+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Aras SnR Yang Tepat dan Aras Penentu Halatuju

Asas yang paling penting didalam membuat analisis teknikal chart dan trading plan adalah menggaris aras SnR yang tepat dan mantap. SnR adalah singkatan kepada Support and Resistance (aras sokongan dan aras rintangan). Dengan aras SnR yang tepat, maka trading plan juga akan mantap serta mudah untuk merancang trading strategi. Selain daripada aras SnR yang tepat, sebagai trader kita juga perlu tahu dan mahirkan diri dengan aras penentu halatuju. Tanpa mengetahui dan dapat mengenalpasti aras penentu halatuju, sukar untuk kita mencari entry yang tepat dan terbaik. Biasa terkena kan bila entry je kaunter tak gerak, kalau gerak pun tak kemana. Sideway je. Sebab apa? sebab belum lepas aras penentu halatuju. Selagi tak breakout aras penentu halatuju, selagi itulah sesuatu kaunter itu lemah dan bergerak sideway.

Contoh SnR yang Tepat dan Penentu Halatuju

Rujuk kepada SnR chart kaunter Bahvest pada 20 Jun 2023. Aras penentu halatuju seterusnya semasa itu adalah pada garisan merah putus – putus iaitu di aras harga 0.255. Aras sokongan kuat adalah pada garisan merah solid di 0.205, aras SnR adalah merujuk kepada garisan – garisan di chart. Garisan ungu di puncak pada aras 0.395 adalah aras rintangan (R) keras dan penentu halatuju seterusnya. Jika dapat melepas aras 0.395, maka harga akan terus naik mencari aras rintangan seterusnya. Jadi, range untuk gerakan Bahvest adalah antara support keras di 0.205 dan juga resitance keras di 0.395. Sebab itu untuk trading plan dan trading idea semasa terhenti setakat aras 0.395 kerana kita sedia tahu aras ini adalah aras R keras dan penentu halatuju. So, apa – apa hal kena lepaskan aras ini terlebih dahulu. Dapat breakout, baru kita garis aras R yang seterusnya. Kenapa nak garis awal – awal jika tak mampu nak lepas? Betul tak? Dalam trading, kena ada strategi. So, apa terjadi seterusnya kepada gerakan chart untuk kaunter Bahvest ini? (Disclaimer : Contoh chart dan kaunter sekadar contoh pembelajaran semata – mata. Harap maklum.)

Rujuk chart di bawah untuk gerakan penuh chart Bahvest selepas menyediakan trading plan dan garisan SnR pada 20 Jun 2023. Dua selepas itu, bocor aras penentu halatuju 0.255 dan menjunam sebatang lemang merah. Sebab itu, aras penentu halatuju sangat penting untuk dikenalpasti. Kemudian, candle (harga) membuat reversal dan naik semula ke atas aras sokongan keras sebelum itu iaitu pada aras 0.205. Maka, peluang kembali tercipta. Jadikan 0.205 sebagai RBS dan sokongan kuat. Kemudian monitor semua aras penentu halatuju di 0.255. Kali ini breakout disokong oleh volume dan solid candle. Terus bergerak naik menguji garisan – garisan rintangan yang ada. Dapat dilihat, memang ngam – ngam sentuh dan pantul garisan – garisan di chart sepanjang perjalanan naik menuju R keras dan penentu halatuju seterusnya di 0.395. Ngam – ngam sampai 0.395, then junam sehingga ke hari entry ini ditulis. Berhenti di garisan support. Jadi kemana gerkaan seterusnya? Nanti kita update semua chart untuk kaunter ini di masa hadapan.

Mantap kan? bila dapat garis aras SnR yang tepat dan ngam – ngam sentuh. Trading akan lebih tenang dan meyakinkan. Aras penentu halatuju pun sangat penting untuk merancang trading plan dan trading strategi. Berminat nak belajar tentang aras SnR yang tepat dan ngam – ngam sentuh serta aras penentu halatuju? Boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu di bawah ini ya. Klik pada image untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Akan terima dua video pembelajaran seperti pada dua image di bawah. Jadi, memang lengkap pakej pembelajaran dengan kandungan dua video di bawah ini. Semoga bermanfaat.

PERCUMA video pembelajaran dan pemantapan ilmu bertajuk “Teknik Scan Kaunter dengan Trading View, Setup Trading Plan Beserta Kiraan Risk Reward Ratio dan Money Management” bernilai RM100.

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights