Bagaimana Hendak Mula Trade di Pasaran Saham (Bursa Malaysia)? Memang ramai yang berminat untuk melabur saham tetapi masih tertanya-tanya tentang cara untuk melabur. Disini kami akan terangkan apa yang perlu anda tahu tentang pelaburan saham. Semoga bermanfaat ya.
1. Langkah pertama untuk masuk ke pasaran saham adalah anda perlu mempunyai akaun CDS dari mana-mana bank pelaburan seperti UOB, MPlus, Hong Leong, Kenanga, MayBank, Cimb dan sebagainya.. Anda perlu mencari remiser dari bank pelaburan untuk membuka akaun CDS. Jika anda ingin membuka akaun CDS dari UOB Bank, boleh hubungi kami ya. Kami sangat syorkan akaun CDS UOB Bank kerana ada banyak fungsi-fungsi yang menarik. KLIK SINI untuk langkah – langkah buka akaun CDS UOB secara online.
Boleh juga tonton video di bawah untuk penerangan tentang 3 persoalan yang selalu ditanya tentang trade saham.
2. Pastikan anda faham cara bagaimana untuk membuat pembelian (Buy) dan menjual (Sell) di mana-mana platform anda menggunakan. Minta remiser anda memberikan penerangan dan tunjuk ajar tentang kedua-dua fungsi ini ya.
3. Terdapat lebih 1,000 stok (kaunter) yang anda boleh trade di pasaran saham KLCI dan hampir 650 daripada stok (kaunter) ini patuh syariah. Jadi cuba fahami dan kaji semua ini ya. Tapis dan buat senarai pendek kaunter / stock yang menarik dan sedang mendaki ke atas (uptrend). Bagi yang masih baru dalam dunia pelaburan saham elakkan kaunter-kaunter downtrend ya sebab sangat bahaya. Bagaimanapun, untuk menapis kaunter dan buat kajian memerlukan usaha dan masa. Tiada jalan pendek untuk berjaya. Anda juga perlu pisahkan kaunter-kaunter pilihan anda mengikut sektor. Terdapat 10 sektor utama di Bursa Malaysia iaitu sektor Construction, Consumer, Finance, Industrial Products, Industrial, Plantation, Properties, Reit, Technology dan Trading/Services. Anda juga perlu belajar bagaimana untuk membaca, mengkaji dan analisis chart dan juga candlestick pattern dan chart pattern agar anda tahu pergerakan serta potensi sesuatu kaunter.
4. Banyakkan sertai perbincangan tentang ilmu pelaburan saham supaya anda lebih faham dan dapat menambah ilmu dalam melabur saham. Ilmu pelaburan saham terlalu banyak dan meluas. Jangan pernah berhenti dari belajar. Belajar saham kadangkala tak perlu keluarkan modal pun. Cuma kena tahu tempatnya sahaja.Cuma kalau ada modal lebih, boleh juga sertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan yang kami anjurkan. Pembelajaran berterusan. Atau boleh juga sertai sesi Personal Coaching untuk pembelajaran one to one. Klik image dibawah untuk maklumat lanjut.
5. Cari teknik sesuai dan selesa untuk diri anda mengkaji kaunter saham. Terdapat banyak teknik dan kaedah tapi cukup jika anda dapat memahami dan memahirkan diri dalam dua atau tiga kaedah sahaja. Sudah mencukupi untuk membuat keuntungan dan mengurangkan kerugian didalam pelaburan anda. Perlu diingat pelaburan saham seperti perniagaan. Pasti ada masa untung dan ada masa rugi. Jangan pernah putus ada. Sentiasa berusaha agar anda dapat memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian. Diluar sana, terdapat beberapa golongan pelabur. Sesetengah pelabur menggunakan analisis teknikal tanpa sebarang persefahaman tentang analisis fundamental. Sesetengah menggunakan analisis fundamental tanpa sebarang persefahaman analisis teknikal. Sesetengah orang hanya menjadi pelaburan jangka panjang antara 6 bulan hingga bertahun dengan melabur saham pada kaunter yang memberi pulangan dari hasil dividen yang tinggi dan kaunter yang baru mula menukar trend dari downtrend ke uptrend. Terdapat juga yang membuat pelaburan jangka sederhana iaitu melabur sesuatu kaunter antara 1 bulan hingga 3 bulan. Beli saham dan simpan selagi saham tersebut tidak patah trend dan hanya menjual jika trend berubah. Sesetengah orang juga memasuki pasaran saham sebagai trader aktif dan jangka pendek. Membeli dan menjual saham dalam sepantas 5 minit dan paling lama memegang kaunter saham dalam masa 3 – 7 hari. Ada juga yang jenis see money take money (SMTM). Selalunya menggunakan teknik fast in fast out (FIFO). Asalkan untung terus jual. Jadi, ada macam jenis pelabur yang memasuki pasaran saham Anda boleh tentukan anda jenis yang mana. Tapi, jika masih baru jangan terburu-buru untuk menjadi pelabur aktif ya sebab takut nanti modal makin menyusut akibat selalu kerugian. Untuk menjadi pelabur aktif anda perlu mengukuhkan ilmu dan memantapkan teknik pelaburan terlebih dahulu.
6. Faktor utama anda membeli sesuatu kaunter saham adalah untuk menjana keuntungan. Jadi, adalah penting untuk anda memahami tentang trend pergerakan saham sesuatu kaunter, aras sokongan dan juga aras rintangan. Anda juga perlu mengkaji chart pattern seusatu kaunter supaya anda boleh tentukan target price yang paling tinggi sesuatu kaunter itu boleh mendaki. Teruskan mengikuti artikel – artikel penulisan di website ini ya. KLIK SINI untuk artikel pembelajaran saham. Kami akan kongsikan dari masa ke semasa teknik – teknik trade saham dan bagaimana untuk menjadi seorang pelabur yang berilmu.
7. Anda pelu menjadi seorang yang sangat berdisiplin ketika trade di pasaran saham. Jangan sesekali tamak dan tewas dengan emosi. Jangan ada teknik harapan. Setiap kali sebelum membeli sesuatu kaunter, anda perlu membuat kajian yang mendalam. Kaji company fundamental, bila next QR, any latest news, study chart & candle pattern dan yg paling penting study support & resistance dan dimana best entry. Tiap-tiap kemasukan untuk satu kaunter anda perlu tetapkan STOP LOSS. Ikut trading plan ada dengan sangat disiplin. Jangan sesekali teragak-agak dalam mana-mana pelaburan anda. Kalau dah bocor support, terus cut loss. Terima dan akui kerugian anda dan belajar daripadanya. Mengapa boleh rugi? Mengapa selepas anda beli harga turun. Pasti ada silap dimana-mana. Jangan sesekali kejar harga. Beli jika harga dekat dengan aras sokongan (support). Kalau dah terlepas dan harga naik laju. Biarkan sahaja. Tunggu turun semula baru masuk. Peluang di mana-mana. Ada beratus kaunter boleh pilih. Jadi kena sentiasa bersabar dan kerana disebalik kesabaran itu ada anugerah terindah. Jangan pernah putus asa. Rajin-rajin belajar dan bertanya didalam group perbincangan saha,. Untuk membina kekayaan didalam pasaran saham memerlukan jangka masa yang panjang. Tiada jalan mudah dan singkat untuk berjaya. Senang nak menang, pasti senang nak kalah sebab akan sebabkan kita cepat lupa diri dan lebih mudah lakukan kesilapan. Biar kejayaan itu datang dari kesakitan dan kesusahan kerana kita akan lebih menghargai kejayaan itu dan lebih berhati-hati didalam setiap tindakan. Jatuh sekali dan berkali-kali tetapi tetap berusaha untuk bangun, pasti satu hari anda akan jadi insan yang sangat berjaya. Konsistensi adalah kunci kejayaan di pasaran saham. Terus berusaha, belajar dan mantapkan teknik pelaburan.
8. Mulakan pelaburan dengan modal yang kecil dan lebih bagus jika anda rajin latih diri anda dan teknik pelaburan anda dengan membuat paper trade. Trade olok-olok tetapi seperti trade sebenar. Tentukan modal anda. Pilih kaunter yang menarik untuk di beli. Tentukan aras sokongan dan rintangan. Ikuti kaunter tersebut dan dari situ anda dapat lihat jika anda membeli dengan modal sebenar berapakah keuntungan dan kerugian yang anda akan raih. Jika sudah makin mahir dan yakin dengan teknik dan kaedah anda, cuba beli dengan modal sebenar. Jangan pernah tamak. Sebab paper trade dengan real trade sangat berbeza. Real trade anda menggunakan modal sebenar. Pasti tidak dapat lari dari emosi dan perasaan tamak. Belajar untuk mengawal rasa tamak kerana semakin anda tamak, semakin banyak anda kerugian diakhirnya nanti. Anda perlu siapkan diri dan mental anda untuk terima kerugiaan didalam pasaran saham ini. Ramai yang berjaya jana keuntungan yang banyak tetapi lebih ramai yang kerugian didalam pelaburan saham. Gunakan sedikit modal untuk buat bayaran ke kelas saham. Mantapkan ilmu dan teknik. Akan tetapi, jangan terpedaya dengan ayat-ayat marketing dan janji-janji manis dari penganjur kelas dan kursus saham. Ada kelas saham yang sangat mahal, kelas asas pun dah RM4,000 tetapi belum memberi jaminan selepas habis kelas anda boleh buat keuntungan berpuluh kali ganda dari harga kelas yang anda bayar. Sebaliknya ramai yang lebih banyak kerugian. Ramai yang termakan janji manis dan ayat marketing sehingga sanggup membayar sehingga puluh ribu ringgit untuk menyertai kelas asas saham. Kelas yang mahal belum tentu bagus dan hebat. Carilah kelas yang lebih murah tetapi pengisian yang lebih banyak dari kelas yang mahal tetapi kurang pengisian. Boleh juga subscribe video-video pembelajaran dan pemantapan ilmu di website ini. Selain itu, jemput juga serta kelas – kelas saham yang kami anjurkan dari semasa ke semasa ya.
9. Kepada yang baru berjinak-jinak dengan dunia saham, pasti perasaan nak beli banyak kaunter tu ada. Modal RM5000, tapi porfolio ada dekat 10 kaunter. Semua beli sikit-sikit dengan harapan kaunter untung boleh cover yang rugi. Itulah kesilapannya sebab bila beli banyak kaunter dalam satu masa dengan jumlah lot yang kecil, anda akan lebih terdedah kepada risiko kerugian. Anda perlu tunggu lama untuk sesuatu kaunter itu memberi keuntungan. Anda juga perlu ambil kira kos-kos lain yang terlibat didalam pembelian saham. Beli kaunter yang banyak juga sangat potensi untuk anda peram kerugian dengan harapan satu hari nanti akan naik semula. Bila dikira semula kerugian tu, habis terus dah semua modal dan anda berhutang pulak dengan KLCI. Amalkan pembelian satu hingga 3 kaunter sahaja dalam satu masa. Seeloknya beli 1 atau 2 sahaja. Lebih senang nak fokus. Beli kaunter dari sektor yang berlainan bagi pelbagaikan risiko anda. Jika anda beli 3 kaunter dari sektor yang sama dan sektor tersebut sedang dalam fasa pembetulan atau downtrend, pasti akan akan turut kerugiaan kesemuanya. Jika anda beli sektor yang berlainan akan mengurangkan risiko kerugian anda.
10. Akhir kata dari kami, sentiasalah rajin belajar tentang ilmu pelaburan saham ini kerana potensi untuk menjana keuntungan itu sangat besar jika anda melabur dengan ilmu dan teknik yang betul. Jangan terikut-ikutkan kawan dan juga membeli sesuatu kaunter itu kerana ada buy call. Ini kerana kawan anda atau buy call tu selalunya akan beli lebih awal dan akan jual bila dah sampai target. Anda pula tiada arah tuju. Akhirnya sangkut dipuncak dan kerugian makin bertambah dari sehari ke sehari. Membina kejayaan didalam sesuatu bidang tu adalah seperti hasil seni, ambil masa yang lama untuk menghasilkan seni yang halus dan terbaik. Kejayaan dalam pelaburan saham tidak datang dalam sehari, seminggu atau sebulan sebaliknya berterusan dan berpanjangan. Kalau anda labur saham atas niat nak “MAIN” saham, memang hasilnya main-main jugak. Trade di pasaran saham dengan niat untuk memberikan anda kekayaan dan kebebasan kewangan suatu hari nanti. Pasti akan lebih punya matlamat dan arah tuju.