+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kenali Keluarga Candlestick Hammer

Sesi kenali keluarga candlestick hammer. Tahukah anda candlestick hammer mempunyai empat pattern dengan nama yang berbeza? Asalnya adalah candle hammer tetapi, ada candle solid hammer di tapak, hammer terbalik di tapak, hammer di puncak dan hammer terbalik di puncak. Keempat – empat pattern ini mempunyai nama yang berbeza akan tetapi fungsinya adalah sama iaitu sebagai Reversal Candle. Untuk hammer di tapak dan hammer terbalik di tapak atau juga dikenali secara commersial sebagai inverted hammer, kedua – dua pattern ini merupakan pattern bullish reversal candle. Iaitu potensi pertukaran trend gerakan harga semasa dari menurun kepada menaik. Manakala, hammer tergantung di puncak dikenali sebagai Hanging Man dan hammer terbalik di puncak dikenali sebagai Shooting Star merupakan bearish reversal candle. Bearish reversal candle menunjukkan potensi trend kenaikkan semasa sudah berakhir dan akan membuat pertukaran trend menurun.

Bullish Reversal Candle : Candlestick Hammer dan Inverted Hammer

Bearish Reversal Candle : Candlestick Hanging Man dan Shooting Star

Untuk penerangan lanjut tentang tentang keempat – empat candlestick pattern ini beserta contoh chart, jemput tonton video di bawah ini ya. Ketahui juga tentang bagaimana untuk tentukan validity atau mengesahkan pattern ini. Sebab ada juga yang fake. Selain itu, ketahui juga tentang aras target berdasarkan candlestick pattern ini. Semoga bermanfaat.

Semoga perkongsian dalam video di atas tentang keluarga candlestick hammer bermanfaat kepada semua rakan – rakan trader yang menontonnya. Jemput like video, subscribe youtube channel dan kongsikan dengan rakan – rakan trader yang lain.

Jika berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang Teknik Trade Dengan Candlestick, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu dengan klik pada image di bawah :

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights