Heikin Ashi merupakan salah satu daripada beberapa jenis candlestick yang boleh didapati daripada kebanyakkan chart. Heikin Ashi dikenali sebagai bar purata (average bar) di Jepun dan boleh digunakan bersama-sama dengan candlestick biasa untuk melihat trend dan juga meramal pergerakan harga seterusnya. Kebanyakkan trader membuat profit dengan mengikuti pergerakan trend, jadi adalah sangat penting untuk membuat ramalan pergerakan trend yang betul. Trend is your friend right? Jadi pilihlah kawan yang betul 🙂
Heikin Ashi chart boleh digunakan untuk mengekalkan posisi belian selagi ianya membuat trend ke atas dan boleh mula menjual apabila trend terhenti ataupun munculnya candle pertukaran trend. Teori tentang Heikin Ashi dan proses pembentukan candle boleh google sendiri ya.
Terdapat lima signal utama untuk menentukan trend dan signal belian atau jualan:
- Candle hijau yang besar dan mempunyai sumbu di bahagian atas yang kecil menunjukkan strong uptrend, kekalkan position dan biarkan profit terus membuat pendakian. Let your profits ride! Sumbu menunjukkan tekanan jualan.
- Candle hijau dengan sumbu yang panjang menunjukkan tekanan jualan berlaku. Seterusnya jika diikuti oleh candle yang kecil dan mempunyai sumbu atas dan bawah seperti doji, menandakan uptrend akan berakhir tidak lama lagi. Candle hijau yang agak besar tetapi mempunya sumbu diatas dan dibawah juga menunjukkan bahawa uptrend tidak cukup kuat.
- Candle dengan badan yang kecil dan mempunyai sumbu diatas dan dibawah menunjukkan perubahan trend bakal berlaku. Jika candle hijau makin lama makin kecil dan bersumbu seperti bentuk doji, boleh la keluar dari posisi (sell) kerana kemungkinan trend menaik bakal berakhir dan bertukar kepada trend menurun tak lama lagi.
- Candle merah dengan sumbu dibawah menunjukkan kaunter downtrend dan bearish. Makin besar candle dan makin kecil sumbu, menunjukkan bahawa kaunter tersebut strong bearish / downtrend.
- Candle merah dengan badan yang kecil dan sumbu yang panjang menunjukkan tekanan belian dimana bull sedang cuba mengalahkan bear dan kemungkinan downtrend / bearish bakal berakhir dan bull bakal mengambil alih.
Lebih mudah kalau boleh tengok chart kan? Berikut adalah perbandingan diantara candlestick biasa dengan candlestick Heikin Ashi.
Perbandingan diantara chart normal candlestick dengan chart heikin ashi candlestick. Heikin ashi boleh nampak dengan lebih jelas kan pergerakan trend dan dapat mengelakkan kita terpedaya dengan fake reversal candle / signal.
Perbandingan chart antara Heikin Ashi dengan normal candlestic. Nampak lebih jelas kan pergerakan chart dan juga sifat candle berbanding dengan normal candle. Semoga perkongsian ini bermanfaat.