+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Apa Itu Investment Scam?

Kepada rakan – rakan diluar sana, selalulah ingatkan kepada ibu bapa dan saudara mara untuk berhati – hati dengan investment scam (penipuan / scam pelaburan). Sekarang ni kalau tengah di berita semasa, ramai yang kena tipu dengan pelaburan palsu. Banyak sangat dah kes yang berlaku di Malaysia. Duit simpanan, duit pencen habis hangus di tipu oleh investment scam. Biasanya mangsa akan dimasukkan ke dalam group telegram atau group whatsapp then dalam group itu memang ramai yang tayang duit dan cakap untung sebab dapat masuk group. Then, peluang dibuka kepada semua ahli untuk melabur. Dalam masa beberapa jam, wang pelaburan akan digandakan. Mungkin modus operandinya, untuk pelaburan awal dengan modal sedikit akan terima pulangan dan kemudian akan memujuk untuk melabur dengan nilai yang lebih besar, masa itulah penipuan berlaku.

Dibawah ini adalah maklumat tentang Investment Scam (scam pelaburan) dari laman web Suruhanjaya Sekuriti:

investment scam

Kami pun kena add masuk dalam group telegram investment scam. Boleh tonton video di bawah untuk contoh group telegram yang digunakan oleh scammer untuk menipu tentang pelaburan. Lebih kurang sama modus operandinya seperti yang disenaraikan dalam image di atas.

Ini pula adalah maklumat tentang investment scam dari laman web Bernama :

investment scam

Apa yang perlu di buat jika menjadi mangsa investment scam?

Jadi berhati – hatilah ya dengan investment scam (scam pelaburan) ini. Duit bukan mudah nak dicari dan dikumpul. Jangan kerana tamak dan inginkan keuntungan yang cepat, habis hangus semua duit simpanan. Sentiasalah berpesan kepada yang lebih tua kerana ramai mangsa adalah dari golongan yang sudah pencen. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights