Pada 22 March 2023, Cloudpoint Technology Bhd (Cloudpt), penyedia penyelesaian teknologi maklumat,menandatangani underwriting agreement dengan M&A Securities Sdn Bhd sebagai persediaan untuk penyenaraian IPO Cloudpoint di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Cloudpoint tidak mendedahkan saiz IPO, tetapi berkata ia akan menggunakan hasil untuk meningkatkan operasinya dalam bidang permintaan tinggi (high demand area) keselamatan siber, rangkaian, awan dan penyelesaian perisian. Pelanggan yang menggunakan khidmat Cloudpoint terdiri daripada perusahaan besar, terutamanya dalam industri perkhidmatan kewangan, insurans dan telekomunikasi, serta penyedia perkhidmatan teknologi lain. Berita penuh, boleh KLIK SINI untuk baca.
Jika berita tadi tidak mendedahkan saiz IPO, pada 9 May 2023, Cloudpoint Technology Bhd (Cloudpt) melancarkan prospektus IPOnya dan mensasarkan untuk mengumpul RM40.4 juta daripada IPO. Syarikat itu berkata daripada hasil IPO kira-kira RM40.4 juta untuk membesarkan dan mempercepatkan perniagaannya dalam bidang high-growth areas of cloud and cybersecurity, RM13.3 juta akan digunakan untuk pengembangan perniagaan, termasuk membina pusat operasi keselamatan baharu, meningkatkan pusat operasi rangkaian sedia ada dan mewujudkan public cloud infrastructure yang baru. Sementara itu, RM15.8 juta akan digunakan untuk modal kerja, RM7.8 juta untuk pemindahan pejabat dan baki RM3.5 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.
IPO Cloudpoint (Cloudpt) memerlukan jumlah penawaran saiz 159.48 juta saham pada harga IPO 38 sen sesaham, di mana 53.16 juta saham akan ditawarkan kepada pelabur institusi dan terpilih, 26.58 juta saham akan disediakan kepada orang awam Malaysia melalui undian, 13.29 juta saham akan diketepikan untuk pengarah/pekerja yang layak dan 66.45 juta saham untuk pelabur yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Berita penuh boleh KLIK SINI untuk baca.
Permohonan untuk membeli IPO Cloudpoint bermula pada 9 May 2023 dan berakhir pada 15 May 2023. Tarikh pengundian (balloting) pada 18 May 2023. IPO Cloudpoint dijadualkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 29 Mei 2023. Pada 18 May 2023, Cloudpoint Technology Bhd mengumumkan IPOnya terlebih langgan (oversubscribed) sebanyak 112.94 kali oleh pelabur awam (rakyat Malaysia).
Dalam satu kenyataan akhbar, Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd (TIIH), mewakili Cloudpoint, berkata sebanyak 36,608 permohonan untuk 3.03 bilion saham baharu dengan nilai RM1.15 bilion diterima daripada orang ramai Malaysia. Harga IPO kini berada pada 38 sen sesaham. Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 20,448 permohonan untuk 1.35 bilion saham baharu diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 100.74 kali. Berita penuh boleh KLIK SINI untuk baca.
Hype sungguh IPO Cloudpoint ni. Sampai 112.94 kali oversubscibe. Menarik untuk diperhatirapat pada hari pertama didagangkan di Bursa Malaysia iaitu pada 29 May 2023. Biasanya kalau oversubscribe ni, harga akan dibuka tinggi. Sama – sama la kita perhatikan. Nanti kami update posting ini untuk apa yang terjadi pada hari pertama IPO Cloudpoint didagangkan. Harga IPO yang ditawarkan adalah RM0.380 atau 38 sen sesaham. Untuk target price, TP IPO Cloudpoint, (Cloudpt), tiga broker ada pengeluarkan report untuk target price iaitu RHB (0.68), TA Securities (0.73) dan HongLeong, HILB (0.77). Klik pada nama broker untuk baca report target price : RHB, TA Securities, HILB. Lain – lain broker house belum meletakkan target price, TP IPO Cloudpoint. Kami akan update di posting ini jika ada target price, TP dari broker house yang lain. Jadi, boleh la jugak kalau nak cuba teka berapakah harga opening dan harga tertinggi pada hari pertama didagangkan nanti. Nyatakan di ruangan komen.