+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Cara Mudah Kenalpasti dan Menggaris Aras Sokongan dan Rintangan (SnR)

Untuk perkongsian pada kali ini, kami ingin kongsikan tentang cara mudah kenalpasti dan menggaris aras sokongan dan rintangan (SnR). Aras sokongan (support) dan aras rintangan (resistance) adalah dua konsep asas dalam analisis teknikal. Memahami maksud istilah ini dan aplikasi praktikalnya adalah penting untuk membaca dan menganalisis carta harga dengan betul. Harga bergerak kerana adanya penawaran (supply) dan permintaan (demand). Apabila permintaan lebih besar daripada penawaran, harga meningkat. Apabila penawaran lebih besar daripada permintaan, harga menurun (jatuh). Kadangkala, harga akan bergerak mendatar (sideway) kerana kedua-dua penawaran dan permintaan berada dalam keseimbangan.

Aras sokongan dan rintangan (SnR) boleh didapati dalam semua tempoh masa (time frame) carta samada harian, mingguan dan bulanan. Untuk short term trade / fast in fast out (FIFO), boleh juga guna time frame yang lebih kecil / pendek seperti carta satu minit dan lima minit. Cuma semakin lama (besar) time frame, semakin kuat pengaruh sokongan atau rintangan. Untuk mengenal pasti sokongan atau rintangan, anda perlu melihat kembali sejarah gerakan chart dan taburan candle (scroll ke kiri) untuk melihat sejarah penurunan atau kenaikan harga yang lalu.

Semasa harga menurun, garis aras yang dilihat harga berhenti turun dan menguji aras tersebut sebelum membuat pantulan. Aras ini dikenali sebagai aras sokongan. Begitu juga dengan keadaan semasa harga menaik. Garis aras yang dilihat harga berhenti naik dan menguji aras tersebut kemudian membuat penurun. Aras ini adalah aras rintangan.

Selain daripada taburan candle, aras sokongan dan rintangan juga boleh didapati dengan menggunakan trendline dan juga indicator moving average. Kami ada sediakan video penerangan dan pembelajaran bertajuk “Cara Mudah Menggaris Aras Sokongan dan Rintangan (SnR)”. Video ini panjang juga sebab berdurasi 43 minit. Jadi banyak yang boleh dipelajari didalam video ini. Semoga bermanfaat dan jemput like video, subscribe Youtube channel kami sebagai tanda sokongan dan kongsikan dengan rakan – rakan yang lain. Scroll ke bawah untuk menonton video.

Kenali Keluarga Aras Sokongan dan Rintangan (SnR)

Support (S), Resistance (R) dan Resistance Become Support (RBS)

Support Become Resistance (SBR), Historical Resistance (HR) dan Historical Support (HS)

Trendline sebagai aras sokongan dan rintangan (SnR)

Moving Average sebagai aras sokongan dan rintangan (SnR)

Jemput tonton video di bawah ini untuk penerangan lengkap beserta contoh chart. Semoga bermanfaat.

Untuk Moving Average sebagai aras sokongan dan rintangan (SnR), jemput juga tonton video di bawah ini untuk penenangan yang lebih mendalam tentang Teknik Trade dengan Moving Average.

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights