Untuk melihat dan meramal halatuju gerakan harga Emas (Gold), kita boleh lihat chart CFD untuk Emas (Gold). Paling mudah, boleh buka chart di website Tradingview.com dan search Gold. Pilih Gold (US$/OZ). Harga Emas dalam US Dollar per Auns (ounce, Oz). Bila diconvertkan kepada gram bersama 1 Oz mewakili 28.3495 gram. Akan tetapi, untuk precious metals, conversion nilai Oz ke Gram sedikit berbeza. Untuk precious metal, kiraan menggunakan Troy Ounce. Nilai 1 Troy Ounce (t oz) bersamaan 31.103 gram.

Kami kongsikan bagaimana formula kiraan harga emas semasa berdasarkan harga Emas pada chart Gold. Harga bergerak dan berubah setiap saat. Kami bandingkan harga emas semasa dengan harga di website Public Gold. Untuk makluman, harga semasa di website Public Gold dikemaskini setiap 15 minit. Jadi, ada sedikit perbezaan. Kami buat perbandingan juga antara Ounce biasa dengan Troy Ounce. Nampak ada banyak juga perbezaan harga. Tetapi, bila guna Ounce biasa harga lebih kurang sama dengan nilai semasa harga Emas di website public gold. Mungkin ada parameter lain untuk kiraan harga emas semasa bila guna Troy Ounce. Mungkin peniaga emas boleh tolong terangkan di bahagian komen ya.

Kiraan harga emas menggunakan unit standard conversion Oz kepada gram :

Kiraan harga emas semasa menggunakan unit conversion Troy Ounce kepada gram :

Terdapat perbezaan yang ketara iaitu perbezaan sebanyak RM22.47 (RM310 – RM287.53) untuk 1 gram. Banyak juga tu. Untuk makluman, harga emas di chart gold Tradingview menggunakan unit Troy Ounce. Ok, kita harap ada yang sudi memberikan penerangan tentang isu ini di bahagian komen ya. Sebelum kita lihat chart Gold, ketahui juga apakah faktor – faktor yang menjadi pengerak turun naik harga ataupun nilai emas. Kami ada tulis satu perkongsian yang bertajuk “Faktor – Faktor Mempengaruhi Nilai Harga Emas”. Boleh KLIK SINI untuk baca ya.
UPDATE CHART WEEKLY GOLD PADA 4 MARCH 2024 (Untuk rekod analisis chart sebelum ini boleh scroll ke bawah ya)
Analisis Chart Gold – Weekly chart (sekadar analisis peribadi). Aras sokongan semasa 2076.28. Kalau berjaya bertahan diatas aras ini ada kemungkinan akan mendaki naik ke 2356.26. Ambil berapa lama tak pasti sebab chart weekly, so, pastinya lama😅 Cuma dah ada tanda – tanda kelemahan pada kekuatan bullish semasa. So, kalau bocor aras sokongan 2076.28, akan bertahan di kotak oren (2010.48 , 1974.73, 1936.62) Jika bocor juga 1926.62, akan kembali menguji aras sokongan di 1879.66. Aras sokongan 1879.66 ini adalah sokongan kuat untuk kekuatan bullish. Kalau tak berjaya bertahan, makanya harga emas akan kembali murah 😱


Kami ada kongsikan beberapa kali chart gerakan harga Emas (Gold) di Facebook Page milik kami dan yang terbaru boleh lihat dibawah ini. Untuk bacaan penuh, boleh klik pada See More. Alang – alang dah lawat FB Page, jemput – jemput la Like dan Folloiw page ya. Terima kasih.
Seterusnya, mari kita lihat chart Gold semasa iaitu pada 23 May 2023 pukul 10.30 malam. Daripada chart dibawah ini dapat kita lihat gerakan harga emas semasa iaitu buat masa ini berharga USD 1969.90 per Auns (Oz). Harga turun setelah mencecah harga tertinggi sepanjang zaman iaitu pada harga USD2081.82 per Auns (Oz). Aras sokongan semasa untuk gerakan harga emas adalah pada aras USD1960 per Auns (Oz), jika dapat bertahan pada harga ini ada potensi untuk harga emas kembali naik menguji aras tertinggi sekali lagi. Jika, tidak dapat dipertahankan maka harga emas akan turun lebih rendah mencari aras sokongan yang seterusnya iaitu pada aras yang lebih rendah.

Dibawah ini kami kongsikan perbandingan chart pada 9 May 2023 (posting di FB Page) dengan chart gerakan harga emas pada 23 May 2023. Dapat kita lihat, gerakan harga adalah seperti yang di analisis. Harga turun kerana gagal melepasi aras rintangan dan berpotensi membentuk chart pattern tripple top. Akan tetapi, jika harga berjaya naik melepasi aras tertinggi USD2081.82 per Auns (Oz), harga emas akan menjadi lebih mahal. Ada potensi mencapai harga RM400 per gram. Potensi kalau berjaya pecah aras tertinggi.



Mari kita lihat sejarah pergerakan harga Emas sejak tahun 1972. Pada tahun 1972, harga emas USD27 per Auns (Oz) sahaja. Skrg cecah USD2000 per Auns (Oz), Zaman mak – mak kita tahun 1980-an hingga 2000 harga emas sekitar USD300 – 500 per Auns (Oz). Dengan mengambilkira harga purata USD400 per Auns (Oz), selepas diconvertkan kepada gram dan RM dengan mengambil kira USD1 = RM3 pada masa itu, harga emas untuk 1 gram berharga sekitar RM42 per gram. Kalau ada 100 gram perhiasan emas, nilai masa itu RM4200. Tapi sekarang ini nilainya RM31000. Pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Itu baru kalau ada 100gram, bayangkan kalau ada sekilo atau 5 kg atau 10kg, berapa dah untung? Kira la sendiri. Hahaha. Keluar dah ayat agen – agen MLM dan seangkatan penjual impian. Cuma harus diingat, pelaburan yang panjang sela masanya. Lihat pada chart di bawah, Harga pernah cecah USD875 per Oz pada tahun 1980 dan harga kembali ke aras itu pada tahun 2009. Kena tunggu 29 tahun jugak kalau terbeli dipuncak dengan niat pelaburan. Pada tahun 2013 hingga 2019 pun sama. Harga emas bergerak sideway dalam range USD1100 – 1350 per Oz. Enam tahun pelaburan tidak mendatangkan hasil. Sebab tu, jika minat nak melabur, kena sedikit sebanyak belajar baca pergerakkan chart harga emas. Jika tidak pun, follow je FB Page kami sebab kami akan update gerakan chart harga emas dari semasa ke semasa.

Update aras Support dan Resistance (SnR) Gold pada 21 Ogos 2023.
GOLD Support and Resistance (SnR) by ichivergence_hunter on TradingView.com
Update gerakan chart Gold pada 30 September 2023 merujuk kepada garisan SnR pada 21 Ogos 2023 seperti diatas.

Ngam – ngam sampai aras R keras iaitu pada garisan Rintangan yang rapat (double line) kemudian jatuh menjunam mencari trendline. Nampaknya bocor jugak trendline cuma perlu tunggu next candle untuk confirmation. Adakah confirm bocor atau akan muncul reversal candle menolak naik candle ke atas trendline semula. Minat nak belajar teknik menggaris aras Support dan Resistance (SnR) yang tepat dan ngam – ngam sentuh? Boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua yang membaca. Jika rasa berguna dan bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ya. Yang curi copy paste pulak. Tak berkat nanti.