Moving average merupakan indicator yang digunapakai secara meluas dalam dunia trading untuk membuat analisis teknikal chart. Memang hebat indicator moving average ini. Walaupun indicator standard tapi pengaruhnya memang menarik untuk dipelajari dan digunakan. Moving average merupakan indicator yang berbentuk garisan yang mewakili purata pergerakan harga. Pendek dan panjang moving average juga memberikan kesan dalam trading period dan teknik trade. Jika, berminat untuk short term trade, boleh guna moving average (MA) yang pendek seperti MA4, MA9, MA13 dan MA21. Untuk mid term trade boleh gunakan moving average yang lebih panjang seperti MA21, MA50, MA70 dan MA100. Begitu juga untuk yang suka swing long, boleh gunakan MA100, MA150, MA200 dan MA250. Time frame juga memainkan peranan. Cuma kami tidak akan ulas dengan lebih lanjut tentang teknik trade dengan moving average dalam entry kali ini. Untuk pelajari dengan lebih mendalam tentang moving average, boleh KLIK SINI ya.
Terdapat pelbagai jenis moving average, cuma biasanya ramai yang guna Simple Moving Average (SMA), Weighted Moving Average (WMA) dan Exponential Moving Average (EMA). Hebatnya moving average kerana ianya boleh digunakan sebagai :
- Aras Penentu Halatuju
- Aras Sokongan Kuat
- Aras Rintangan Kuat
- Aras Target
- Aras Pantulan
- Aras Sambutan
- Trailing Stop
Satu indicator, tujuh kegunaan. Hebat kan? Peluang untuk profit sentiasa ada untuk yang pandai mencari peluang dan mencari entry terbaik di masa yang tepat. Tak perlu teknik trade yang complicated dan fancy – fancy, cukup hanya dengan menggunakan indicator Moving Average. Untuk keterangan lanjut dan pembelajaran tentang Hebatnya Moving Average, kami ada sediakan video pembelajaran seperti dibawah ini. Semoga bermanfaat dan jemput kongsikan dengan rakan trader yang lain ya.
Kami juga ada kongsikan video yang bertajuk “Scan Kaunter dan Teknik Trade Dengan Moving Average”. Backtest penggunaan indicator moving average. Jemput tonton juga ya. Semoga bermanfaat.
Memang hebat dan menarik kan Indicator Moving Average? Rajin – rajinlah buat backtest dan mantapkan skill menggunakan indicator Moving Average. Jika berminat untuk belajar teknik trade secara one to one (Personal Coaching), boleh klik pada image di bawah untuk maklumat lanjut ya.