+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

IPO DC Healthcare Holdings Bhd

DC Healthcare Holdings Berhad pada 30 May 2023 telah menandatangi perjanjian untuk penyenaraian IPOnya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia Securities Berhad. DC Healthcare menyediakan perkhidmatan perubatan estetik (aesthetic medical services), perkhidmatan perubatan am dan penjualan produk penjagaan kulit (skincare products). Klik sini untuk berita penuh.

Pada 26 Jun 2023, DC Healthcare melancarkan prospektus IPOnya dan menetapkan harga tawaran IPO DC Healthcare kepada RM 0.25 ataupun 25 sen sesaham dengan tujuan mengumpul RM49.81 juta untuk modal kerja dan pembayaran balik pinjaman. Pada pelancaran prospektusnya pada Selasa (27 Jun), kumpulan itu berkata bahawa RM17.01 juta atau 34.15% daripada jumlah yang diperoleh akan diperuntukkan untuk modal pusingan termasuk gaji kakitangan, bekalan perubatan dan bahan kegunaan dan RM6.24 juta (12.52%) untuk membayar balik pinjaman.

Ia juga memperuntukkan RM9.44 juta (18.95%) untuk menubuhkan lapan klinik perubatan estetik di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah, dan RM13.12 juta (26.35%) untuk membeli mesin dan peralatan perubatan. Baki RM4 juta (8.03%) adalah untuk perbelanjaan penyenaraian. Klik sini untuk berita penuh.

Dalam banyak – banyak IPO sebelum ini, IPO DC Healthcare ada news tentang penganalisis (analysts) yang mengesyorkan langganan IPO. “Two research houses have issued a “subscribe” recommendation on DC Healthcare Holdings Bhd, which is slated for listing on the ACE Market on July 17.”

Mercury Securities Sdn Bhd berkata ia menyukai DC Healthcare kerana “pelan pengembangan yang menarik dan keupayaan teknikal yang tinggi”, menjadikannya berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan pasaran perubatan estetik tempatan yang diramalkan oleh Protégé berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun enam tahun (CAGR) sebanyak 18.8% dari TK2021 hingga TK2027. Klik sini untuk berita penuh.

Untuk target price dan fair value IPO DC Healthcare, Mercury Securities Sdn Bhd memberikan fair value sebanyak 60 sen sesaham manakala Apex Securities Bhd memberikan fair value sebanyak 57 sen. Public Investment Bank Bhd (PIVB) pula meletakkan fair value yang lebih rendah iaitu 37 sesaham. Rakuten Trade pula meletakkan target price sebanyak 61 sen. Untuk broker house lain dan juga bank lain kami belum ada info untuk target price dan fair value DC Healthcare. Kalau ada nanti kami akan update dan kongsikan di sini.

Pada 7 Julai 2023, berita tentang IPO DC Healthcare terlebih langgan (oversubscribe) sebanyak 59.46 kali daripada 49.82 juta saham baharu yang ditawarkan pada 25 sen sesaham untuk langganan awam di bawah IPOnya. DC Healthcare menerima tempahan bernilai RM752.92 juta untuk tawaran awam permulaan (IPO) RM49.81 juta, dengan sejumlah 17,614 permohonan diterima untuk 3.01 bilion saham. Ramai yang berminat dengan IPO ini nampaknya. Klik sini untuk berita penuh. IPO DC Healthcare akan disenaraikan dan didagangkan di Bursa Malaysia pada 17 Julai 2023.

Pada hari penyenaraian DC Healthcare di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Julai 2023, harga sahamnya ditutup 20 sen lebih tinggi dari harga tawaran IPO, 25 sen dimana harga ditutup pada aras 45 sen iaitu 80% tinggi dari harga IPO. Kaunter ini menggunakan simbol DCHCARE dan Code 0283. Maka untung besarlah mereka yang berjaya melanggan IPO ini. Klik sini untuk berita penuh. Lain-lain news berkaitan dengan IPO ini adalah seperti di bawah (klik pada image untuk baca) :

Seterusnya oleh sebab kaunter telah didagangkan, maka sudah ada chart untuk IPO ini. Jadi, dibawah ini adalah chart IPO DC Healthcare selepas pasaran ditutup pada 21 Julai 2023.

Daily chart DCHCARE (0283) selepas pasaran ditutup pada 21 Julai 2023, 4 hari selepas disenaraikan. Kami gariskan harga tawaran IPO, harga fair value, harga target, harga tertinggi, terendah dan ditutup pada hari pertama didagangkan serta kami gunakan aras-aras candle hari pertama ini untuk aras target support dan resistance (SnR) yang seterusnya.

DISCLAIMER : Sekadar perkongsian tentang kaunter IPO yang baru disenaraikan dan juga untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap maklum.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights