Ramai yang tercari – cari teknik dan cara paling mudah profit trade saham sebab tidak dinafikan memang agak sukar untuk profit dengan konsisten dalam trading saham. Cuma ramai yang terlepas pandang teknik asas untuk menjana keuntungan dalam trade saham? Apakah itu? Cara paling mudah profit trade saham adalah carilah kaunter yang sedang buat gerakan uptrend iaitu gerakan menaik dan belajarlah teknik trade kaunter uptrend. Lupakan kaunter downtrend dan kaunter sideway. Fokus hanya pada kaunter uptrend sebab selagi kaunter itu tidak patah trend, ada banyak potensi dan lokasi untuk entry dan menjana profit. Emosi pun akan lebih tenang. Apakah yang perlu di fahami untuk trade kaunter uptrend?
Pertama sekali (1), perlu mahirkan diri dalam menggaris garisan trendline. Ada tiga jenis trend iaitu downtrend, sideway dan uptrend.
Keduanya (2), pelajari tentang teknik scan kaunter untuk kaunter yang sedang buat pertukaran trend dari downtrend kepada uptrend. Paling mudah boleh scan dengan Tradingview.
Ketiga (3), pelajari tentang dimanakah entry terbaik untuk kaunter yang baru buat pertukaran trend? Jangan tersalah entry, nanti akan tersangkut puncak walaupun kaunter uptrend. Bila rasa silap entry, lepas tu cut loss. Elok je cut loss, harga sambung gerak naik. Kenapa jadi macam tu? Sebab keywordnya adalah “UPTREND”. Cuma kaunter uptrend akan bergerak zigzag membentuk higher high dan higher low. Sebab itu penting untuk mencari lokasi entry yang terbaik. Jadi pelajari dan fahami teknik untuk entry kaunter yang baru buat pertukaran trend. Secara amnya, ada dua lokasi entry iaitu buy on dip (reversal) dan buy on breakout.
Keempat (4), pelajari dan mahirkan diri untuk menggaris aras Support dan Resistance (SnR) yang tepat jadi trading plan dan trading strategi anda akan turut mantap. Selain itu, pelajari tentang Aras Penentu Aras Tuju. Akan banyak membantu anda untuk mencari entry terbaik dan pada posisi terbaik sebelum membuat gerakan meroket ke atas. KLIK SINI kalau minat nak belajar tentang menggaris aras SnR yang mantap dan Aras Penentu Halatuju.
Kelima (5), pelajari dan mahirkan diri dengan teknik swing kaunter uptrend. Untuk menjana lebih banyak profit dalam trade saham, perlu beranikan diri untuk hold dan swing kaunter. Elakkan berjual beli kaunter saham dengan kerap kerana anda akan terdedah kepada 50% risiko kerugian setiap kali membuat belian kaunter saham. Selain itu, anda terpaksa untuk membayar brokerage dan transaction fees untuk setiap transaksi belian dan jualan kaunter saham. Walaupun jual kaunter saham pada harga belian, anda tetap akan rugi kerana perlu bayar brokerage dan transaction fees. Jadi, mahirkan diri dengan teknik SWING kaunter.
Keenam (6), pelajari tentang chart pattern. Untuk mengesan kaunter yang buat pertukaran trend, kena pelajari tentang chart reversal pattern seperti rounding bottom, cup and handle, double bottom, tripple bottom, inverted head and shoulder, triangle, falling wedge dan sebagainya. Selepas kaunter bergerak naik untuk membuat gerakan uptrend, pelajari tentang chart continuation pattern sebab kaunter uptrend membuat gerakan zig zag menaik. Ada fasa menaik dan ada fasa menurun untuk pullback atau retracement. Jadi pelajari tentang chart reversal pattern seperti flag pattern, pennant pattern, box pattern akan membantu untuk mencari entry reversal terbaik.
Ketujuh (7), pelajari tentang pullback pattern dan juga aras – aras sambutan. Jadi, dapat mencari entry terbaik apabila kaunter membuat reversal.
Kelapan (8), pelajari tentang indicator On Balance Volume (OBV), mudah untuk melihat kaunter yang sedang membuat fasa pengumpulan (accumulation) tetapi dalam masa yang sama sedang membuat setup gerakan menaik.
Kesembilan (9), pelajari tentang volume spike. Operator akan masuk lebih awal sebelum kaunter bergerak naik dan laju menyusuri garisan uptrendline. Kita dapat kesan gerakan operator dengan volume spike.
Dapat mahirkan diri tentang sembilan (9) perkara diatas, maka akan tercapai matlamat untuk mencari Cara Paling Mudah Profit Trading Saham. Kalau nak menjana profit yang lumayan dan konsisten dalam trading saham, kena serius, rajin belajar, rajin mantapkan ilmu dan rajin membuat kajian analisis kaunter dari semasa ke semasa. Minat nak tahu tak cara paling cepat dan pantas untuk pelajari tentang sembilan perkara diatas? Caranya adalah boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu “Teknik Trade Kaunter Pertukaran Trend dan Teknik Trade Kaunter Uptrend” dengan KLIK PADA IMAGE di bawah. Sangat berbaloi dan bermanfaat. Boleh ulang – ulang tonton sampai faham. Durasi video 2 jam 16 minit 24 saat.
Dapatkan percuma video pembelajaran dan pemantapan ilmu yang bernilai RM100 bertajuk ““Teknik Scan Kaunter Dengan Tradingview, dan Setup Trading Plan Berserta Kiraan Risk Reward Ratio & Money Management” sebagai pakej pembelajaran video “Teknik Trade Kaunter Pertukaran Trend dan Teknik Trade Kaunter Uptrend” di atas.