Ramai trader yang keliru dan masih belum mahir dalam penggunaan “Time Frame” semasa membuka dan mengkaji chart sesuatu kaunter saham. Apa itu time frame? Time frame merupakan sela masa yang digunakan untuk seseorang melihat chart. Singkatan Time Frame = TF. So, kalau buka chart TF 30 saat pun ada. Tapi, biasanya ramai yang melihat TF1mnt, TF5mnt, TF15mnt, TF30mnt, TF1jam, TF2jam, TF4jam, TF daily, TF weekly dan TF monthly. Banyak kan? Tu yang serabut nak tengok mana satu time frame yang sesuai.
Biasanya yang suka swing, akan kaji chart time frame monthly , weekly dan mencari entry di chart daily. Lebih mudah melihat sejauh mana kaunter itu boleh pergi dengan melihat chart TF weekly. Cuma weekly ni better kaji chart lepas market tutup Jumaat sebab candle baru siap hari Jumaat. So, boleh ambil masa Jumaat – Ahad untuk kaji kaunter dengan chart time frame weekly. Kalau dapat jumpa chart yang baru nak start jalan di TF weekly, memang lazat. Berminggu-minggu boleh swing dengan penuh ketenangan. Cuma, trading plan tetap kena ada. Membeli sesuatu kaunter saham tanpa trading plan, umpama menikam nombor ekor. Akan selalu kecidukan. Ok, cuma yang kami perasan, ramai trader tak tengok pun weekly chart. Sebab apa? Sebab nak cepat kaya. Kalau boleh hari-hari nak tekan buy, hari-hari nak profit. Cuma percayalah. Jarang boleh kaya dengan bersaham kalau hari-hari nak tekan buy. Yang kaya sebenarnya remiser. Sbb setiap kali kita tekan buy dan sell, untung ke rugi ke, remiser tetap dapat komisyen.
Trader harian (daily trader) biasanya akan tengok chart daily. Pandangan dia satu candle ke hadapan or paling-paling pun 3 – 4 candle. Tak jauh permandangan dia. Sebab mengejar candle hijau. Tiada kesabaran menunggu chart mendaki ke atas. Jadi, sebagai trader harian bila nampak chart daily cantik, akan tengok chart TF 1jam dan juga TF30mnt. Kalau dua-dua TF ni pun cantik, akhirnya buka chart TF5mnt untuk cari entry terbaik. Ramai yang silap sebab daily nampak cantik terus tengok chart TF5mnt, tak tgk chart TF30 mnt dan TF 1jam. Kalut nak kejar profit, laju naik sudahnya ngam-ngam lepas tekan buy & matched, laju kaunter tu junam. Karangan panjang lebar pun, payah nak faham kan? better lukis lagi senang faham. So, mari kita tgk contoh chart.
Ini contoh chart weekly yang baru nak start jalan. Nampak cantik tak? Masuk dkt tapak ni. DTL 2yrs dah breakout. DTL 1yr (line oren) pun baru je breakout minggu sebelumnya. Tu yang candle terakhir sebatang hijau dia kasi. Volume pun padu. Kalau gini punya candle & volume, potensi minggu seterusnya akan sambung bullish. Guna EMA50 sebagai support. Ikutkan chart ni, EMA50 di 0.345. So, selagi tak bocor 0.345 secara teorinya boleh la hold / swing. Tapi andaikata tiba-tiba bocor, cut je la. Cari kaunter lain. Target pertama EMA200. Pada chart ni EMA200 di 0.485. So, rintangan atau aras target adalah di 0.485. Reward 0.485 – 0.370 = 0.115. Contoh buy harga closed 0.370. Beli 100 lot, modal RM3700 dah profit RM1150. Dlm 40% jugak ROI. Sebatang candle hijau last tu bernilai 0.065 sen. Kalau tgk chart TF5 minit saiz candle nmpk sama tapi nilai 1 sen je. Ok, tgk daily chart pula.
Kalau tengok chart daily, boleh entry lebih awal. Guna EMA50 juga sebagai support. Contoh di chart support 0.305, jadi boleh jadikan Entry Price (EP) di 0.310. Jadikan target EMA200 di 0.345. So, Reward 0.345 – 0.310 = 0.035 sen. Beli 100 lot untung dah RM350. Seterusya bila dah pecah 0.345, boleh hold dan swing ke aras target weekly tadi iaitu di 0.485. Reward 0.485 – 0.310 = 0.175. Beli 100 lot, dah profit RM1750. Sela masa utk sampai target maybe dalam 2 minggu – 1 bulan. Ok la tu. Sebulan tunggu ROI 50% better dari simpan ASB 5% je setahun. Untuk chart daily kita scan hari-hari. Kalau pada chart EMA200 adalah di 0.340 tapi ada resistance candle daily di 0.345, sebab tu set alert di 0.350 sbb dah breakout resistance + EMA200. Boleh faham kan? kalau tak faham boleh tanya di bahagian komen ya.
Siapkan line resistance siap-siap. Senang nanti market dah buka bila alert keluar dah tau kat mana nak tekan buy, kat mana nak tekan sell. Untuk yang scan chart daily ni selalunya trader yang short term. Ayat glemer, “see money take money, (SMTM)”, fast in fast out (FIFO), intraday trade. Gitu la. So, targetnya tak banyak. Asalkan profit je dah happy. Pantang hijau, laju je tekan sell. Cuma rewardnya sikit je la. Biasanya 0.005 – 0.03 sen je targetnya.
Ini chart TF1hr. Kita dapat lihat masa opening price cross up 0.345. So, boleh la jadikan 0.345 sebagai support, buy di 0.350. Ni, contoh simple je. Kalau nak lebih yakin masukkan la indicator-indicator yang biasa guna. Ok, boleh chart TF1hr dah cantik, tengok pulak chart TF30mnt dan untuk confirmation. Dah juga TF5mnt untuk best entry. Kami masukkan indicator bollinger band, slowso, MACD & SAR untuk tengok signal chart.
Semua indi pun buy signal di chart Time Frame 1 jam (TF 1hr). Baru la tambah yakin nak tekan buy. So, tengok pula chart TF30mnt.
Daripada chart TF30mnt kita boleh nampak market open je terus kasi sebatang candle hijau. Kalau buy guna TF30mnt, mesti akan beli harga agak tinggi iaitu di 0.360. Bila awal pagi dah sebatang lemang, untuk cari entry better tengok chart TF5mnt, sebab selalunya mesti akan turun kejap. Kalau masih ada kekuatan, akan sambung naik lepas tu.
Daripada chart ni boleh nmpk kenapa ramai sangkut bila beli di awal pagi masa market open. Sebab tu paling bagus nak tekan buy lepas pkl 9.30pagi or better area pkl 10.00am – 11.00am. Market lebih stabil. Ini kerana wujudnya klan BTST (Buy Today Sell Tomorrow). Diorg ni kejar profit 1-2 sen je. Petang semalam dah siap Q sell dkt dengan R. Tu sebab awal pagi laju naik, laju junam. Kalau perasan, Indicator pun banyak signal buy sell kalau guna time frame TF5mnt. Kejap buy signal kejap sell signal. Serabut tengok kan. Ini dinamakan noise. Sebab tu lebih tenang nak tengok chart TF30mnt dan TF1hr. TF5mnt ni untuk yang layan FIFO je. Target reward 0.005 – 2 sen.
Dekat bawah ni contoh chart FIFO TF5mnt.
Contoh FIFO guna slowso. Dah oversold, cari entry. contoh FIFO 2 EP 0.810, TP 0.850. Profit 4 sen dalam masa lebih kurang 30 minit.
Untuk pembeajaran lebih mendalam tentang Penggunaan Multiple TIme Frame Dalam Kajian Analisis Chart Saham, boleh tonton video di bawah ini ya :
Ok la. Panjang lebar pulak entry kali ni. Semoga boleh faham dan memberikan manfaat la ya. Jemput kongsikan dengan rakan-rakan yang trade saham juga. Kena banyak latihan. Tapi, kesimpulan dari cerita panjang lebar ni, paling tenang sebenarnya trade guna chart weekly. Reward pun besar. Hari pun tenang. Selamat berdagang. Jangan pernah malas untuk belajar. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Untung, rugi, sangkut puncak, terkena kompangan dan sebagai tu adalah proses untuk membentuk diri menjadi trader yang berjaya. Good luck. Kalau ada apa-apa nak bawa berbincang, boleh la komen dkt bawah ya.
Pingback: Fahami Tentang Aras Sokongan, Aras Rintangan, Trading Plan dan Aras Sambutan - Teknik Trade : Ichivergence Hunter