juga baca tentang Apa itu Struktur Pasaran sebelum sambung baca tentang Jenis – Jenis Struktur Pasaran. Secara umumnya, terdapat dua jenis struktur pasaran iaitu :
- Fasa (Phase)
- Arah Aliran (Trend)
Pertama sekali kita fahami tentang Hukum Penawaran dan Permintaan untuk mempelajari tentang Fasa Pergerakan Harga. Harga saham berubah setiap hari mengikut kuasa pasaran. Ini bermakna harga saham berubah kerana wujudnya penawaran dan permintaan. Jika lebih ramai orang ingin membeli saham (permintaan) daripada menjualnya (bekalan), maka harganya akan naik. Begitu juga sebaliknya.
Hukum Permintaan (Law of Demand) : Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin sedikit permintaan (pembeli tidak mahu membeli pada harga yang lebih tinggi) dan pada harga yang rendah, semakin tinggi permintaan (pembeli ingin membeli pada harga yang rendah)
Hukum Penawaran ( Law of Supply) : Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin tinggi penawaran (penjual ingin menjual pada harga yang lebih tinggi) dan apabila harga turun, penawaran akan turut menurun (penjual tidak mahu membekalkan pada harga yang lebih rendah)
Jadi didalam dagangan (trading) dan struktur pasaran, dapat kita simpulkan harga naik untuk mencari penjual dan kemudian turun untuk mencari pembeli. Kita akan bincangkan lebih lanjut tentang Supply & Demand dalam topik yang seterusnya.
Harga saham untuk sesuatu kaunter saham tidak akan bergerak tanpa kuasa kewangan besar yang mengerakkannya. Mereka ini dikenali sebagai Smart Money atau Operator.
Terdapat empat jenis fasa dalam struktur pasaran iaitu :
- Fasa Pengumpulan (Accumulation)
- Fasa Trend Menaik (Mark Up)
- Fasa Pengagihan (Distribution)
- Fasa Penurunan (Mark Down)
Penerangan yang lebih mendalam tentang fasa – fasa di atas boleh baca pada entry yang bertajuk “Fasa – Fasa Dalam Struktur Pasaran“.
Untuk arah aliran (trend) dalam struktur pasaran terbahagi kepada tiga jenis trend iaitu :
- Arah Aliran Menaik (Uptrend)
- Arah Aliran Menurun (Downtrend)
- Arah Aliran Mendatar (Sideway)
Penerangan yang lebih mendalam tentang trend – trend di atas boleh baca pada entry yang bertajuk “Arah Aliran Trend Dalam Struktur Pasaran“.
Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang Struktur Pasaran (Market Structure) dan Teknik Trade Breakout, boleh klik pada image di bawah :
PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/