Persoalan yang biasa didengar, adakah labur saham mampu untuk menjadi sumber pendapatan harian atau bulanan? Kalau beberapa tahun lalu iklan tentang pelaburan saham memang bersepah dimana-mana. Scroll je Facebook memang selalu lalu lalang iklan tentang pelaburan saham. Dekat radio pun, hari – hari dengar iklan kelas saham tak hensem. Tapi, sekarang ini memang sudah sangat kurang iklan tentang pelaburan saham sebab pasaran saham sangat tidak konsisten dan bearish sejak beberapa tahun yang lalu. Banyak iklan trade FCPO pula. Jadi, adakah labur saham mampu menjadi sumber pendapatan?
Kalau iklan tentang pelaburan saham memang indah – indah belaka. Akan tetapi tidak ramai yang berkongsi tentang sisi gelap dalam pelaburan saham. Ini membuatkan ramai yang kecundang dan kerugian (selalunya mengalami kerugian yang sangat teruk). Bukan mudah untuk bersaham sebenarnya. Sesuai dengan kata pepatah “Indah Khabar Dari Rupa”..
Sebelum melangkah masuk, anda perlu tahu sisi gelap dunia saham terlebih dahulu agar lebih berhati-hati dan tidak mengalami kerugian yang terlalu banyak. Dalam dunia saham terlalu banyak emosi, gembira, sedih, takut, ragu-ragu, tamak dan sebagainya. Kadang-kadang semua emosi ini muncul pada hari dan waktu yang sama. Macammana nak handle tu, rasanya dah bersedia tak? Anda juga akan berkawan baik dengan perkataan “kalaulah”, ya “kalaulah”, bermacam-macam kalau akan berlegar-legar. Satu hari anda akan faham.
Sebelum melangkah masuk ke dunia saham, anda perlu tetapkan pendirian anda di dalam kategori pelabur yang bagaimana?Apa matlamat sebenar untuk melabur saham? Adakah anda ingin menjadi intraday trader, fast in fast out (fifo) trader, short term swing trader, midterm swing trader ataupun long term swing trader atau lebih dikenali sebagai investor. Berapa banyak modal yang anda ingin laburkan, berapa banyak keuntungan yang anda inginkan? 10%, 20%, 50%? Makin banyak keuntungan yang anda inginkan, selalunya makin banyak kerugian yang akan anda alami. Biasa la tu, orang tamak selalu rugi. Biasanya untuk dapat 10 – 20% sebulan tu tidak mustahil. Tapi kalau target 50% – 100% sebulan tu, sukar untuk dapat. Nanti ada yang cakap beli super penny harga 4 sen naik 1 sen dah profit 100%. Ya, tapi turun 1 sen pun rugi 100%. Super penny sila elakkan ya kerana risiko terlalu tinggi dan potensi untuk kerugian kesemua modal. Selalunya, niat utama nak jadi investor tetapi kebanyakkannya akan bertukar menjadi intraday, fifo & short term trader kerana dipengaruhi oleh emosi dan ketamakkan nak untung cepat dan banyak. Ramai yang kembali ke niat utama menjadi investor apabila tersangkut di harga puncak. Menjadi investor dengan melihat portfolio merah setiap hari. Pedih mata melihat, pedih lagi rasa dihati. Kebiasaannya kalau di seminar labur saham guru selebriti popular akan kaitkan dengan pelaburan ASB. Katanya ASB 6% sanggup tunggu setahun, takkan saham at least 10% sebulan tak sanggup nak tunggu? Tapi kalau peram kaunter rugi, penat jugak nak tunggu dia naik balik ke harga beli sekurang-kurangnya.
Jika ditanya adakah labur saham mampu untuk menjadi sumber pendapatan, jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Jika, anda baru hendak bermula sukar untuk menjadi sumber pendapatan tetapi boleh menggandakan wang anda jika membuat pemilihan kaunter yang betul dan sedang mula untuk membuat kenaikan. Pulangan lebih 100% dalam masa 1 – 3 bulan pun tidak mustahil tapi sebelum melabur dengan membeli saham sesuatu kaunter itu anda perlu membuat kajian yang mendalam dalam semua aspek. Disitu pentingkan ilmu dan teknik yang betul. Dalam masa yang singkat sukar untuk menjana keuntungan secara konsisten tetapi semakin lama dalam dunia saham dan sudah tahu selok belok bersaham, pasti dapat menjadikan pelaburan saham sebagai sumber pendapatan tambahan bulanan.
Pada permulaan melangkah masuk ke dunia saham, jangan gunakan terlalu banyak modal kerana potensi tinggi untuk kerugian lebih dari 50% modal ataupun boleh juga kerugian ke semua modal. Pasaran saham ni sangat kejam sebenarnya. Mulakan dengan modal yang sedikit dahulu. Banyakkan membaca tentang teknik trade saham dan cuba praktikkan dengan paper trade terlebih dahulu. Mahirkan teknik yang dirasakan sesuai dan mudah difahami. Didalam website ini, ada banyak teknik yang telah kami kongsikan. Boleh la godek -godek dan baca ya. Ramai trader diluar sana yang tidak pernah withdraw keuntungan walaupun sudah lebih setahun didalam dunia saham. Asyik topup je. Bukan tidak untung, tetapi tiap kali untung rasa tamak menguasai diri lalu membeli lebih banyak kaunter atau membeli saham dengan lot yang lebih besar tanpa membuat kajian mendalam terlebih dahulu dan membeli kaunter tanpa ada trading plan. Lalu keuntungan sebelum ini bertukar menjadi kerugian. Bila rugi, topup lagi akaun cds. Maka, makin banyak modal yang dilaburkan tetapi tidak mendatangkan hasil. Bila rugi, rasa dendam pun muncul. Dendam untuk menjana keuntungan singkat dengan membeli super penny stock dengan lot yang besar dengan harapan naik 1 atau 2 sen boleh jual. Akhirnya yang diharap tidak kesampaian kerana asal beli je harga makin turun. Maka kerugian pun makin bertambah.
Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi turun naik harga saham. Bukan hanya faktor dalam negara tetapi juga faktor di luar negara terutamanya pengaruh dari USA dan China. Jika index saham USA iaitu Dow Jones Index (DJI) membuat terjunan dengan jumlah yang besar (-600 mata kejatuhan, -800 mata kejatuhan atau -1000 mata kejatuhan), keesokkan hari, index KLCI juga akan dibuka rendah (gap down) diikuti dengan sejumlah besar kaunter-kaunter didalam Bursa Malaysia yang lain akan turut gap down dan disaat ini emosi anda akan teruji. Keputusan perlu dibuat, adakah perlu jual atau perlu simpan kaunter yang telah dibeli sebelum ini. Jika jual (cut loss), nanti lepas jual naik pula. Jika disimpan, makin lama makin turun dan makin besar kerugian pula. Disini pentingnya ilmu teknikal, trading plan dan juga kawalan emosi.
Di Malaysia, ada satu kata pepatah yang perlu diingat selalu iaitu “Buy on Rumors, Sell on News” agar anda tidak tersangkut di puncak dimana anda membeli disaat orang lain menjual. Kebiasaannya harga akan mula jalan / naik jika ada khabar-khabar angin tertentu dan akan turun disaat keluar berita mengesahkan khabar angin tersebut.
Musim QR juga sangat penting untuk diambil perhatian. Kebiasaannya musim QR adalah pada bulan Feb, May, Ogos dan November. QR bermaksud Quarter Report dimana semua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia perlu mengemukakan laporan kewangan suku tahunan. Jika laporan kewangan yang memberangsangkan dan keuntungan bertambah berbanding QR yang sama tahun sebelumnya, kaunter tersebut berpotensi besar untuk membuat kenaikan harga saham yang mendadak. Jika QR report dikeluarkan pada sebelah petang selepas pasaran KLCI ditutup (kebiasaannya), kebarangkalian besar kaunter tersebut akan di buka dengan harga tinggi pada pagi esoknya (gap up). Begitu juga sebaliknya, jika laporan kewangan yang teruk dilaporkan, kemungkinan besar kaunter tersebut akan di buka rendah (gap down) pada pagi esoknya. Dah kebanyakkannya akan terus turun pada hari-hari yang berikutnya. Oleh yang demikian, adalah digalakkan untuk tidak membeli kaunter yang sudah hampir dengan tarikh QR bagi mengurangkan risiko kerugian. Ramai pelabur yang baru berjinak-jinak dengan saham terkena dan kerugian teruk di musim QR. Jadi, berhati-hatilah.
Banyak lagi sisi-sisi gelap didalam pelaburan saham ni. Nanti kami kongsikan lagi dalam entry yang lain ya. Sebab dah panjang pulak. Rakyat Malaysia ni malas membaca panjang-panjang. Sebab tu selalu kena tipu.
Jika ingin konsisten menjana pendapatan dengan labur saham, anda perlu memberikan fokus sepenuhnya dan usaha yang berlipat ganda didalam menambah ilmu trading dan membaca serta membuat kajian tambahan tentang kaunter yang minat untuk dibeli. Bukan mudah untuk membeli dan menjual saham. Jangan terpedaya dengan kata-kata atau iklan mudahnya bersaham. Percayalah, memang susah. Perlukan masa, ilmu dan latihan yang berterusan. Bila dah masuk dalam dunia saham, anda wajib ada akaun telegram supaya dapat join channel news dan group perbincangan saham. Akan tetapi, jangan sertai terlalu banyak group kerana banyak group yang memberikan buy call palsu. Ramai yang terpedaya dan kesudahannya tersangkut dipuncak dan mengalami kerugian. Jemput juga subscribe private telegram channel “Ichivergence Member”. Banyak perkongsian yang bermanfaat dalam channel ini.
Jemput baca artikel ini juga ya : Langkah – Langkah Belajar Trade Saham dan Langkah – Langkah Untuk Mula Trade Pasaran Saham. Selain itu, boleh tonton video di bawah :