Adalah penting untuk mempelajari teknik entry terbaik sebelum membuat sebarang pembelian kaunter saham begitu juga pentingnya untuk mempelajari dan mengetahui bilakah perlu menjual atau exit sesuatu kaunter. Ini untuk mengelakkan daripada mengalami kerugian yang lebih besar dan juga untuk memaksimumkan keuntungan. Pertamanya, jika sesuatu kaunter itu sudah membuat kenaikkan yang banyak dan makin ramai yang menyebut kaunter tersebut di group-group telegram saham dan juga di facebook, maka kaunter tersebut sudah berada di akhir kenaikkan dan akan membuat penurunan samaada pembetulan harga ataupun terus turun.
Kedua dan seterusnya, kami akan kongsikan bila perlu tekan sell atau exit berdasarkan analysis teknikal dan candlestick pattern.
1. Mengunakan indicator Bollinger Band
Bollinger band merupakan indicator yang digunakan secara meluas diseluruh dunia. Kebiasaannya harga / candlestick akan berlegar-legar di dalam bolinger band dan sesekali akan terkeluar ke atas atau terkeluar kebawah. Jadi, jika candle terkeluar di atas bolingger band, ketika itu kita perlu menjual dan secure profit terlebih dahulu kerana harga akan turun selepas itu. Ada banyak teknik trade dengan bollinger band, boleh buat bacaan dan boleh juga datang ke kelas technical analysis yang kami anjurkan ya. Contoh chart boleh tengok di bawah ya. Lebih jelas. Kalau minat nak belajar tentang Teknik Trade Dengan Bollinger Band : Basic to Advanced, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


2. Berdasarkan candlestick pattern. Daripada candlestick pattern juga dapat tentukan samada harga akan turun atau akan meneruskan kenaikkan. Berikut adalah candlestick untuk bearish reversal yang menunjukkan harga akan memulakan penurunan terutamanya apabila harga telah naik beberapa hari atau telah naik banyak. Jika candlestick seperti dibawah muncul dipuncak kenaikan disokong oleh volume yang besar tandanya harga akan turun dengan banyak. Jika berminat untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan Candlestick Pattern, boleh KLIK SINI ya.


3. Menggunakan EMA200 sebagai aras rintangan terkuat. Kebisaannya jika harga berada di bawah EMA200 dan sedang membuat kenaikan, ianya akan terhenti di EMA200 dan akan turun sementara. Jika masih mempunyai kekuatan, akan meneruskan kenaikkan. Jadi, boleh sell atau exit terlebih dahulu jika harga sudah menyentuh garisan EMA200. Untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan Moving Average, boleh KLIK SINI.

4. Sell atau exit apabila harga tidak berjaya memecahkan aras rintangan terutamanya aras rintangan terkuat.

5. Apabila munculnya Bearish Divergence pada chart. Bearish Divergence bermaksud pergerakkan harga bergerak berlawanan dengan gerakan indicator. Apabila harga menaik, tetapi gerakan indicator menurun, maka itu tandanya kekuatan menaik dan momentum sudah melemah. Tidak berapa lama selepas itu, harga akan mula turun. Jika dapat memahami tentang setup divergence, maka dapatlah elakkan tersangkut dipuncak bagi yang baru nak entry dan boleh secure profit jika tengah hold kaunter tersebut. Untuk belajar tentang Setup Divergece : Belian Di Tapak, Jualan Di Puncak (Low Risk, High Rewad), boleh KLIK DISINI ya.
6. Fahami tentang struktur pasaran. Lebih mudah untuk melihat kelemahan yang muncul dalam sesuatu fasa kenaikkan. Boleh KLIK SINI untuk baca tentang Struktur Pasaran (Market Structure). Chart dibawah ini adalah chart pada time frame 30mnt. Dapat dilihat munculnya kelemahan gerakan semasa dalam bulatan di chart.

Zoom ini chart. Ada 3 tanda kelemahan pada chart. Jadi, di kawasan ini sudah boleh secure profit (jual) terlebih dahulu untuk maksimumkan keuntungan.

Dibawah ini pula adalah daily chart. Boleh lihat pembentukkan market structure dan kelemahan yang menyebabkan kepada harga membuat penurunan. Cuma kaunter ini masih dalam fasa uptrend kerana belum bocor aras Higher Low yang terakhir. So, masih ada peluang entry on reversal. Paling penting dah secure profit di puncak.

7. Sell dan exit bila dah sampai aras target berdasarkan trading plan yang disediakan semasa membeli kaunter. Cuma kena redha dan hati terbuka jika harga sambung naik. Yang penting dah secure profit. Tapi, lebih lega bila ngam lepas exit, kaunter start turun. Sebab kadang-kadang tu, lepas exit / sell masih intai – intai lagi kaunter tu. Nampak macam nak sambung naik, terus tekan buy. Tu yang sudahnya tersidai dekat puncak. Kena ada matlamat dan strategi dalam bersaham. KLIK SINI untuk baca tentang Trading Plan dan Trading Strategi.
8. Pasaran saham Malaysia sangat sensitif dengan news. Biasanya kita selalu dengar tentang “Buy on Rumors, Sell on News”. Harga akan mula naik berdasarkan khabar-khabar angin sesuatu kaunter itu akan mendapat projek baru, QR report yang cantik, pemberian bonus dan dividen dan sebagainya. Harga akan mula turun pada hari keluar news yang mengesahkan khabar angin tersebut.