+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kita biasa dengar tentang pelaburan emas dan selalu nampak iklan-iklan daripada agen-agen jualan emas samada online atau fizikal. Macam-macam ayat yang digunakan, ada juga yang guna teori konspirasi dan juga cerita-cerita yang menakutkan kemudian iklan “mula simpan emas, bila lagi nak tunggu nanti harga naik baru rasa rugi sebab tak beli sekarang”..cuma tu la tu, yang buat iklan-iklan tu faham tak apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakkan naik turun nilai / harga emas? Selain itu, apakah yang kita boleh lihat daripada chart dagangan emas. Jika faham lihat chart, lebih mudah untuk predict waktu yang paling sesuai untuk mula membeli dan menyimpan emas untuk tujuan pelaburan. Untuk penulisan kali ini kami kongsikan beberapa faktor yang mempengaruhi nilai harga emas. Semoga bermanfaat.

NILAI US DOLLAR DAN KADAR TUKARAN WANG 

Harga emas dipengaruhi dan didominasikan oleh nilai U S Dollar. Secara amnya, hubungan antara emas dan US Dollar adalah berkadaran songsang. Jika nilai US Dollar mengukuh maka harga emas akan melemah, turun dan lebih terkawal. Begitu juga sebalinya, kejatuhan dolar AS mempunyai kecenderungan untuk menolak harga emas lebih tinggi kerana mata wang dan komoditi lain di seluruh dunia meningkat dalam nilai apabila dolar jatuh. Disebabkan itu juga, harga emas mengukuh dan naik melalui peningkat permintaan. Ini adalah disebabkan, minat untuk membeli lebih tinggi kerana lebih banyak emas boleh dibeli akibat harga yang rendah. US Dollar yang lebih lemah pada 2016 telah menjadi faktor penting dalam mendorong harga emas lebih tinggi. 

Oleh sebab itu emas sering dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Inflasi mengakibatkan nilai matawang terutamanya US Dollar menurun dan sekaligus menaikkan harga emas. Untuk kadar tukaran matawang, peningkatan dalam kadar pertukaran akan menyebabkan kenaikan harga tempatan. Sebaliknya, ringgit yang lebih kukuh akan menyebabkan harga emas lebih rendah.

KADAR FAEDAH (Interest Rate) 

Kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat selalunya menjadi penunjuk ke mana arah harga emas. Kadar yang lebih rendah akan memperlihatkan peningkatan harga emas dan sebaliknya kadar yang lebih tinggi akan diikuti oleh harga yang emas yang lebih rendah. Kita dapat lihat, pada 15 Jun 2022, interest rate dinaikkan di US maka nilai emas makin menyusut hingga ke hari ini (9 Julai 2022). Secara logiknya apabila interest rate naik, nilai wang individu menyusut kerana perlu menggunakan lebih wang untuk membayar kadar faedah pinjaman. Jadi, wang lebihan dan simpanan berkurang, maka minat untuk melabur, membeli dan menyimpan emas akan berkurang. Apabila kurang minat belian (demand), supply over demand, maka harga akan jatuh. 

POLISI KEWANGAN (MONETARY POLICY)

Dasar monetari adalah antara pemacu penting harga emas. Dasar monetari mempengaruhi pertumbuhan bekalan wang yang seterusnya menentukan kadar inflasi (dalam jangka panjang). Emas pula dalam keadaan tertentu, digunakan sebagai lindung nilai kepada inflasi. Pertumbuhan bekalan wang dan pendirian bank pusat juga menentukan kadar pertukaran. Boleh baca tentang kadar tukaran wang dan untuk baca lebih lanjut tentang monitory policy boleh google ya. Keyword “effect monetary policy to gold price”. Satu lagi boleh search tentang “central bank reserve to gold price”.

EKONOMI GLOBAL

Kestabilan ekonomi akan memberikan kesan kepada harga emas. Jika ekonomi stabil, pendapatan akan bertambah maka ramai yang mampu untuk membeli emas. Begitu juga sebaliknya, jika berlakunya ketidakstabilan atau kemelesetan ekonomi, maka orang ramai akan lebih banyak berjimat cermat untuk kesinambungan kehidupan seharian. Jadi, jika ada iklan simpanlah emas atau belilah emas sekarang sebagai persediaan kepada recession / kemelesetan ekonomi, kena faham betul atau tidak perlu beli. Sebab apa, bila berlakunya recession, harga emas akan turut menjunan sebab supply over demand. Ramai menjual emas untuk ditukarkan kepada tunai. Seeloknya, jika ada banyak modal, tunggu la masa recession. Baru boleh beli emas dengan harga diskaun / jualan murah.

INFLASI 

Inflasi bermaksud kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Nilai matawang susut dan mengecil. Kita perlu guna lebih banyak wang untuk membeli sesuatu. Namun begitu, dari sudut pandangan lain, apabila berlakunya peningkatan kadar inflasi, ia akan memberikan maksud bahawa ekonomi tidak stabil dan juga nilai matawang menyusut. Peningkatan kadar inflasi akan meningkat kebergantungan kepada emas manakala penurunan kadar inflasi, akan menurunkan kebergantungan kepada emas. Kepada rakyat marhaen, apabila berlakunya inflasi, kita akan kekurangan duit. Tapi pada warga kayangan, mereka menukar nilai wang kepada emas. Ini kerana, emas dianggap sebagai tempat berlindung (kebergantungan / perlindungan kekayaaan) untuk mengharungi keadaan ekonomi tidak menentu. (boleh google : gold as save haven). Sebab itu harga emas tidak turun, stabil dan kadangkala meningkat semasa inflasi tinggi. Kerana ada demand / permintaan dari kayangan 😅

Sebab tu ada iklan menjual emas mengatakan “emas kalis inflasi”. Tapi, kalis inflasi kepada yang beli mampu beli1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram atau kepada golongan yang mampu membeli lebih dari 1kg emas dalam satu masa? Apabila inflasi tinggi, marhaen akan menjual emas untuk ditukarkan kepada tunai, manakala kayangan menukar tunai kepada emas untuk save haven. Boleh la tanya pada agen yang beriklan sebegitu, apa maksud “emas kalis inflasi”? Cuma inflasi hanyalah salah satu faktor dan bukanlah faktor utama kepada naik turun harga emas. Ini kerana inflasi sentiasa berubah berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.

FAKTOR GEOPOLITIKAL (GEOPOLITICAL FACTORS)

Faktor geopolitik yang menyebabkan situasi seperti krisis dan peperangan turut memberi kesan kepada harga emas secara positif kerana emas bertindak sebagai tempat simpanan selamat (save haven) dan juga menjadi pelindung kepada kekayaan (wealth protector).

 BARANG KEMAS DAN PERMINTAAN INDUSTRI

Permintaan barang kemas perhiasaan juga dapat menaikkan harga emas. Ini kerana semakin banyak permintaan (demand), harga akan semakin naik. Begitu juga dengan permintaan industri, emas digunakan untuk sektor pembuatan dan teknologi. Sebagai contoh didalam pembuatan peranti perubatan seperti “Stents” (utk perubatan jantung) dan juga barangan produk electronics. Dalam Iphone pun ada guna emas, sebab tu harga mahal kot 😄. Kenapa emas digunakan didalam produk elektronik terpilih? Ini kerana emas mempunyai tahap konduksi / pengaliran yang tinggi, mudah digunakan dan juga tahan hakisan / karat. Tapi demand bergantung kepada keadaan ekonomi, jika ekonomi bagus, demand lebih banyak maka harga emas akan naik lebih tinggi. Begitu juga sebaliknya. 

PERLOMBONGAN EMAS

Ini mungkin tidak ramai yang pandang dan ambil kira tapi sekian lama emas di gali, kemungkinan emas dekat dengan permukaan bumi dah semakin habis dan perlu menggali dengan lebih dalam dan mencabar. Mungkin suatu hari nanti emas akan makin sukar untuk dilombong, maka ini akan melonjakkan harga kepada nilai yang lebih tinggi atau sangat tinggi. 

Semoga bermanfaat. Jadi sebelum membuat keputusan untuk melabur emas, perlu tahu faktor penggerak dan juga bilakah waktu yang sesuai untuk membuat pelaburan. Kami lebih suka lihat chart jika ingin membuat keputusan pelaburan kerana pergerakkan chart merupakan ringkasan kepada news, rumors, emosi (takut, tamak, ragu-ragu) dan juga merangkumi faktor-faktor diatas. KLIK SINI untuk belajar tentang Analisis Teknikal (Chart). Jika harga emas meningkat, sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada kuanter – kaunter berkaitan emas yang didagangkan di Bursa Malaysia. Setakat yang kami tahu, kaunter – kaunter yang berkaitan dengan emas adalah POHKONG (5080), TOMEI (7230), YXPM (0250), BAHVEST (0098) dan MUIPROP (3913). Jadi, boleh la kaji chart kaunter berkaitan emas dan cari peluang untuk peroleh keuntungan.

Review Chart Emas pada 9 May 2023 di FB Page, klik see more untuk bacaan penuh :

Chart Gold setakat 20 May 2023. Reject aras rintangan 2076 – 2063 seterusnya turun untuk membuat pembetulan harga (correction). Adakah akan kembali menguji aras rintangan atau turun mencari trendline dan membentuk chart pattern tripple top, kita akan update chart seterusnya nanti.

1 comment on “Faktor – Faktor Mempengaruhi Nilai Harga Emas

  1. Pingback: Halatuju Gerakan Harga Emas (Gold) - Teknik Trade : Ichivergence Hunter

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights