11 Candlestick Pattern yang biasa kita jumpa dan biasanya berikan kesan besar kepada gerakan semasa chart. Panjang sungguh tajuk entry ni ya. Sebagai seorang trader memang satu keperluan dan kewajipan untuk memahami pembentukan, fungsi, pengaruh dan maksud disebalik setiap sesuatu jenis candlestick. Biasakan diri membuat analisis naked chart terlebih dahulu sebelum memasukkan indicator chart untuk bantuan melihat signal belian dan jualan yang lebih jelas serta sebagai bantuan membuat keputusan belian atau jualan (jika tengah hold kaunter).
Dengan memahami peranan sesuatu candlestick dan juga pembentukkan candlestick, kita akan lebih jelas melihat potensi gerakan seterusnya untuk sesuatu chart kaunter saham. Selain itu, wajib kenali candle peneraju semasa pada sesebuah chart. Ini kerana, candle peneraju (reference candle) ini biasanya yang akan mengawal gerakan semasa chart. Jika dapat kenali candle peneraju ini, kemudian garis aras – aras support dan resistance merujuk kepada candle peneraju tersebut, lebih mudah untuk kita merancang trading plan dan halatuju trade. Kerana kita tahu dimana aras sokongan dan rintangan yang sangat kuat. Untuk pelajari tentang “11 Candlestick Pattern Yang Biasa Kita Jumpa Dan Biasanya Berikan Kesan Besar Kepada Gerakan Semasa Chart”, boleh klik play untuk tonton video di bawah :
Untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang Teknik Trade Dengan Candlestick dan Candlestick Pattern, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu teknik trade dengan candlestick dan naked chart yang berdurasi sepanjang 3 jam 27 minit. Banyak yang boleh belajar. Boleh ulang – ulang tonton sampai faham. KLIK SINI untuk Subscribe.