Pada 30 March 2023, Edelteq Holding Berhad menandatangani perjanjian (underwriting agreement) dengan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (UOBKH) sempena penyenaraian IPO Edelteq pada bulan May 2023 di Pasaran ACE (ACE market) Bursa Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Edelteq berkata IPO itu terdiri daripada terbitan awam (public issue) sebanyak 100 juta saham baharu (mewakili 18.78% daripada modal saham kumpulan yang diperbesarkan) dan tawaran untuk penjualan 43.2 juta saham (atau 8.11% daripada modal saham yang diperbesarkan / enlarged share capital) melalui private placement kepada pelabur terpilih.
Daripada 100 juta di bawah terbitan awam, 26.63 juta akan disediakan kepada umum, diikuti oleh 10 juta saham kepada pekerja kumpulan yang layak dan mereka yang telah menyumbang kepada kejayaannya (pink form allocations), manakala baki 63.37 juta saham akan diserahkan kepada pelabur terpilih. UOBKH akan menaja jamin sejumlah 36.63 juta saham baharu yang disediakan kepada (umum) rakyat Malaysia dan peruntukan pink form allocations.
Edelteq terutamanya terlibat dalam penyediaan sokongan kejuruteraan untuk pemasangan litar bersepadu (IC) dan proses ujian dalam industri semikonduktor. Ia juga terlibat dalam perdagangan bekalan operasi, alat ganti dan alatan untuk pemasangan dan ujian IC. Pelanggan utama Edelteq merupakan syarikat multinational integrated device manufacturers and outsourced semiconductor assembly and test di Malaysia dan luar negara, termasuk negara seperti Singapura, Thailand, China dan AS.
Pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Edelteq Chin Yong Keong berkata kumpulan itu merancang untuk memperuntukkan sebahagian besar hasil IPOnya ke arah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatannya, dan untuk memperkenalkan produk baharu. Sumber dan berita penuh boleh KLIK SINI untuk baca.
Pada 9 May 2023, Edelteq melancarkan prospectus syarikat untuk penyenaraian IPO dengan menetapkan harga IPO pada nilai 24 sen per share. Ini akan menjadikan market capitalisation sebanyak RM127.81 juta semasa pembukaan IPO dengan enlarged share capital sebanyak 532.5 juta. Pada pelancaran prospektusnya, kumpulan itu berkongsi bahawa ia akan mengumpul sejumlah RM24 juta daripada IPO, di mana RM3.7 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan kilang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang, manakala RM3.1 juta akan digunakan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan, RM10.3 juta untuk membayar balik pinjaman bank kumpulan, dan baki RM3.6 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian. KLIK SINI untuk bacaan berita penuh.

Pada 16 May 2023, TA Securities tetapkan fair value Edelteq’s pada harga 33 sen, 9 sen tinggi dari harga tawaran IPO Edelteq iaitu 24 sen. KLIK SINI untuk bacaan news tentang ini. Selain ini, tiada lagi target price Edelteq oleh broker house yang lain.

Sepatutnya hari disenaraikan di Bursa Malaysia adalah pada 30 May 2023, akan tetapi oleh sebab ada isu CEO Edelteq iaitu Chin Yong Keong disaman oleh bekas majikannya iaitu Mi Technovation Bhd atas dakwaan pelanggaran kontrak pekerjaan dan penyalahgunaan proses undang-undang, maka tarikh penyenaraian ditunda kepada 7 June 2023.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu (20 Mei), UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd berkata pelabur yang ingin menarik balik permohonan mereka untuk saham tawaran awam permulaan (IPO) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk berbuat demikian dari 20 Mei hingga 5 petang pada Mei. 26. Sementara itu, pengundian saham akan dilakukan pada 30 Mei, manakala peruntukan saham kepada pemohon yang berjaya akan diadakan pada 6 Jun. Bacaan berita penuh, boleh KLIK SINI untuk baca.
Adakah kes undang-undang antara CEO Edelteq dengan Mi Technovation Bhd akan memberikan kesan kepada penyenaraian Edelteq di Bursa Malaysia? Adakah akan memberikan kesan kepada harga dibuka pada hari pertama disenaraikan nanti? Pelabur juga boleh menarik diri sebelum 20 May 2023. Menarik untuk diperhatikan kes ini untuk pembelajaran jika ada kes yang sama berlaku di masa hadapan.
Apa kata UOB? “Kami melihat litigasi antara [Mi Technovation] dan [Chin] sebagai perkara peribadi yang tiada kaitan dengan Kumpulan Edelteq. Pengumuman ini dibuat untuk memberikan maklumat tambahan melebihi apa yang telah disediakan dengan secukupnya dalam prospektus,” kata UOB Kay Hian, yang menaja Edelteq dalam proses penyenaraiannya.
Nanti bila sudah disenaraikan di Bursa Malaysia, kami akan update kembali posting ini untuk update harga dan chart hari pertama disenaraikan.
IPO Edelteq Holding Berhad disenaraikan dan mula didagangkan di Bursa Malaysia pada 7 June 2023. Menggunakan simbol EDELTEQ dan code 0278. Patuh Syariah. Pasaran ACE. Sektor Technology dan sub-sektor Technology Equipment. Pada hari pertama didagangkan dibuka pada harga RM0.75 iaitu kenaikkan melebih 200% dari harga tawaran IPO iaitu pada harga RM0.240. Maka, semua yang subscribe IPO Edelteq ini untung besarlah. Mencapai harga tertinggi di hari pertama pada harga 0.800 dan harga terendah 0.710 sebelum ditutup pada harga 0.730.

Chart di atas merujuk kepada chart time frame 5 minit pada hari pertama didagangkan (7 June 2023) beserta garisan support dan resistance.

Chart di atas adalah chart daily EDELTEQ selepas pasaran ditutup pada 28 Julai 2023. Kemanakah halatuju EDELTEQ seterusnya? Nanti kami akan update semula chart di masa akan datang.