+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

IPO Daythree Digital

Pada 31 May 2023, Daythree Digital Bhd menandatangani perjanjian untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd, Daythree Digital merupakan penyedia perkhidmatan perniagaan global, global business services (GBS) yang dipacu teknologi. IPO Daythree terdiri daripada terbitan awam (public issue) sebanyak 110.4 juta saham baharu. Daripada 110.4 juta saham baharu itu, 24 juta saham baharu akan disediakan kepada orang awam Malaysia (public offering) melalui pengundian, diikuti 12 juta saham baharu untuk pengarah dan pekerja kumpulan yang layak di bawah peruntukan Pink Form, manakala baki 74.4 juta baharu saham diperuntukkan untuk private placement kepada pelabur terpilih.

Daythree Digital focuses on customer experience (CX) lifecycle management services enabled by in-house developed digital tools, namely DAISY, FAITH and SAIGE. The company provides omnichannel CX, digital transformation and technology services to some of the leading brands in Malaysia. It serves clients across diverse industries, including energy and utilities, telecommunications and media, financial technology and financial services, construction, e-commerce and retail, health technology, as well as travel and hospitality. (Payah pulak nak translate :-))

Pengarah Urusan Daythree Digital Raymond Davadass berkata pelaksanaan IPO itu akan membolehkan syarikat itu menerokai pasaran modal ekuiti untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan masa hadapan. “Menurut laporan penyelidikan pasaran bebas, industri GBS Malaysia diunjur mengekalkan trajektori pertumbuhannya, dan dijangka berkembang daripada RM24.79 bilion pada 2023 kepada RM31.74 bilion pada 2027, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun 6.3 % dalam tempoh ini. Berita penuh boleh KLIK SINI untuk baca.

Seterusnya melalui news pada 21 June 2023, Daythree Digital menetapkan harga tawaran IPO sebanyak 30 sen / RM 0.30 per saham. KLIK SINI untuk baca.

Untuk target price dan fair value, setakat ini TA Securities meletakkan fair value Daythree Digital sebanyak 42 sen dan PublicInvest Research meletakkan fair value sebanyak 40 sen. Jika rakan-rakan trader mempunyai info untuk target price dan fair value oleh broker house atau bank yang lain, boleh tolong senaraikan di ruangan komen ya.

Seterusnya news pada 14 Julai 2023 menyatakan IPO Daythree Digital telah terlebih langgan (oversubscribed) sebanyak 129.20 kali. Nampaknya sangat ramai pelabur awam yang berminat dengan IPO Daythree Digital ini. Menarik untuk diperhatikan berapakah harga bukaan pada hari pertama didagangkan di Bursa Malaysia nanti. Dijangkakan IPO Daythree akan disenaraikan dan didagangkan di Pasaran Ace (Ace Market) Bursa Malaysia pada 26 Julai 2023. KLIK SINI untuk baca berita penuh.

Seterusnya kami akan post chart IPO Daythree selepas didagangkan nanti.

Daythree Digital menggunakan simbol Day3 dan code 0281. Status syariah. Pasaran ACE. Sektor Consumer Products and Services. Sub sektor Consumer Services.

Pada hari pertama disenaraikan dan didagangkan di Bursa Malaysia iaitu pada 26 Julai 2023, harga saham Day3 dibuka pada harga RM0.65 iaitu lebih dari 100% kenaikkan berbanding harga tawaran IPO pada harga RM0.30. Untung besarlah mereka yang berjaya subscribe IPO ini. Mencapai harga tertinggi dihari pertama pada harga 0.730, harga terendah 0.600 dan ditutup pada harga 0.625. Screenshot di bawah untuk kaunter Day3 pada hari pertama didagangkan pada pukul 10.50pagi.

CHART DAY3 selepas pasaran ditutup pada 28 Julai 2023.

Kemanakah halatuju yang seterusnya? Ke atas atau ke bawah? Kami akan update semula chart Day3 selepas 1 bulan. (Disclaimer : Sekadar pembelajaran)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights