Pada 9 Jan 2023, pemaju hartanah Radium Development Berhad mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Securiti (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan, Initial Public Offering (IPO) di pasaran utama (Main Market), Bursa Malaysia. Menurut syarikat itu, ia telah berjaya menyiapkan high-rise residential projects bernilai RM1.49 bilion nilai pembangunan kasar (GDV), yang kesemuanya terletak secara strategik di dalam bandar raya Kuala Lumpur.
Pada 31 Ogos 2022, projek yang telah siap ini – Vista Wirajaya, Vista Semarak, Platinum OUG Residence dan Vista OUG – telah dijual sepenuhnya, manakala Platinum Splendor Residensi Semarak mempunyai kadar penggunaan sebanyak 99.93%. Ia berkata ia sedang membangunkan projek dengan GDV terkumpul RM1.45 bilion, dijadualkan siap menjelang tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025. Bacaan sumber berita penuh, boleh KLIK SINI.
Seterusnya, berita tentang Radium untuk pre – IPO. Belum dilancarkan lagi masa ni. Tapi, news dah mula keluar untuk menarik minat pelabur. Boleh KLIK SINI untuk baca.
Pada 3 April 2023, barulah Radium Development Berhad menandatangani underwriting agreement dengan Malacca Securities Sdn Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd sempena tawaran awam permulaan (IPO)nya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Radium berkata pelaksanaan IPOnya melibatkan penerbitan awam sebanyak 868 juta saham baharu, mewakili 25% daripada modal sahamnya yang diperbesarkan. Syarikat itu berkata IPOnya adalah tersendiri kerana tiada komponen tawaran untuk jualan, dengan semua hasil IPO disalurkan kepada kumpulan. Perolehan IPO akan disalurkan terutamanya ke arah pemerolehan bank tanah dan perbelanjaan pembangunan, serta pembinaan hotel, sejajar dengan rancangan pengembangan perniagaannya.
Daripada 868 juta saham baharu yang akan diterbitkan, 273 juta saham akan disediakan kepada orang awam melalui pengundian dan 60 juta saham akan disalurkan kepada pengurusan kanan utama, kakitangan kumpulan dan rakan perniagaan yang layak, termasuk mana-mana orang lain yang menyumbang. kepada kejayaan kumpulan. Sebanyak 435 juta saham lagi akan ditawarkan melalui private placement kepada pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan baki 100 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur terpilih melalui satu lagi private placement. Bacaan penuh sumber berita boleh KLIK DISINI.
Pada bulan Feb 2023, Radium ada mengeluarkan IPO Factsheet seperti di bawah ini untuk ringkasan tentang syarikat, prestasi dan potensi. Boleh KLIK SINI untuk download Radium IPO Factsheet.
Pada 27 April 2023, Radium Development Berhad melancarkan prospectus IPOnya dan menetapkan harga IPO 50 sen per saham untuk mengumpul sebanyak RM434juta. IPO itu terdiri daripada terbitan awam sebanyak 868 juta saham baharu, atau 25% daripada modal sahamnya yang diperbesarkan sebanyak 3.47 bilion saham. Jangkaan permodalan pasarannya ialah RM1.73 bilion selepas penyenaraian. Berat jugak kaunter ni bila dah didagangkan di Bursa Malaysia nanti. Untuk bacaan penuh, boleh KLIK DISINI.
TA Securities meletakkan nilai saham Radium Development sebanyak 51 sen. Takkan 1 sen je dari harga IPO? Kita tunggu hari pertama didagangkan nanti. KLIK SINI untuk baca. Selain ini, tiada lagi target price Radium oleh broker house yang lain.
Pada 19 May 2023 telah keluar keputusan undian untuk permohonan IPO Radium Development Berhad untuk orang / pelabur awam. Keputusan yang jarang-jarang berlaku. Kadar kejayaan 100%. Bermaksud, semua orang yang apply berjaya dapat subscribe IPO Radium. Menarik untuk diperhatikan di hari pertama didagangkan nanti. Berapa agaknya harga yang akan dibuka dan kemana halatuju gerakannya. Boleh baca news ini (KLIK SINI) untuk keputusan pernohonan IPO Radium.
IPO Radium Development disenaraikan dan mula didagangkan di Bursa Malaysia pada 31 May 2023. Menggunakan simbol RADIUM dan code 5313. Patuh Syariah. Sektor dan sub-sektor Property. Pada hari pertama didagangkan dibuka pada harga RM0.35 iaitu lebih rendah dari harga tawaran IPO iaitu pada harga RM0.50. Maka, semua yang subscribe IPO Radium ini kerugianlah. Mencapai harga tertinggi di hari pertama pada harga 0.420 sebelum ditutup pada harga 0.385.
Chart di atas adalah Chart RADIUM time frame 1 minit (last candle minit ke 17). Daripada chart TF1mnt kita gariskan aras support dan resistance (SnR) semasa.
Chart daily RADIUM selepas pasaran ditutup pada 28 Julai 2023. Masih dalam range gerakan candle hari pertama disenaraikan dan didagangkan.
DISCLAIMER : Sekadar perkongsian tentang kaunter IPO yang baru disenaraikan dan juga untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap maklum.